Novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta -BEST!-


Assalamualaikum..


Dah lama rasanya blog tak berupdate. Seminggu dah rasanya. Apa yang aku buat sampai blog tak berupdate tu? Oh.. Untuk pengetahuan first sekali, tak ada benda yang menarik nak update. second, baca novel. third, tengok drama korea. Okeyh, perkara nombor dua tu kalau aku tak review novel yang aku baca ni, aku akan tak tidur lena. hahaha! Over kau nyah.


Jom aku review novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta..


Karya Seni
E-Man Sufi
S/M: RM 24.00
S/S: RM 27.00


Cover buku yang catchy di mata aku ni membuatkan aku rasa cinta pandang pertama pada buku ni. Bukanlah sebuah novel yang berunsurkan ganas, bunuh-bunuh dan sebagainya di dalam ni yang diutamakan. Apa yang buatkan aku rasa nak sangat beli novel ni walaupun cover dia nampak ganas tetapi satu benda pada cover dia yang aku nampak sweet. Apa dia tu? Perkataan 'Cinta' yang berwarna merah dan bunga ros tu membuatkan aku rasa cover ini sangat catchy,eye catching,amazing and interesting. Nampak tak aku ulang perkataan yang berbeza tapi maksud yang sama di situ? Ini bermakna aku terlalu sukakan cover dia.


Mari baca sinopsis dia dulu...


SINOPSIS

“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”

“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”

“Mastura!!!!!!!”


JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.

Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”

“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?

Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster!

Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.




Nampak tak disitu? Aku turut jatuh cinta dengan dia punya sinopsis tau. Selalunya lelaki yang tergila-gila dan sibuk nak mengorat perempuan, tapi yang ini lain pula. Kisah ni bukanlah si klise kahwin paksa yang kebanyakkan ada dalam novel melayu tu. Yang ini memang rela hati untuk kahwin. Selalunya dalam kebanyakkan novel juga, heronya mestilah yang putih, handsome, kaya, baik, lelaki korporat kan? Dalam novel ini, ada juga benda tu tapi Jebat taklah putih melepak tapi handsome jugak tapi ada parut di kening. Jebat kaya jugak tapi dia tinggalkan semua tu. Jebat kuli aje pun tapi hakikatnya dia kaya jugak. Tapi kaya apa semua tu tidak diketengahkan dalam novel ni.


Nama Jebat tu bukanlah nama sebenar hero tu. Nama dia Ahmad Ziyad. Cantik nama dia. Aku suka. Jebat ni dia tersangatlah cool. Kalau anda mengharapkan lelaki yang bahasakan diri dia abang dan ungkapkan perkataan jiwang jiwang yang rasa nak jolok tekak sampai muntah tu, minta maaf lah ya. Jebat bukan yang begitu. Dia taklah romantik yang macam lelaki lain tapi dia ada cara romantik dia yang tersendiri. Ini membuatkan aku tersangatlah sukakan dia. Dan satu benda yang paling aku rasa nak cair sampai macam ais ialah masa first tima dia kata 'Mas, aku cintakan kau'. ARrrhhh!!!!! Rasa macam 'Jebat aku suka gila gila kat hang!'. Lagi lagi aku suka dekat Jebat ni sebab nama dia sama dengan rumah sukan aku Hang Jebat. Nampak tak betapa aku sukakan watak Jebat ni sendiri? Kan???


Untuk watak Mastura pula, aku rasa first time aku tak meluat dengan watak heroin. Sebab dia terlalu sayangkan suami dia. Sebab tu aku suka dia. Mastura ni gatal, suka mengorat, tak tahu malu, manja dan tersangatlah setia. Tapi itu semua untuk Jebat yang tercinta aje okey? Aku pun suka sangattt dekat Mastura ni. Hehehe.


Tolonglah beli novel ni okey. Nampak tak pujian melambung aku untuk watak dan isi novel ni? Mantap okey mantap! Sampaikan aku baca novel ni aku dah tak kisah dengan Lee Min Ho yang tengah tayang muka handsome dia dalam screen laptop tu. Aku bagi 4.8/5 marks untuk novel ni. Syok woo! Tahniah untuk penulis E-Man Sufi. teruskan menghasilkan karya mantap macam ni. Fyi, novel ni terbitan bulan April. Masih hangat, cepat-cepatlah sambar kat kedai buku okey. Novel ni cukup dengan perisa. Manis dan pahit membuatkan novel ni sangatlah superb!! Nampak tak aku obses dengan novel ni? Jadi itu bermakna memang best. :D


When katak lovessss me!!!


