What vegetable that you will never like no matter what?


Assalamualaikum...



Wuhh, penat gua mencari idea untuk menulis. Sebenarnya, mata dah mengantuk tapi nak tengok Tanyalah Ustaz. Ecewah, tanyalah ustaz uhh.. Kahkah! Okey, tengok tajuk tu. Sayur apa yang you tak suka no matter what?(tak tahu nak cakap macam mana dalam Melayu). For me is...



Amboi segar eyh.



Erhh. Petai sayur erk? Sayur lah kan... Okey, sayur yang paling aku tak suka no matter what ialah petai. Ya allah.. Memang aku tak suka sebabnya semua orang pun tahu dia berbau. Buang air kecil berbau, cakap dengan orang berbau. Eww. Serious sakit hidung sakit kepala bila tercium bau petai. Bukanlah menghina ciptaan Allah yang satu ni, cuma tidak menggemari dalam bahasa sopannya. Ye?



Orang yang suka petai jangan marah aku k. Ini masing masing lah kan. Ada yang suka ada yang tak suka. Macam durian lah, yang suka durian kata bau dia wangi. Yang tak suka kata bau dia busuk. So, masing masing punya citarasa lah kan. Haa. Jadi, sesiapa yang baca ni  bolehlah share sayur apa yang korang tak suka dan sebabnya. Eyh? K dah..

Cerpen: Perlukah Cantik Sepertinya? 2.




Assalamualaikum..



Ini sambungan untuk cerpen Perlukah Cantik Sepertinya?. Hah! aku ulang lagi sekali, cerpen ini tak ada kena mengena dengan diri aku. Aku hanya mereka cerita dan cuba untuk menjiwai watak itu. Kenapa? baca ada rasa macam aku betul betul eyh? Wahh.. menjadi lah aku feeling feeling watak dalam cerpen aku. Kahkah! Tak ada lah orang kata aku bukan anak mak ayah aku. Mana ada. Aku letak kata ganti nama 'aku' dalam cerpen tu bukan Nur Husnina/Niena Reen. Hanya sebuah cerita yang direka oleh otak aku. Okey? Lepas ni, kalau ada cerpen aku yang seterusnya memang tak ada kena mengena dengan diri aku atau sesiapa yang sudah hidup atau meninggal dunia. Jelas tak? Kalau tak jelas, boleh ulang baca 100x bagi jelas.

****


Suatu hari itu, aku tidak hadir ke sekolah. Nur Syuhadah berkali-kali menghantar mesej dan menelefonku. Dia mahu tahu mengapa aku tidak hadir ke sekolah. Aku tahu dia risau. Aku tahu dia penasaran. Tetapi, biarlah. Aku ingin buat keputusan! Ini untuk kebaikannya!

Esoknya, aku hadir ke sekolah. Nur Syuhadah sudah berdiri di pagar utama sekolah. Dia menegurku dan seperti biasa dia berjalan di sebelahku. Aku tidak memandang langsung ke arahnya. Aku diam. Aku percepatkan langkah dan kadangkala aku berlari-lari kecil agar dia tidak boleh mengikutiku. Tetapi, dia tetap mengikut langkahku. Dia tidak putus asa untuk bertanya mengapa aku melayannya seperti ini.

Air mata mula bertakung dalam kelopak mataku. Wahai teman, aku kasihankan kamu. Aku buat ini hanya untukmu. Aku tidak mahu orang berkata lagi tentang kita yang bersahabat ini. Engkau hanya layak berkawan dengan orang orang cantik dan orang orang yang sama taraf denganmu. Bukannya dengan aku wahai teman!

Langkah kakiku mati. Tersedar aku, aku sudah berada di tepi padang. Aku terduduk. Terus aku meletakkan kepala di atas lutut dan menangis semahunya. Aku tersedar, Nur Syuhadah masih setia di sisiku. Dia usap lembut bahuku. Dia bertanya mengapa aku begini. Aku diam dan terus melayan tangisku. Nur Syuhadah cuba memujukku.

Beberapa minit kemudian, reda sedikit perasaanku. Air mata sudah hampir kering. Aku angkat kepala. Aku pandang Nur Syuhadah. Dia senyum dan dia sapu pipiku yang basah dengan sapu tangannya. Teman, mengapa engkau begitu baik denganku? Tolong beritahu aku! Kata-kata aku bergema dalam hatiku.

Dia bertanya lembut kepadaku mengapa aku cuba menjauhinya dan mengapa aku menangis. Ya! Tiba masanya untuk aku luahkan padanya. Dia layak mendengar luahanku. Aku kata kepadanya, Syuhadah, kenapa awak terus ingin berkawan dengan saya? Saya mahu lari daripada awak kerana saya kasihankan awak. Saya tidak mahu orang terus memandang serong ke arah awak yang berkawan dengan saya. Saya tidak cantik seperti awak. Saya tidak setaraf awak dan awak mesti berkawan dengan orang yang sama tarafnya seperti awak! Jujur saya katakan, saya cemburu melihat awak. Awak cantik, awak baik dan awak pintar. Semua orang memuji kecantikan awak. Guru-guru memuji kebaikan dan kepintaran awak. Tidak malukah awak berkawan dengan saya?. Demikian aku luahkan rasa hati kepadanya. Dia senyum. Wajah tenangnya membuatku tertanya apa yang akan dikatakan nanti.

