Nak mintak tolong? Mintak elok-elok lahhh..

28/6/13


Assalamualaikum..


Alhamdulillah, sekali lagi aku dapat menikmati penghulu hari. Eh, tengok tajuk macam geram aje? Ya, memang geram dan tak puas hati dengan cara sesetengah orang yang nak mintak tolong, tapi bukan macam nak minta tolong.




Susah sangat ke nak cakap elok-elok bila nak mintak tolong dengan orang lain? Perlu ke menjerit-jerit kuat-kuat macam nak runtuh bangunan panggil nama orang tu sebab nak mintak tolong? Perlu ke cakap benda-benda tak elok dekat orang tu bila nak mintak tolong?


"Woi!!! Pergi la tolong angkat barang tu!"

"Tak pernah aku tengok orang pemalas macam kau ni!! Eeeii.. Pemalas macam apa lagi!"

"Bodoh betul! Barang banyak lagi kat depan tu boleh dia blah macam tu aje!"


Ehehe, jangan tanya siapa yang cakap begitu. Cuma aku pernah dengar orang cakap pada orang lain. Haa, gitu.



Aku rasa, kalau nak mintak tolong tu tak perlu kot nak jerit jerit sekuat kuatnya dan mengata mengutuk orang tu bila nak mintak tolong dia. Kita nak dia tolong kita, tapi kita sakitkan hati dia. Seronok ke bila orang yang tolong kita tu tak ikhlas menolong?


Tak susah rasanya bila cakap elok-elok bila nak mintak tolong.

"Minta tolong angkat barang depan tu ya?"

"Boleh saya minta tolong sekejap untuk angkat barang tu?"

Susah? Kena bayar duit? Berdosa? Mati? Sakit? Jadi miskin? bila kena cakap elok elok? Fikirlah sendiri.


So, ini peringatan untuk diri sendiri juga. Bila nak meminta tolong jangan sampai menghina orang tu. Aku tak suka dan rasa tak bestlah kot bila orang yang menolong tu tak ikhlas. Kan? :D



Bila Hati Diguris

26/6/13




Kadang-kadang hati sakit bila disindir, tapi itu adalah lebih baik daripada bercakap di belakang, bila disindir menangis sebentar tapi impak selepasnya amat besar. Perubahan diri yang ketara dan lebih baik dari sebelumnya.

Belajarlah menerima sindiran walaupun sebenarnya tidak begitu beradab menyindir orang. Semuanya kerana di atas paksi kebaikan dan kemaslahatan yang lebih besar pada masa hadapan.


Aku bukanlah manusia yang sempurna. Mungkin pada zaman silam aku pernah melukakan hati, mencabut rasa tenang. Mungkin kata-kataku sungguh menyakitkan hati, tiada apa yang aku persembahkan melainkan huluran tangan memohon seribu kemaafan. Maafkan aku bersama dengan doamu.

Aku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik.
Aku menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik.
Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi.

Ambil hati. Sakit hati. Pedih hati. Terasa hati. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan muram, jauh dari keceriaan. Lebih parah lagi, menjauhkan manusia dari Rabb-Nya.

Mengapa tidak untuk berhusnuzon, sedangkan itu lebih mulia.
Mengapa tidak memahami, sedangkan kita bersaudara.
Mengapa tidak bersikap positif, sedangkan ikhtilaf hati itu padah jawabnya.
Mengapa tidak bersama dalam perjuangan ini,sedangkan tanggungjawab kita adalah sama.
Mengapa tidak meluangkan masa bersama sedangkan, kita semua adalah dai’e.

Positif menjadikan kita bersangka baik. Bersangka baik lebih menenangkan hati. Orang hebat biasanya kerana dia hebat dalam hubungan dengan Allah. Tapi ada juga yang hebat dunia sahaja, hubungan dengan Allah entah ke mana. Dia tidak bersangka baik dengan Allah apatah lagi dengan makhluknya. Adab dan akhlak dalam pengurusan hati masih lagi samar untuk diiktiraf sebagai seorang dai’e.