Assalamualaikum..


Haa nampak tak betapa banyak 's' di situ? Itu bermakna katak memang sayang gila dekat aku tau. Mungkin lebih dari itu. Dah jatuh cinta dengan aku agaknya. Comel sangat ke bau kaki aku?? Hahaha!!


Cam ni lah bila 'terharu' sangat dengan kejutan katak tu. Dia nak lamar aku buat surprise eh. Atotoy so sweet lah kamu!! -blurgghh-


Seriously aku geli gila dengan katak dan benda paling benci sekali bila katak masuk dalam kasut aku. Benda ni aku rasa semua orang pernah kena. Aku kena banyak kali kot wey. Setakat sekali dua tu buleh gagah lagi. Ini dah 4 kali tau. Geram gila aku. Dah la katak tu besar tau. Color hijau ada, hitam macam lumut tu ada and kuning pun ada. Ingat comel sangat dah duduk dalam kasut aku hah??


Aku ingat lagi masa first time katak masuk dalam kasut aku. Masa tu darjah 3. Aku macam biasa sebab dah lewat tak pakai la betul betul lagi kasut. aku bawak masuk kasut dalam kereta. Aku pakai lah kasut tapi eh eh kenapa tak muat ni? Then, aku seluk tangan dalam kasut tau. Aku rasa rasa... Ehh.. Kenapa sejuk and lembab pulak kasut aku ni?? Aku raba raba lagi tu. -still tak sedar okey- Lepastu baru terasa ada kaki. Aku terus 'aaaaa!!! katak!!!!'. Hahaha. Geli betul tau. Aku tak akan pernah lupa benda tu. Kalau nak tahu rasa badan katak macam mana boleh lah tanya aku. Hihihi. Rasa badan dia tu kasar kasar, sejuk and perut dia bulat tau. Hahaha! Hari tu jugak aku terpaksa menipu cikgu bila aku lewat datang sekolah. Then cikgu tu marah marah marah lah aku. Sedih! Benci hang katak!!!


Tadi masa nak pergi sekolah pun ada katak dalam kasut aku. Aku angkat kasut sekolah aku. Kenapa rasa berat je bila angkat ni? Aku campak kasut tu atas lantai. Aku tekan-tekan sikit hujung kasut guna kaki. Rasa kenyal kenyal je. Faham lah aku. Mak aku campak campak kasut aku pun dia still tak nak keluar tau. Seronok sangat bau kaki aku eyh? Ish. Besar tau. Color kuning. Aku pecut jauh tau bila mak aku kata 'a'ah la nina! ada lagi!' geli geli geli! 


Dah sampai depan sekolah barulah aku pakai kasut. Tu pun banyak banyak banyak kali sebut nama Allah. haa kau, nampak tak hikmahnya di situ? Bila benda cenggini jadi, ingatlah kita pada Allah kan. :3 Dan ada hikmahnya jugak aku keluar rumah awal sikit. Tak adalah aku lewat sampai sekolah. Kenapa lah katak tu pilih kasut aku jugak? Kasut abang aku tak nak pula dia.


Sekarang ni fobia nak letak kasut atas rak yang rendah. Seronok je katak berlindung bawah kasut aku. Kenapa ya katak suka masuk dalam kasut aku?? Ada siapa boleh jawab persoalan aku tak? -curious- ????

Gaya tudung pilihan


Assalamualaikum..


Masing-masing ada citarasa dalam menggayakan tudung kan? Sama jugak lah macam aku. Ada citarasa dalam pemakaian tudung. Sini aku selitkan beberapa gaya tudung yang menjadi pilihan.


Like our kak maghia?? Ouh aku suka gaya pemakaian tudung dia. Tapi aku tak pakai la sebab hudoh benor kalau aku yang pakai. Hikk!













Okey, pilihan aku gaya tudung ainan tasneem. Simple tapi nampak sweet dan kemas. Pilihan korang pula yang macam mana?

Gwiyomi "Gi Ngoji" | Mr Bie ft. Adik C [Parodi]- Ini baru comel!


Assalamualaikum..