Nur Syuhadah berkata, awak selalu tanya mengapa saya terus berkawan dengan awak kan? Dan jawapan saya tetap sama, Allah menyuruh saya untuk berkawan dengan awak. Awak tahu apa maksud saya? Awak tahu mengapa saya sentiasa bersedih apabila ada saja murid-murid lelaki yang memuji kecantikan saya? Saya tidak perlukan pujian daripada lelaki-lelaki itu! Saya terasa seperti maruah saya tiada. Mereka sesuka hati mengganggu saya. Mereka sesuka hati ingin mendekati saya. Saya berkawan dengan awak kerana, saya mahu jadi seperti awak. Kadang-kadang saya rasa saya mahu jadi awak. Tenang hidup awak. Tiada siapa yang ingin menganggu awak.

Nur Syuhadah diam seketika. Beberapa saat kemudian, dia menyambung kata, awak tahu tak, sebenarnya awaklah yang paling beruntung. Guru-guru sebenarnya selalu saja puji awak. Mereka kata awak baik. Mereka kata beruntung ibu bapa awak punya anak seperti awak. Awak tahu tak, kecantikan tidak seindah yang disangka. Bila cantik, apabila melangkah terasa tidak selamat. Lelaki lelaki sentiasa memandang. Lelaki bukan sahaja hanya memandang kosong, tetapi ada keinginan lain. Bila cantik, mudah saja fitnah ditimbulkan.
Aku memandang Nur Syuhadah. Betulkah apa yang dicakapkannya itu? Betulkah guru-guru sentiasa memuji aku? Mengapa aku tidak tahu? Aku tanya kepadanya, bagaimana dia tahu guru-guru memuji aku. Nur Syuhadah berkata, apabila dia masuk ke dalam bilik guru ada saja dia mendengar pujian guru tentang diriku.
Aku tidak percaya seratus peratus tentang apa yang Nur Syuhadah cakapkan itu. Tidak mengapalah, nanti saja aku fikirkan kata-katanya itu. Aku dan Nur Syuhadah bangun dan berjalan ke kelas.

Sekarang ialah waktu kelas agama. Ustazah memuji aku di hadapan rakan-rakan sekelasku. Dia berkata, lihat seperti aku tidak banyak bercakap dan sentiasa hormat kepada guru. Aku senyum. Benar kata Nur Syuhadah. Guru memujiku. Nur Syuhadah menyiku aku. Aku tahu dia ingin mengatakan yang aku sepatutnya harus mempercayai kata-katanya seratus peratus.

Ustazah cerita tentang seorang wanita solehah yang wajahnya tidak cantik tetapi hatinya sungguh suci. Akhlaknya cantik. Dia seorang wanita yang taat kepada Allah. Dia tidak pernah ingkar perintah Allah. Orang-orang di sekelilingnya sentiasa menghormatinya kerana akhlaknya yang mulia. Para lelaki menghormati dia. Mereka tidak berani ingin mengganggunya. Susah benar ingin mereka petik mawar itu.

Aku tertarik dengan cerita itu. Aku ingin jadi anak yang solehah, hamba yang taat dan isteri yang baik kepada suamiku suatu saat nanti. Biarlah aku tidak cantik sekalipun. Asalkan aku boleh jadi wanita solehah!
10 tahun berlalu…

Sekarang, umurku sudah 23 tahun. Aku masih berkawan dengan Nur Syuhadah. Dia sudah berkahwin dan juga sudah punya anak. Anaknya comel-comel. Kini, aku sudah tidak seperti dahulu. Aku sudah tahu nikmat syukur. Aku tahu Allah maha adil. Aku tahu Allah berikan aku rupa seperti ini pasti ada hikmaknya. Bila aku fikir, aku boleh katakan;

Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.

Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..

Itulah yang boleh aku katakan sekarang. Oh ya, aku sudah ada suami. Suami yang sungguh menyayangiku! Dialah insan yang ikhlas mencintai aku itu. Dia tidak lihat pada wajahku. Dia hanya ingin membimbingku ke Jannah bersamanya. Aku dan Nur Syuhadah sama-sama ingin menjadi wanita solehah. Tidak apalah aku tidak cantik sepertinya kerana…

AKU TIDAK PERLU CANTIK SEPERTINYA UNTUK MENJADI WANITA SOLEHAH..


"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim).

THE END 

Cerpen: Perlukah Cantik Sepertinya?


Assalamualaikum...



Hah! Tadi aku terasa macam nak menulis sesuatu dan saja nak test power tak aku buat cerpen. Macam bunguks. Berangan tah apa apa. Saja lah feeling feeling syok sendiri. Feeling feeling budak mesir tulis cerpen islamik sikit. Kan? Bukan selalu nak syok sendiri ni. Tapi, awal awalnya tak nampak lagi tau dia punya keislamikan. Ada ke ayat keislamikan? Abaikan erk. Nak baca, baca. Tak nak sudah.

****

“Rupa kamu tak macam ibumu ya? Kamu hitam ya.”

“Kenapa lain benar kamu dengan keluarga kamu? Kamu ini ikut muka siapa?”