Sekiranya semakin kita bijak, semakin jauh diri kita daripada-Nya, maka ada sesuatu yang tidak kena dengan diri. Jauhkanlah sifat itu dari dalam diri.

Apa pun, jangan resah andai ada yang membenci. Andai ada yang tidak berpuas hati. Andai ada yang tidak menyenangi. Kerana masih ramai yang mencintai kita di dunia. Resahlah andai Allah membenci kerana tiada lagi yang mencintai kita di akhirat.

Nabi SAW bersabda “Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada siapa yang dicintai-Nya dan siapa yang tidak dicintai-Nya, tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada siapa yang dicintai-Nya.”


SUMBER


p/s: bagaikan satu tamparan untuk diri sendiri. maka, bila ada yang menyindir ada yang buat muka tak senang, positiflah. kita boleh! mungkin sebab kita pun pernah macam tu. maybe it's karma. :)

Wajarkah Men'setan'kan orang?

21/6/13


Assalamualaikum..


Alhamdulillah masih dapat menikmati penghulu segala hari ni! :D Erm tapi aku tetiba rasa nak tulis something di sini. Boleh tak? Oh, sudah pasti.


"Kau ni nak jadi apa? Setan? Ikut perangai setan lah tu jadi macam tu!"

"Kau ni memang setan. Setan aje perangai macam kau."


Itu adalah antara salah satunya yang aku pernah dengar orang cakap pada orang lain hanya kerana SATU KESALAHAN YANG KECIL DAN BOLEH DIUBAH! Tengok siap underline and CAPS LOCK lagi you!





Elok sangat ke cakap orang lain serupa makhluk macam dekat atas ni? Ya, mungkin kita rasa diri kita betul dan orang lain salah. Tapi, patut ke labelkan orang lain sebagai setan?


Mungkin dia salah. Mungkin dia tersilap. Mungkin dia leka. Tapi, bagi aku tak perlu dan tak patut rasanya kata dekat orang sebagai devil. Lainlah kalau dia betul betul jahat gila. Yang tu aku tak kisah sangat. Tapi bila orang lain buat kesilapan kecil dan boleh diubah aku rasa tak patut mensetankan orang.


Okey, itu aje. Oh oh satu lagi. Jaga perkataan kita. Jangan sebut benda benda yang sensitif pada orang lain. Kalau dah terbiasa cakap benda benda tak elok nanti susah nak ubah. Baik jaga-jaga lidah bila bercakap. K dah. Illaliqa'.

Gigitan nyamuk boleh bengkak sampai 228 KG.

11/6/13


Assalamualaikum...


Haa nak cerita sikit ni, haritu masa nak balik dari kampung aku ada singgah toilet dekat station minyak ni untuk ke toilet. Lepas tu, lepas masuk kereta aku perasan kaki aku macam ada bengkak gigitan nyamuk. Aku pun buat dek aje.


Selalunya bekas gigitan nyamuk ni dia akan hilang dalam beberapa jam atau minit aje kan? Tapi gigitan aku ni dah berhari-hari woi! Sampai bengkak and macam berair. Aku takut jugak. Entah betul ke idak kena gigit nyamuk or what. Dia macam gatal and pedih pedih sikit bila pegang. Tak tahu benda apakah ini. Adakah bisul? Waahaha. '_'


Haa yang bengkak sampai 228 KG tu bukan aku yang kena lah. Ada seorang perempuan yang namanya Sophia ni haa. Badan dia boleh bengkak sampai cenggitu hanya sebab kena gigit nyamuk. Aku rasa mesti dah baca pasal ni tak? Okey, aku malas nak copy entry tu. Kalau nak baca jugak boleh tekan SINI.


:O




Kaki dia bengkak dan dia stress dan dia makan banyak banyak sebab dia boleh hilangkan stress dia melalui makan, maka dia jadi semakin besar. Haa gitulah. Aku takut kaki aku boleh bengkak sampai 300 kg pulak ke? Ouh, minta dijauhkan!