Sekarang buka youtube kiyomi, buka facebook kiyomi, buka blog pun kiyomi. Merata-rata kiyomi. Yes, memang lah comel tapi yang ini baru lagi comel!




Tidak semua kegyomian perlu dinilai dengan mata, kerana kegyomian hakiki ternilai dari hati. Justeru, blackout juga ada hikmah. Terima kasih Allah. Ngaji yok!!

Gi ngaji okey. Hikk!!

Beauty is not a ticket to happiness.




Motip sangat letak gambar Emma Maembong di atas tu. Hehe. Sebenarnya, tak ada kena mengena dengan Emma pon okey. Cuma aku letak gambar dia sebab tulah, dia cantik.


Betul orang kata, walau cantik macam mana pun bukannya boleh menjamin kebahagiaan hidup. Dulu, aku fikir cantik tu mesti ramai yang nak kawan. Cantik tu, mesti tak pernah menangis. Cantik tu mesti tak pernah kena hina. Cantik tu mesti keluarga, kawan-kawan and whoever akan suka dan sayang. Cantik tu mesti tak pernah rasa sakit.


Tak salah dan tak berdosa jika seseorang tu cantik. Itu anugerah Ilahi right? Cuma cantik tak semesti bahagia. Cantik tak semestinya tak pernah ada orang ejek dan hina.


Aku macam terkena penampar bila ada lah seseorang tu dia memang sangat cantik tapi dia luahkan yang dia kecewa dan rasa tak dihargai. Baru aku tersedar orang cantik pun bersedih. Orang cantik pun pernah rasa macam tidak dihargai.


Kecantikan, kekayaan, rumah besar, pangkat tinggi, budak pandai, budak hot, baju cantik. Jangan ingat kalau kita ada semua benda itu, kita akan bahagia.


Mungkin dia cantik, tapi dia dibenci, tidak dihargai, dipermainkan. Buat apa?

Mungkin dia kaya, tapi keluarga porak peranda. Buat apa?

Mungkin dia budak hot, tapi sentiasa ada budak nak cari pasal, kutuk kutuk, gaduh gaduh. Buat apa?

Mungkin dia pangkat tinggi, tapi dibenci, dicaci orang lain. Buat apa?


Kesempurnaan, bukan tiket untuk bahagia. Kita boleh bahagia dengan apa yang kita ada. Tidak semestinya mesti sempurna untuk bahagia. Biarlah jadi diri kita sendiri. Bersyukur lebih baik. ;)

Aww.. cutenya baby!!


Assalamualaikum...


Hari aku ada hobby baru. Aku tengok video-video baby dekat youtube. Geram gila!! Ini yang membuatkan aku nak adik baby ni. Hikhik. Meh aku letak sikit video baby yang cute dan rasa nak cubit-cubit pipi dia sampai lebam.


Ishh!! Pakai contact lense ke??? :P




She is very very cute. Geram tengok dia. And her last word 'don't let any beast eat you' tersangatlah comel okeyh??



Aku suka tengok masa dia tutup muka. Awww!!!!



Ihik comel kejut daddy



Geram wei!


Ada banyak lagi video yang aku tengok dekat youtube sebenarnya. Kalau rasa nak tengok lagi, bolehlah cari dekat youtube. Banyak sangat and semua comel comel.

Novel "Awak Suka Saya Tak?"


Assalamualaikum..


Kembali lagi, kan aku dah janji nak review this novel kan. Aku baru aje habis baca hari ni. Aku mengambil masa 6 hari untuk habiskan novel yang setebal 1056 muka surat ni. Hempok kepala orang bengong terus. XD


S/M: RM 35.00
S/S: RM 38.00

Sinopsis

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha




   Haa.. Hilman Yong ni sangat baik orang dia. Beriman berakhlak mulia lemah lembut, caring, loving, handsome, kaya, berkarisma, blablablablabla. Dalam novel, heronya haruslah perfect iya dok? Dia ni mualaf tau. Kacukan lagi you! Suka la jugak aku dekat Hilman ni.


   Intan Zulaikha pulak kadang-kadang geram je dengan dia. Sebabnya dia suka sangat percaya cakap orang. Lepastu bila Hilman dah ada depan mata, ada je dia nak buat kasi Hilman sakit hati. Pastu bersalah lepastu gedik-gedik menangis lah hapa padahal salah dia jugak. Tapi, dia ni baik la. Macam biasa, dia pon digambarkan sangat CANTIK, MENARIK, MENGGODA, KAYA, HIDUNG MANCUNG, KULIT PUTIH, BADAN 'S' SHAPE.. ERRHHH!!!