Seringkali aku dengar kata-kata seperti ini. Aku tahu, aku tidaklah secantik ibuku yang berkulit cerah dan ramai yang memuji. Sering juga aku dengar orang menghina rupaku. Mahu saja aku kata kepada mereka, aku tidak minta wajah seperti ini!

Di sekolah, terasa seperti semua orang yang melihatku sedang mencaci menghina wajahku yang tidak cantik. Oh, lupa aku hendak beritahu. Aku bukanlah bermulut sumbing atau bermata juling. Tidak. Aku sempurna tetapi, mataku tidak bundar, mulutku tidak merah bak delima merekah, kulitku tidak putih gebu seperti artis Korea. Bila orang melihat keluargaku dan juga diriku mereka tidak percaya aku berasal dari keluarga ini.

Maklumlah, ibu dan ayah serta abang-abangku berwajah kacak dan cantik tetapi aku tidak. Orang yang melihat mula menimbulkan spekulasi bahawasanya aku hanya orang luar yang diambil ke dalam keluarga ini. Hakikatnya, aku anak ibu dan ayah ku dan aku adik kepada abang-abangku. Aku ahli keluarga kandung mereka!

Kadangkala rasa tidak syukur itu menyelubungi hati ini. Mengapa aku tidak dikurniakan wajah yang cantik seperti orang lain? Aku dibenci kerana wajahku yang tidak cantik. Aku terasa seperti Tuhan itu tidak adil. Itulah bisikan syaitan yang sentiasa ingin aku menyalahkan takdir Ilahi.

Aku benci pergi ke sekolah. Aku benci keluar ke mana mana sahaja kerana ada saja bisikan bisikan yang meruntuhkan semangatku. Yang memudarkan keyakinanku untuk melangkah. Mengapa harus ada orang seperti ini? Mengapa?

Guru-guru ada saja yang tidak mahu memandang langsung ke arahku. Ada saja guru yang melemparkan pandangan kurang senang. Ada saja guru yang tersenyum sinis. Aku kecewa. Tahun ini tahun pertama aku di sekolah menengah. Tiada siapa yang ingin berkawan denganku. Mungkin kerana wajahku tampak sombong maka, mereka tidak mahu berkawan denganku. Wahai sahabat, aku tidak seperti yang disangka. Aku tidak sombong!

Untuk apalah aku sombong dengan wajahku seperti ini? Untuk apa? Lainlah jika wajahku seperti bidadari. Untungnya jika aku cantik. Pasti ramai orang yang mahu mendekatiku. Cemburu benar aku lihat orang orang yang berwajah jelita. Ramai sahaja yang mahu mendekati dan menawarkan diri untuk menjadi teman.

Guru kelas membawa murid-murid untuk masuk ke dalam kelas. Aku berjalan seorang diri tanpa mengeluarkan sepatah kata kerana kepada siapa aku hendak bercakap? Aku lihat depan dan belakang. Oh, inilah rakan-rakan sekelasku. Terasa seperti sesuatu menghempap dadaku! Mereka semua manis, comel dan cantik. Aku? Aku tidak seperti mereka! Ya Allah! Aku tidak mahu hidup seperti ini!

Aku mengambil tempat duduk di sebelah seorang murid perempuan yang bertudung labuh. Dia memandangku dan melemparkan senyum. Sungguh manis dan cantik kawan kelasku ini! Dia senyum kepadaku? Inilah pertama kali ada orang yang sudi senyum kepadaku sejak pertama kali kaki ini melangkah ke dalam sekolah ini.

Guru kelasku meminta seorang demi seorang pelajar kelas ini memperkenalkan diri. Inilah yang paling aku tidak suka. Aku malu. Malu mereka akan mentertawakanku. Tiba sudah giliranku. Aku dengan berat hati bangun dan memperkenalkan diri. Semua teman sekelasku memandang ke arahku. Aku lihat wajah mereka. Aku tidak tahu apa yang bermain di dalam fikiran mereka.

Baru aku tahu, nama rakan di sebelahku ini ialah Nur Syuhadah. Cantik namanya. Aku suka! Pelajar-pelajar lelaki ada yang tersenyum. Ada yang membuat bermacam bunyi untuk menarik perhatian Nur Syuhadah. Ada yang bertepuk tangan. Gamat seketika suasana dalam kelasku.

Aku tunduk. Ya, dia cantik. Dia tidak sepertiku. Bila aku memperkenalkan diri tadi, tiada respon dari teman teman sekelas. Aku tahu aku tidak cantik dan tiada apa yang hendak disukakan mengenai diriku.

Aku lihat wajah Nur Syuhadah. Wajahnya tampak kelat. Mengapa ya? Tadi sebelum memperkenalkan diri, wajahnya nampak berseri dan ceria. Tetapi, mengapa sekarang tidak lagi? Apa yang tidak kena? Pelbagai soalan mula bermain di dalam benakku.

Guru kelasku pula adalah seorang ustazah. Kecil molek dan manis orangnya. Mengapa ya dalam sekolah ini semua orang cantik dan manis? Aku terasa seperti aku seorang sahaja yang tidak sempurna di dalam dunia ini. Arhh! Bencinya aku.