Dah siap edit blog. Yeay!

10/6/13


Assalamualaikum..


Weii! Aku dah siap edit blog wei! Ceh buat pulon and over lah aku kan. Saja lah sebab dah habis stress stress hadap coding. Mata pun boleh makin rabun tau tengok coding ni. Sekarang dah siap! And sangat rasa lega. Padahal bukan cantik sangat pon. :D


Eh, perasan tak yang header aku tu colour kelabu asap sikit? Hah aku pun baru perasan bila dah upload dalam blog. Masa aku edit aku tengok colour putih biasa aje. Tapi, abaikan. Aku rasa tak ada masalah sangat tak?


Hmm. Rasanya tu aje yang nak dibebelkan. Kalau ada cacat sikit dalam blog ni, memang aku pun tak tahu lah. And kalau ada yang tengah bosan ke rasa teringin nak baca novel ke atau tengah ragu-ragu ke nak pilih novel bolehlah tengok review novel aku di SINI! k, bye.

Novel Yang Manis karya Marissa -BEST!-


Assalamualaikum...


Haa.. Aku shopping buku lagi tau. Aku ni kalau boleh tiap-tiap hari nak beli buku. Semalam aku cari Curi-curi Cinta tak ada. Lepas tu nampak novel Yang Manis ni. Aku sambar le cepat-cepat. Ada tiga buah je atas rak tau. :D Aku baru je habis baca novel ni tadi. Meh nak review sikit.


Karya Seni
Marissa
S/M: RM 19.00
S/S: RM 22.00


SINOPSIS

IMANIAH SOFEA tak kisah orang nak kata apa tapi kalau Iman dah suka, Iman tak peduli apa orang kata. Janji Iman suka. Kalau nak kata Iman perigi cari timba pun tak ada masalah. Iman gembira juga.

“Aku nak pikat Raees Hamzah.”

“Apa?”

“Aku nak pikat Raees Hamzah.”

“Kau sedar tak apa yang kau cakap ni, Iman? Kerja memikat tu bukan kerja orang perempuan tau tak. Tu kerja orang lelaki. Serupa perigi cari timba. Tapi kau ni bukan perigi lagi. Tapi perigi buta. Sudahla buta, tak ada air pula.”

Iman tak peduli apa kata sahabat baiknya, Nawal. Iman rasa hanya Raees Hamzah paling layak menemani hidupnya.

RAEES HAMZAH pun rasa pelik. Kenapa dia boleh suka dengan gadis yang memiliki rambut seperti ekor tupai itu daripada seorang ustazah? Walaupun gadis itu dikatakan ‘tidak cukup kain’ tapi tetap ada manisnya.

“Perempuan macam tu yang hang pilih?”

“Kenapa dengan dia? Gadis yang aku pilih adalah, bila aku pandang dia, perasaan aku jadi sejuk. Penat aku jadi hilang. Susah aku jadi senang. Bukan lagi aku pandang, lagi aku bengang.”

Memang Iman tidak lengkap sifat Muslimahnya seperti Humairah, tapi di mata Raees, Iman lebih nampak suci berbanding seorang ustazah yang mempunyai lidah yang agak bahaya. Namun berjayakah Raees mengubah si manis Iman seperti yang diharapkan? Dan mampukah Iman berubah demi sebuah cinta?



Haa.. Novel ni macam ada aura dia tau. Masa aku tertengok tajuk dia kat laman Karya Seni aku terus aje klik and tengok cover nampak cun and aku baca dia punya sinopsis terus rasa terkinja-kinja nak beli. Novel ni terbitan bulan Mei. Masih baru juga.


Ha'ah. Marissa ni yang penulis Teduhan Kasih tu. Tapi beliau ni yang ada nama Qaseh Qaisara tu jugak ke? Sebab aku tengok gambar, orang sama. Okey okey nak review ni.