   Overall, aku kasi 4/5. Part yang aku suka dalam cerita ni, banyak jugak lawaknya dan banyak jugak sedihnya. Jadi macam fair fair la kan. Hakk! Lepastu yang aku suka, cerita ni banyak agama yang diutamakan. So, i love it. Aku tak suka cerita cinta yang belum kahwin dah pegang-pegang tangan peluk sana peluk sini.


   Oh oh one more...


Dengan kasih sayang Allah, tiada yang mustahil

Ya Allah, ampuni aku


sobsobsob



Astaghfirullah.. :'(

:')

Aminn..







:))


Ya Allah.. Jadikanlah hamba-MU ini orang yang sentiasa berada di jalan-MU. Jangan biarkan aku terpesong lagi. Aminn.. :')

Welcome back!




Yeha! Yeha! Yeha! Welcome back. Untuk siapakah itu? Untuk aku, juga kepada readers blog ni (kalau ada) lah. Mungkin tak ada seorang pun yang perasan blog aku diprivate walaupun dah maklum kan. Cewah, saja buat sebek.


See? See? Blog dah bertukar wajah lagi. Pink and baby blue. Aku suka color ni. Color aku yang beige tu rasa macam tak berapa nak kena dengan jiwa aku, aku tukarlah dua colors ni sebab rasa macam sweet sangat. Tapi, blog aku yang sekarang ni tak berapa nak sweet aku rasa.


Ada yang tak kena pada header di situ. Nanti nantilah aku fikir pasal header tu nak design macam mana. Tulisan pun macam tak best je aku buat tu. Hehe. Dan.. dan aku rasa macam masih tak stunning arr blog aku. ceee.. 


Fyi, aku baca novel "Awak Suka Saya Tak?". Tapi, belum habis lagi. Cerita ni dah lama kan? Tapi aku ketinggalan sikit. Nanti dah habis, aku review kat sini. Lambat lagi rasanya sebab buku ni tebal gila. Macam dua novel digabungkan. 1000+ muka surat. So, tunggu lah k aku review. ;D

Malas itu kreatif?


Aku malas kau faham tak?


Assalamualaikum..


Ada satu artikel yang aku rasa macam best sebab aku malas. Ni kiranya macam bela orang malas arr ni. Ceh, tak ada makna. Jom baca. Kalau malas, lagilah wajib baca tapi tak baca tak dosa la. :P

***

Sudah menjadi sunnah alam bahawa kuat lawannya lemah. Kita menjadi lemah disebabkan pelbagai faktor. Sifat malas adalah faktor utama. Mari kita buktikan faktor dominan ini memberi impak kepada kerjaya dan usaha manusia.


Watak Pak Pandir begitu sinonim dalam cerita masyarakat Melayu yang sering menjadi bahan tawa dengan telatahnya yang dungu ala-ala 'Mr. Bean Kampung'. Kisahnya begni...


Pada suatu pagi, Pak Andih menemani Mak Andih membasuh pakaian di tepian sungai. Sementara menunggu Mak Andih selesai, beliau mandi, menyelam dan berenang. Sedang Pak Andih melayan keseronokkan mandi, tiba-tiba Mak Andih melaung. "Abang.. cepat kejar, ada batang pisang hanyut!". Pak Andih segera berenang mendapatkan batang pisang yang hanyut itu. Mak Andih berkata; "Kita bolehlah tanam batang pisang ni, tak payah beli pisang pada jiran lagi," ujar Mak Andih memberi cadangan. Dahi Pak Andih berkerut, wajahnya mendur, mulutnya muncung, hatinya menggerutu.


"Kita tanam sama-sama!" tingkah Pan Pandir. "Saya ambil bahagian atas pokok, kamu ambil bahagian bawah," cadang Pak Pandir. Mak Andih hanya setuju. Mereka menanam bahagian masing-masing. Pak Pandir menanam bahagian atas yang berdaun hijau, manakala Mak Andih menanam bhagian bawah yang kontot. Hari demi hari, tunggul pisang Mak Andih menyeluarkan sulur baru, sedang pokok Pak Pandir sujud menyungkur bumi, mereput dan mati.