Seminggu sudah aku bersekolah di sekolah menengah ini. Aku tidak punya kawan. Ada! Tetapi hanya Nur Syuhadah. Ke mana saja aku pergi, pastinya ada Nur Syuhadah sekali. Aku selalu bertanya kepada Nur Syuhadah, mengapa dia memilih untuk berkawan denganku? Aku dengan dia seperti langit dan bumi!

Jawapannya tetap sama iaitu, Allah ingin saya berkawan dengan awak. Setiap kali jawapan itu keluar dari bibirnya, aku terdiam. Mulutkan tidak boleh berkata apa-apa bagaikan ada sesuatu yang mengunci mulut ini.

Sebenarnya, selalu saja hati ini berasa cemburu melihat Nur Syuhadah. Selalu saja aku rasa diri ini tidak layak untuk berkawan dengan orang sepertinya. Dia bukan saja cantik, malah baik. Guru-guru semuanya gemar memuji Nur Syuhadah. Aku juga selalu mendengar pujian murid-murid lelaki daripada menengah bawah hinggalah ke menengah atas. Tidak lain tidak bukan, pastinya berbicara tentang kecantikan Nur Syuhadah.

Aku rasa, Nur Syuhadah lah yang paling cantik di dalam sekolah ini. Bagaikan tiada siapa yang dapat menandingi kecantikannya. Kerana dia cantik juga, semua orang hairan melihat dia berkawan denganku yang memang tidak cantik ini. Tetapi aku lihat, Nur Syuhadah senang berkawan denganku. Dia tidak pernah cuba sesekali untuk menjauhi aku kerana cacian orang tentang diriku. Mungkin benar katanya, Allah menyuruhnya untuk berkawan denganku.

Pernah sesekali aku berkasar bahasa dengan Nur Syuhadah. Aku kata kepadanya, aku tidak cantik sepertinya jadi, dia mesti tidak berkawan denganku. Aku kata kepadanya, aku tidak pandai sepertinya, maka dia mesti menjauhiku. Aku kata kepadanya, tidak malukah dia apabila berkawan dengan orang sepertiku? Aku kata kepadanya, mengapa dan mengapa dia mahu terus berada di sisiku?

Tetapi, jawapannya tetap sama, Allah menyuruh saya untuk berkawan dengan awak. Wahai teman, tiadakah perkataan lain yang boleh kamu tuturkan selain jawapan itu? Tiadakah wahai teman? Aku kasihan melihatmu. Orang selalu bersangka buruk kepadaku dan orang selalu mengatamu kerana berkawan dengan orang sepertiku.

****

Haa.. Dah dulu eyh. Tak suka post benda panjang-panjang. Orang Malaysia ni kan kalau tengok panjang sikit malas nak baca kan? So, aku stop dulu lah. Part 2 nya nanti di sambung pada post lain. Okeng? :*

p/s: mana mana cerpen yang ditulis tiada kena mengena dengan diri aku. HANYA REKAAN NR SAHAJA.




Tak Perlulah Kita Sakit Hati...

Assalamualaikum...



Jenoh memerah dan menumbuk otak supaya hasilkan idea untuk menulis hari ni. Aku rasa macam baru semalam pulak aku hasilkan post INI. Tengok tengok tarikh publish rupa rupanya 21 haribulan yang lalu. Wah.. terasa macam lama sangat aku terus memaksa diri untuk tulis something di blog macam suci aku ni bak kata kak aenn. XD



Haa kau. Sakitnya hati bagai dikoyak macam dekat atas ni. Tengok rasa macam errh geli plak kenn?



Well, aku berminat untuk share pasal sakit hati disebabkan orang hina kita ke mengata kita ke hape ke. Semua orang pernah kena kutuk or orang cakap perkara buruk tentang kita. Mestilah kita akan rasa sakit hati kan? Tapi... kita sakit hati sebab kita memilih untuk sakit hati.



Contohlah kalau dia cakap dekat kita 'kau gedik'. Hakitkatnya, semua orang pun ada kegedikan dia tersendiri. Pada aku, aku nampak kebanyakan orang yang kata orang lain tu gedik tu yang ada kegedikan jugak. Macam aku lah, aku kata dekat kawan tu gedik aku pun hakitkatnya gedik. Apa yang orang tu cakap dekat kita, dia pun ada benda tu.



So, bila kita pilih untuk sakit hati dia akan sakit. Bila kita pilih untuk biarkan dan chill, dia akan okey. Tak perlulah kita sakit hati sebabnya orang yang mengata kita tu memang dia nak tengok kita sakit hati pun. Jadi nak bagi dia malu sendiri dan sakit hati sendiri tu tak payahlah kita sakit hati.



Aku penah kena lah kutuk dengan orang dan pada masa tu aku memilih untuk sakit hati. Rasa bengang gila dan aku ungkit segalanya. Sebab memang aku yang pilih untuk fikirkan kata kata orang yang tak berfaedah tu daripada fikir benda lain. Dan semalam, ada benda tu rasanya kalau aku pilih dan fikir sampai teruk teruk pasal benda tu aku akan sakit hati. Tapi sebaliknya, aku pilih untuk tak fikir dan tak payah nak sakit hati. Senang saja sebenarnya. TAK PERLU FIKIR.