Aku sangat suka part Iman dengan Raees. Sangatlah comel sangatlah padan. Kalau dia letak part Iman-Raees dari awal sampai akhir tanpa ada watak lain pun aku dah cukup suka dah tau. Iman sangat comel dan manis, Raees pulak tak lah handsome pun tapi manisnya ada (itu yang best). Huahaha!


Dalam novel ni, tak ada lah konflik yang berat-berat sampai kepala otak nak berasap aje dengan watak antagonis. Family kedua-dua watak ni sangat penyayang dan sporting dan sangat best dan sangat harmoni. Syok woo kalau dapat family macam family depa dua orang ni. Selalunya dalam novel orang kaya mesti nak yang sama taraf aje dan menyombong membongkak semua kan. Tapi tidak dalam novel ni.


Kasih sayang amatlah terasa dalam novel ni. Penulis Marissa ni memang menitikberatkan soal kasih sayang dalam penulisan dia. Bagi beliau, sesuatu yang mudah dicari tetapi susah untuk ditemui ialah kasih sayang. Haa, gitu.


Dalam novel ni ada sense of humor. Baca sinopsis tergelak bila kata rambut Iman macam ekor tupai. Comel letew. Kali ni aku suka dengan heroinnnya macam novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Cuma aku rasa tak puas part watak-watak yang cuba cuba mengacau tu pengakhirannya macam mana. Aku tak berapa jelas dengan pengakhiran watak antagonis tu. Kalau boleh aku nak tengok watak-watak yang 'ngokngek' tu minta maaf atau kurang-kurang kasi la macam dia insaf lepas tu bertemu kebahagiaan ke. Baru best gitu.


Tapi sokey, yang part lain-lain semua aku suka. Memang meresap kasih sayang dalam jiwa haku tau. Aku kasi 4.5/5 bintang. Haa, novel ni BEST! Boleh la pecut laju laju ke bookstore berhampiran atau nak pergi bookstore yang berjauhan pun aku tak kesah. Cuma aku nak hampa try la baca lepastu kasi pandangan pasal novel ni. Taste orang lain-lain kan? ;) Haa satu lagi sebelum terlupa nak kasitau, aku suka Raees ngan orang kampung dia cakap Kedah sebab boleh baca dalam loghat Kedah. Tak penting pun, tapi saja nak kasitau. >.<


Novel Kata Tak Rindu karya Siti Nur Dhuha


Assalamualaikum...


Haa.. Aku baru balik dari kampung. Selangor panas gila eyh? Balik Kulim terus terasa sangatlah bersyukur sebab duduk di Kulim. hahaha! Nampak tak pulonnya di situ? Kann.. Kejap sebelum nak review novel aku nak membebel sekejap. muahaha!


Atas jalan aku rasa ergghhh gila sebab sikap driver-driver yang selfish. Sesuka hati nak mencilok sana mencilok sini. Lepas tu main redah je. Aii aku tak boleh lah. Bas yang laju. Lori yang overloading sampai papan macam nak tercabut je and bawak laju pulak. Saja kasi orang takut. Nanti kalau apa-apa kami kami kami yang lain atas jalan ni yang terkena. Memanglah kalau benda nak jadi tu jadi tapi at least kita ambil langkah berjaga-jaga. Tak gitu?


Cakap banyak pulak aku macam aku yang drive. Yes, aku tumpang marah. Okey meh meh aku kasi review. Kang aku kena lempang pulak, siapa yang sakit. Aku jugak.