Di akhir cerita, Mak Andir gembira melihat hasil tanamannya sementara Pak Pandir murung berduka.


Sebenarnya Pak Pandir bukanlah bodoh, tetapi dia malas menanam perdu pisang tersebut. Dia tahu, jika dia menanam bahagian perdu, maka dia terpaksa berulang alik ke kebun bagi menguruskan tanaman pisangnya hinggalah dia mendapat hasil. Ini akan mengganggu jadual rehat dan tidurnya. Sifat malas ini menjadikannya mengeluarkan idea tidak logik demi mengelat. Orang malas rela dianggap bodoh, tidak kreatif dan tidak inovatif semata-mata mempertahankan sifat malas yang ada dalam diri.


Orang malas sebenarnya cerdik, kreatif dan inovatif kerana dia mampu memberikan pelbagai alasan!



Haha. Sila bangga sambil buat gyomi meh? Tapi artikel ni bukanlah bermaksud nak biarkan kita ni menjadi seorang yang malas sampai bila-bila. Ambil pengajaran meh. Ya betul, malas itu kreatif sebenarnya. :D

Hang nak aku puji ke?


Assalamualaikum...



Aku sebenarnya dah jatuh tangga wey. Result aku tak memuaskan bulan ini. Kenapa kenapa kenapa? Jawapan dia Allah tak izin. Tapi aku rasa tak ada yang failed lah. Alhamdulillah. Aku bergantung harap pada Agama dan English sahaja yang tinggal. Dua paper tu tak dapat lagi.


Haa now! Aku bukan nak cerita pasal result aku kat sini. Aku nak cerita pasal orang yang dahagakan pujian. Selalunya attention seeker ken.. Tapi sekarang, dia ni dahagakan pujian. Memang lah dia tak cakap yang dia ni nak dipuji. Tapi, dari cara dia bercakap tu aku faham lah apa yang dia nak.




"Lawa tak tulisan aku?" "Pandai tak aku betul semua?" "Salah satu saja..." Dan yang paling penting sekali, "comel tak Kak Ton?" BLURGHH!


Yang comel tak kak ton tu aku menambah je. Yang sebelum itu adalah antara salah satu benda yang dia selalu tanya aku lah. Seksa kau tahu tak duduk sebelah dia. Aku faham perasaan dia. Aku faham kalau dia rasa tulisan dia lawa ke dia rasa dia pandai ke. Tapi.. tak perlulah nak tanya aku. Aku faham dia nak aku puji dia.


"Wei... Pandainya hang. Terrer gila hang.." "Lawa lah wei tulisan hang. Tengok tulisan aku. Hudoh gila." "Untungnya hang salah satu je..." Ini adalah antara salah satu yang aku rasa dia harap keluar dari mulut aku. Minta maaf. Orang yang minta dipuji aku tak akan nak puji.


Bukanlah nak kata aku ni berlagak sombong ke apa ke. Masalahnya dia suka bandingkan dengan hasil kerja kita. Lepastu nak condemn. "Memang tak lawa pun tulisan hang.." "Todiaaa.. Awat macam ni hang buat? Tak kemaih langsung.."


Aiii!! Geram betul aku dengan dia ni. Aku tak kesah la kalau dia nak rasa dia punya kerja dia punya otak tu adalah terbaik. Tapi, janganlah bezakan kerja engkau dengan kerja kami kami kami ni. Aku aku kau kau la. Kalau tulisan kau lawa macam kat atas sana tu mungkinlah aku nak puji. Tapi kalau kau yang mintak aku puji kau cari orang lain je la k.


Entry ni tak adalah nak memalukan sesiapa. Bukanlah bermaksud nak kutuk kutuk. Aku tak kutuk okey. Ini untuk peringatan diri aku jugak supaya jangan mengharapkan pujian orang dengan tanya lawa tak tulisan aku comey tak aku bagai tu. Orang yang kau harapkan pujian tu nanti seriously aku cakap mesti dia menyampah gila lah dengan kau dan dah set dalam hati dia 'oh dia ni perasan. dahagakan pujian'. Malu tak kalau dia cakap macam tu depan-depan kau? Kalau dia takat cakap dalam hati tak apalah. Kan. K dah. Bye