Mudah, ingat satu saja kita kata kat dia sesuatu, kita pun ada jugak. Dia kata kat kita sesuatu, dia pun ada jugak. Mungkin kita tak pandai math, dia mungkin pandai math tapi tak pandai bab lain. Inilah namanya sama tapi tak serupa! Lepastu, cakap "INI SEMUA POYOOOO". HAhaha! XP




Dear Spec, why you're so cruel to me?


Assalamualaikum...



Wey, apa benda spec kejam dekat orang ni? Bukankah spec berjiwa suci dengan baiknya dia berjasa dengan bagi tuan dia nampak kan? Tapi, cerita aku kali ni lain sikit. Spec ni dia kejam pada tuan dia. Hah.. :p






Aku dah lah rabun macam nak gila. Nak tau tahap kerabunan aku ni boleh tengok entry aku yang INI. Tadi aku bukak lappy then of course lah aku nak pakai spec untuk melihat dunia yang indah kan? Tiba-tiba aik aik asal rasa macam something wrong neh?



Dunia sepertinya tidak stabil. Tsk. Tsk. Saya sedih... Saya sedih... Saya sedih awak jahat.. Kau diam. Saja la nak jadi Tsara Nabilla sat. Jahat gila aku. Sorry dear Tsara main main jerk. Okey, apa yang jadi dekat spec KESAYANGAN aku tu????!!



Boleh pulak dia senget! Lepastu tali spec yang dalam kaca tu macam terkeluar macam mana tah. Arrhhh!! Sekarang ni pun punya payah aku nak tengok screen. Aku kena tengok dekat dekat macam budak b*****. Kejam kan spec aku?



Esok aku tak tau lah kat sekolah nak tengok whiteboard macam mana. Cikgu tanya apa apa tak tau lah. Wey sedih! Faktor dia jadi senget lepastu tali terkeluar semua tu aku rasa salah aku kot. Tadi keluar lab aku bukak spec lepastu letak dalam pencil box dan bubuh dalam beg. Bengap tak aku? K aku tahu tak payah nak cakap dah. :'( Aku lupa lah nak keluarkan dia dari pencil box! Padahal ada je case dia. Sekarang dah menyusahkan diri aku sendiri. Padan muka aku.



Kalau hantar kedai mungkin, mungkin la orang tu akan kata 'adik ni kasar sangat eyh...'. Wah tak sanggup dengar orang cakap cenggitu. Memang lah aku kasar pun. Tapi tak lah kasar macam laki tuh. Tak de lah sampai tahap tu. Kenapa tiba tiba pasal kekasaran aku pulak dicerita ni? Ni semua pasal spec aku yang tak kuat.



Untuk pengetahuan, spec aku ni bukan sekali dia kejam dekat aku. Sikit sikit longgar. Sikit sikit itu. Sikit sikit ini. It's so cruel right? Tskkkkkk!!! Aku terkena tekanan perasaan sikit sebab aku tak nampak dengan jelas. Walaupun bukannya permanent pun aku pakai spec tapi nak tengok tulisan mestilah kena pakai kan? Kalau tak gu ane? K dah membebel macam boleh selesaikan masalah.

English style cafe/restaurant


Assalamualaikum..



Oh hai! Today, aku terasa nak share tentang angan angan aku untuk bukak satu cafe atau restoran yang bertemakan English. Well, I sangat minat decorations yang bertemakan english. My mom's salon pon English theme. I suka! Kenapa tiba tiba jadi I pulak ni? k, jangan nak verangan ala-ala Hanis Zalikha okeyh? ups!



Ni, aku berangan saja tau. Dah besar nanti nak bukak satu kedai yang untuk orang minum coffee, vanilla latte, makan lasagna or any type of food lah. Sebenarnya, aku start berangan nak ada cafe ala ala inggeris gituh ni semenjak aku tengok cerita Lie To Me. Kan yang ahjumma tu ada kedai ala ala english style kan? Tu yang rasa omg bestnya kalau ada kedai gitu. Feeling feeling duduk dekat London tak?




Ni kitchen dia. Kalau ada kitchen macam ni, mesti rasa sayang nak guna right?



Decoration dalaman lebih kurang cenggini? Oh ya! ni restaurant dekat Penang. Chinese punya lah tapi.












Itu antara decoration yang boleh diletak dalam cafe/restaurant. Images from google. Aku memang fanatik dengan benda benda english theme ni. Bilik aku pun ada ala ala English style jugak. Rasa syok ohh sebab dia color putih and then rasa tenang je nengok. Aku suka masuk kedai lovely lace. Serious rasa wahh.. Berangan tak sudah aku ni. Dekat Kulim ni tak ada lagi orang nak bukak cafe/restaurant yang ala ala inggeris kehh? I mean, orang melayu punya. Kan best.. Dah stop dreaming la!

Baik sangat lah kau nih...



Assalamualaikum...



Cute tak tajuk aku? Cembodoh.. Sorry sorry. K kesat benao kau punya mulut. Siapa yang baik sangat tu? 'Aku hormat mak bapak aku bukan macam kau.' 'aku sekurang-kurangnya tak lah kurang hajaq macam kau.' 'kau ni tau sangat nanti dah besar jadi anak derhaka. boleh tengok dah dari sekarang.' 'kau ni dalam hati mesti cakap ini ini ini,' dan seumpama dengannya. Yang ada tanda '' tu bukan aku yang cakap tau. Ada SESETENGAH orang yang cakap pada orang lain.