Siti Nur Dhuha
Buku Prima
S/M: 27.90
S/S: 30.90


SINOPSIS

Kerana kecewa kekasih hati berkahwin dengan gadis lain, Zafia mendaftar diri di Agensi Mencari Jodoh. Niat hatinya hanya satu, ingin membalas dendam terhadap bekas kekasihnya, Shahril. Tanpa berfikir panjang, Zafia terus menandatangani surat perjanjian tanpa berjumpa terlebih dahulu dengan bakal suami.
Setelah berjumpa Aezwan, lelaki yang dikenali melalui Agensi Mencari Jodoh, Zafia mula berubah fikiran. Tidak mahu meneruskan perkahwinan. Namun Zafia tidak dapat mengelak dari berkahwin dengan Aezwan kerana telah terikat dengan perjanjian yang telah ditandatanganinya.
Perkahwinan berlangsung juga. Zafia dan Aezwan terpaksa menjalani hidup berumah tangga. Tiada keserasian, membuatkan mereka berdua sering bergaduh. Suaminya terlalu berdisiplin, pagi-pagi lagi sudah bangun dan mengemas rumah. Sedangkan Zafia matahari terpacak di ubun-ubun, masih terbongkang tidur.
Bekas kekasihnya, Shahril mula mengganggu rumah tangga Zafia. Dia tidak serasi dengan pasangan hidupnya. Bila Aezwan dapat tahu, dia mula berasa cemburu kerana telah timbul bibit-bibit cinta dalam hatinya. Aezwan berjumpa Shahril tanpa pengetahuan Zafia. Berlaku satu insiden yang tidak diingini. Apakah insiden itu? Kekal ke rumah tangga Zafia atau dia balik semula pada Shahril? Bagaimana pula dengan Aezwan? Mana satu pilihan Zafia?

“Fia tak berzina, Fia sudah berkahwin, Aril!!!”
– ZAFIA

“Hari ini abang bahagia sangat sebab apa yang abang nak, abang dapat. Fia dah jadi milik abang.”
– AEZWAN



Macam biasa karya Siti Nur Dhuha mestilah ada sense of humor. Fyi, ini karya yang terbaru. Tahun ni punya. Masih panas di pasaran jadi bolehlah sambar kalau anda peminat SND macam aku. :D


So.. cerita ni macam yang dalam sinopsis katalah, Zafia yang kecewa pi cari jodoh dekat Agensi Mencari Jodoh. Desperate uolls tau. Hahaha! Dia ni kan nak cari yang kaya, popular and tinggi semata-mata nak kasi Shahril menyesal tak kahwin dengan dia.


Aku cukup benci dengan Zafia ni. Dia still sayangkan Shahril walaupun dia dah kahwin. Gedik apa kau perempuan oii. Kesian Aezwan yang maha handsome tu jealous. So, siapa yang akan jadi teman sehidup semati Zafia? Kena sambar buku ni, untuk menjawab persoalan tu.



Sedikit sedutan sense of humor (ecewah):


Setahu aku, sewaktu aku sekolah rendah dahulu. Ramai yang panggil aku negro sebab aku ni hitam. Pangkat negro itu turun kepada pangkat keling setelah naik sekolah menengah. Apabila tamat belajar, aku mencuba pelbagai produk memutihkan kulit. Akhirnya, daripada keling, aku menjadi kelabu asap.


Nanti aku upload gambar kita bertiga ni dalam facebook, aku tag kat kau ya Fia. Aku guna nama Pelepoh Nyo.


Itu ajelah yang aku dapat cari. Ada satu tu aku gelak gila tapi tak dapat nak cari kat mana. Lagipun, mana boleh kasi lebih-lebih. Yang Pelepoh Nyo tu yang tak tahan tu. Tak ada nama lain ke nak kasi. Ada banyak lagi sebenarnya part part lawak ni tapi kena baca sendiri lah.



Novel ni bagi aku, tercapai lah tujuan SND untuk bagi pembaca rasa geram, dendam dan kesian pada watak-watak ni. Novel ni just nice lah. Tak masin dan tak tawar. Haa gitu. Aku kasi, 4/5. Sorry kalau rasa review aku kali ni macam kekurangan, sebab memang aku pun sekarang rasa macam tak berada di bumi yang nyata. Macam mabuk-mabuk sikit. K dah, bye.