Kadang-kadang kita rasa diri kita ni baik walaupun kita ni sebenarnya bukanlah orang yang BAIK pun. Baik tapi tak baik sangatttt. Tak salah kalau rasa diri dah buat benda yang baik, tapi janganlah nak compare diri kita dengan orang lain. Kita tunjukkan jari pada orang lain. Jari jari lain, tunjuk dekat kita balik.






Kita tak boleh confirm dia ni jahat ke baik ke pada masa depan. Kita tengok dia hari ni merompak, entah entah esok lusa dia lebih baik dari kita. Semua orang suka dekat dia. Semua orang puji dia. Masa tu, rasa bersalah mengata dia itu ini. Jadinya, kita tak boleh rasa kita dah tahu dia akan jadi apa pada masa depan nanti.




Okey, bukanlah maksud aku semua orang yang tak baik hari ni esok lusa dia confirm akan jadi baik. Cuma, aku just nak cakap yang tak elok 'meneka' apa yang akan terjadi pada seseorang tu pada kemudian hari. Manusia boleh berubah lah bang akak mak abah semua.



Kita tak tahu okey apa yang ada dalam hati dia. Kita tak boleh tengok dia lepastu kata dia cakap benda buruk buruk dalam hati dia. Aku pernah berhadapan dengan orang yang rasa diri lebih baik dari orang lain. Dia rasa diri baik dan dia comparekan diri dia dengan orang lain. Macam aku cakap tadi lah, nak rasa diri baik tak salah tapi jangan compare diri dengan orang lain. Dah jadi macam riak pulak.



JANGAN BEZAKAN DIRI DENGAN ORANG LAIN. "AKU BAIK. BUKAN MACAM KAU DOT DOT DOT". <-- TAK MAU CENGGINI LAH FRIEND...

Tips Menguatkan Ingatan



Assalamualaikum...



Benda yang aku tak suka sekali adalah menghafal. Memang lembab sikit nak hafal tapi alhamdulillah boleh lah hari tu bila cikgu tanya. Yey! \'.'/ Tapi rasa macam syok pulak hafal sains hari tu. Kalau suruh aku hafal Sejarah err.. Aku tak minat Sejarah tahun ni. Tahun lepas serious aku suka Sejarah. Okey, aku ada nak share sedikit tips untuk anda kamu awak kau kalian hampa semua untuk diamalkan. Tapi, kita selalu malas nak amalkan. Jom tengok....







Amalkan tidur yang cukup

1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Kita suka sangat tidur lewat especially aku. Hee. Ini sangat tidak bagus untuk kuatkan ingatan. Sebenarnya, badan perlukan rehat. Bila kita penat apa yang kita hafal tu jadi terganggu. Esok nak exam lepastu, malam kita hafal esok tengok tengok kita dah lupa. Elok sangat lah tu ken? Haha! 




Elakkan kemurungan

Murung murung murung. Orang tengok pun penat apatah lagi diri kita memang akan rasa letih. Sikit sikit nak murung. Aku pun pernah murung jugak tapi kejap je. Lepas tu aku okey balik. Mengada kan? Okey, bila kita terlalu murung dia boleh menganggu ingatan kita. Apa yang dah diingat jadi lupa da. Bila murung tu, dekat dekatkanlah diri dengan Allah.




Bersenam

Bersenam boleh menggerakkan otot otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Alah memang dah tau kan yang bersenam ni cergaskan otak. Dari darjah satu lagi dah kenal 'badan cergas otak cerdas'. Ye dokk? Tapi aku malas nak exercise. Eh, aku jalan dari pagar sekolah ke dewan terbuka tu? Exercise jugak ken? Jauh wey dari pagar sekolah ke dewan terbuka. Tak percaya sudeh. Berjalan kaki pun dikira senaman. Tapi, janganlah jalan lenggang siti balik pasar dengan kebaya ketat. Ekeke. :p




Banyakkan membaca

Sedikit sebanyak bila kita membaca kita dapat mengetahuan yang baru. Bila menarik atau rasa rasa penting, cuba ingat. Bila banyak ingat boleh jadikan otak kita terbiasa dengan menghafal dan jadi mudah dan cepat je. Ni cikgu cakap. Orang kata, baca novel tak berfaedah right? Tapi, novel tu ada jugak diselitkan ilmu pengetahuan. Penulis nak tulis novel, dia kena selitkan sikit ilmu pengetahuan dalam novel. Baru mantap. Ingat kosong kosong je dia nak tulis novel? Tak boleh macam tu. Penulis memang akan selitkan ilmu dalam buku dia dan dia akan pastikan pembaca dia dapat sikit ilmu dari pembacaan tu. K, aku sedang membela penulis sebab aku nak jadi penulis. :D




Katakan berulang kali

Untuk ingat, biasalah kena sebut berulang kali. Nak ingat nombor ke apa ke sebut banyak banyak kali sampai kita ingat.




Membaca Al-quran

Amalkan baca Al-quran. Banyak faedah kan baca Al-quran ni? Sehari satu mukasurat pun okey. Sehari hari aku teringin nak baca tapi tak baca baca. Al-quran boleh menenangkan jiwa, menerang hati, tajamkan ingatan. Satu lagi, sujud. Sujud tu dia membawa oksigen ke otak. Kadang kadang otak tak cukup oksigen. Banyak kebaikan sujud woh. Pi search kebaikan sujud. Janganlah sujud macam patuk beras je. Tak dan berapa saat.



Makanan-makanan yang baik untuk ingatan;

- madu lebah asli
- air zam zam
- susu segar
- kismis
-kurma
- kekacang. 




Hari tu syok je kami kena dengan cikgu. Cikgu cakap 'hampa ni lembab! makan kismis. makan kurma tu. tu lah hampa tak nak makan'. k, sentap. Ada je kat rumah aku kurma, kismis tapi tak makan. Malas. Teruk sungguh. Lepastu otak lembab nak bising bising. Okey, lepasni amalkanlah tips untuk untuk kuatkan ingatan ni. Senang kalau exam ke cikgu tiba tiba tanya soalan yang tiga bulan lepas punya topic ke kan? Elok suruh orang amal diri sendiri tak amal. Ye lah, aku cakap kat diri sendiri jugak lah ni! Haiiii....

Gua Rabun


Assalamualaikum...



Aku baru lepas buat homework iaitu sinopsis yang gila panjang. Sakit tangan aku weyh! Lenguh. Tapi, tak apalah. Untuk kebaikan diri jugak kan? Tak baik merungut untuk belajar. Betul dak? Buat baik pulak haku neh. Tengok tajuk atas sana tu, ada rasa macam tak ada motip tak nak bagitahu yang aku ni rabun. LOL!






Ini bukanlah first time aku sedar aku rabun ke hape ke. Aku memang dah rabun sejak sekolah rendah lagi. Tapi, time tu aku macam malas ke apa entah tak bagitahu parents aku pun yang aku ni rabun. Sebabnya, aku rasa macam hmm biarlah dulu. Masa tu darjah 6 lah.



Lepastu, masa cuti sekolah tu aku buatlah spec. Power sudah sampai 225. Ko ade? Tak de? Haa.. diam. Teruk jugaklah tu kiranya kan. Aku nak bagitahu yang, aku tak suka check mata! Tak syok arr orang tu tanya macam macam. Padahal untuk diri sendiri jugak ken? Kang tak kena kang baru kau tahu kan? 



Aku rasa aku pakai spec hudoh k hudoh. Tapi, orang kata okey. Memang lah orang kata okey takkan nak kata tak okey pulak. kang terkecik terkecut hati pulak kan? Lepastu masuk form 2 ni, wah power dah naik agaknya. Tak nampak tulisan dekat whiteboard walaupun pakai spec. Oh no! Ini maknanya, aku kena pergi check mata lagi sekali. Dan aku! Sangat tak suka. Paham tak? Tapi nak wat gu ne? Nanti gamaknya kenalah pergi optometrist. Sedih :(



Rasa nak pakai contact lens. Tapi, kena check mata jugak kan untuk sesuaikan contact lens tu dengan mata kita? Haih, tak apalah. Untuk masa ni pakai je lah spec dulu. Dan untuk masa ni jugak! aku terpaksa menyusahkan kawan aku dan diri aku sendiri. Sebab, kawan aku terpaksa bagitahu apa yang cikgu tulis dekat depan. Sorry kawan.



Untuk orang yang mata still tajam cerah lagi tu aku sangat jeles. Sila jaga mata anda supaya tak rabun. Actually, aku tak tahu pun sebab sebenar aku rabun. Awal awal aku dah jadi orang tua. Nenek aku pun tak rabun, aku rabun gila. Haha! Jangan nak salahkan aku, sebab benda dah jadi dan aku tak tahu kenapa aku rabun. Ada paham??

Insafi diri atas kesilapan lalu


Assalamualaikum...



oo cak! Yey, blog dah bukak dah. Kejap je aku privatekan. Buat apa lama lama. Dah siap edit pon. Tak comel pon. mihmihmih. :) Okey, betul. Aku nak tulis tentang kesilapan yang lalu. Kesilapan yang mungkin bila kita ingat balik kita sendiri akan sakit dan malu.






Well, lebih baik menyesal daripada kita tak menyesal apa yang kita dah buat. At least, kita tak akan ulang balik kesilapan kita yang lalu tu. Insaf k insaf. Tak kiralah kesilapan apa pun. Bila menyesal, confirm tak buat dah kan.



Seriously, aku pernah buat kesilapan yang bila aku ingat balik rasa sedih marah kecewa malu dengan diri aku sendiri. Sebab kesalahan tu, aku rasa macam besar gila wei. Dan aku selalu berdoa supaya Allah jaga hati aku supaya tak lakukan lagi kesilapan lalu aku tu.



Dah terhantuk baru tergadah. Terkena lah tu dekat aku. Aku rasa, semua orang pun pernah kan menyesal kesilapan lalu. Kita tak boleh nak hilangkan apa yang kita buat tu dalam kepala otak kita. Bila kita terfikir balik, berdoalah agar kita tak lakukan lagi.



Dah lah erk? sikit je aku nak sampaikan sebenarnya. Insafilah diri atas kesilapan lalu. Bila dah salah tu kena insaf lah kan sayang? Tu je lah. Ini hanya pendapat aku saja. Kalau ada orang fikir lain dari otak aku, itu masing masing lah kan. :) peace peace peace bye salam.

Awal awal dah sedih


Assalamualaikum...



Esok jom kita cuti! Sekolah tiga hari je lepastu kita cuti balik. Seronok k seronok. Rasa baru semalam 1 haribulan januari. Cepat gilos. Hmm memang segalanya terasa cepat. Masa cepat, sedih pun cepat. Apa pulak kali ni eyh? Kalau tak nak tahu tak payah lah ambik tahu. Okies? ;)



Muka aku lebih kurang menakutkan gini kot dalam kelas KH tadi. :(



Semalam, hati aku tak sedap lepas balik sekolah. Rasa macam mesti ada something akan berlaku. But, aku tak tahu apa apa  just biar je lah kan. Lepas tu, datang datang sekolah tadi dengar kawan kata kawan aku pindah. Wah! I was like 'what? seriously?' and then diaorang angguk. Okay, masa tu just biasa biasa je tak rasa apa sangat tapi mestilah terkejut kan.



Dia pindah mengejut wuut! Dia memang dah cakap dengan aku yang dia nak pindah tahun ni ataupun tahun depan tapi bukanlah hari ni! Budak asrama cakap dekat aku mak dia tiba tiba je datang ambik dia and pindah. 



Dia kawan yang aku mula mula bercakap dan rapat. Seriously dia ada memang syok. Rasa kehilangan dan bosan kot dia tak ada. Masa kelas KH tadi pun aku terasa sangat kehilangan dia. Wey! Hang selalu kata dekat aku yang aku akan syok kalau hang pindah. Kalau hang baca entry aku ni hang tau lah. Awatlah hang pindah awal sangat. Aku suruh hang pindah tahun depan kan? Walaupun cuma setahun saja aku kenal hang tapi seriously aku rindu hang.


Missing someone isn't about how long is has been since you've seen them or the amount of time you've talked. It's about that very moment when you're doing something and wishing they were right there with you.


Hang suruh aku ajaq hang integer kan? Hang kata hang duduk sebelah aku pun sebab nak suruh aku ajaq hang kan? Okey, dekat sekolah mak hang aku harap hang dah boleh faham integer ataupun apa apa saja. Kalau hang suruh aku ajaq pun aku bukan pandai sangat nak ajaq orang. Aku tak tau sebab sebenar hang nak pindah. Tapi aku harap, hang tak lupa aku. Kalau hang ingat aku akan syok hang pindah, hang salah. Kalau hang rasa aku tak anggap hang kawan baik, hang salah.



Lepas ni, aku mungkin tak akan jumpa dia dah. Dia duduk dekat tempat lain bukannya dekat Kulim. Tapi, kalau Allah nak jumpakan aku dengan dia pun aku tak tahu lah kan.


I feel like sometimes, it's worse when someone moves away. Because they're still alive and well and happy. But you will hardly see them again. And it sucks. 


Tak Percaya


Assalamualaikum..



Wuh! Baru saja balik sekolah beberapa jam yang lalu. Aku dekat Kedah dah start sekolah! Yang baru mula nak sekolah esok tu semangatkanlah diri erk. Jangan nak malas malas sangat. Tapi tahu, ramai jugak yang tak sabar kan? Semalam aku cadang nak tidur awal last last pukul 5 baru aku tidur lena. Tak percaya? Sudah.. Aku tidur lah sebelum pukul 5 tu tapi tak lena. Then, aku terbangun pukul 4 lebih cenggitu dan pukul 5 baru leh tidur lena balik. Aish.



Then, bangun solat Subuh then aku tidur balik. Syukurlah dapat tidur jugak. Tapi seriously, hari ni cikgu bercakap dalam kelas serious ngantuk nak pengsan. Lepastu cikgu nak salahkan kami sekelas sebab tak dapat jadual waktu dengan tak dapat buku teks. Bukan salah kami okeyyh? :(



bosan wuu dengar cikgu nagging.



Okey, apa yang bajet bajet tak percaya sangat tuh? Aku tak percaya aku dapat cikgu tak sporting macam tahun lepas tahun ni. Aku tak percaya aku masuk Form 2. Aku tak percaya aku kena jalan jauh sampai paha boleh kecik dalam seminggu. Aku tak percaya aku dah tua #bajet lagi sekali. Aku tak percaya dah masuk tahun 2013.



Cubit pipi yang chubby kiri kanan sejuta seratus enam ploh kali. Aww.. lebam lorh pipi gue. Baik, mana ada aku cubit pipi sejuta seratus enam ploh kali. Gila ke apa? Memang tak percaya pun kan kan kan kan? Tahun ni ada budak baru masuk kelas aku. Dia dari luar negara. Dia melayu lah tapi macam awkward sikit nak cakap dengan dia sebab cara dia cakap lain sikit. Tapi tak apa, aku nak cuba jadi ramah sikit tahun ni. :D



K dah. Kang meleleh air liur basi baca panjang panjang. Bye!