Feeling great with Purederm Botanical Choice Skin Brightening Natural Pearl Mask

26/7/13


Assalamualaikum...


Tadi aku gi jalan kat Landmark dengan my friend untuk beli hadiah kawan aku yang comel! Ahaha. Birthday dia Ahad ni. Tak sabar nak bagi hadiah kat dia. Okey, anyway aku bukan nak cerita pasal birthday kawan aku pun. Just nak cerita sikit pasal facial mask. Ehehehe.


Ni dia rupanya.


Mask ni murah aje. Aku beli dekat Watson harga RM 5.90 satu paket tu lah. Aku saja menggatal nak tepek tepek mask macam mak datin tepek mask kat spa. Ahaha! 


Brightening & Rejuvenating! 
Pearl Extract has long been a favourite by women to protect & beautify the skin. Purederm Botanical Choice Skin Brightening Natural Pearl Mask "Vitamin E" magically helps to tone and rejuvenate complexion, clear blemishes, minimize pores and enhance blood circulation. The skin will look natural and brilliant.


Huh! Excited tak excited tengok apa yang dia tulis belakang paket tu. Padahal masa beli bukan aku tengok pun apa dia tulis. Main rembat aje. Aku dah pakai dah mask ni. Bau mask ni macam losyen tau. Aku pakai separuh sebab satu paket tu aku rasa boleh pakai dua kali. Ahahaha, I'm feeling great sebab jimat. :P


And yeah.. Aku rasa kulit licin aje lepas pakai mask ni. Lagipun produk ni dari Korea. Eleh, kita memang nampak Korea aje dada berkobar-kobar kan. Btw, siapa-siapa yang pergi tengok mask apa apa aje dari Botanical Choice ni, bolehlah pergi ke SINI.


Gambar aku ada tapi malaslah nak letak sebab dia tak keluar dengan baik, penuh penipuan betul camera phone aku ni. Tension!! Tapi aku ada beli satu lagi mask tapi tak tahu lah best idak.



Sophie Monk Whitening Facial Mask. Aku pantang tengok whitening whitening ni, rasa geram aje. Muka sebenarnya bukan hitam macam negro pon. Alalala, perasan tahap apa lagi! Negro pon lawa dari aku perr. Ehehe. And yeah boleh pergi SINI untuk ke web Sophie Monk tapi dalam bahasa lain. Siapa paham, bolehlah baca. Aku tertarik dengan mask ni sebab kotak dia yang super comel. Murah je satu kotak RM 15.92 lepas diskaun. Sebelum diskaun RM19 something.


Untuk entry ni, macam tak sesuai aje aku rasa budak 14 years old kunun kununnyeee nak ceghita pasal mask. Tapi, ini RARE. Betul dak? :PPP




Dulu Aku Obses Dengan Barbie


25/7/13






Helo helo helo. Aku sedang menaip entri di tengah malam buta ni. Mesti ramai yang dah tidur tapi bagi aku pukul 12 malam adalah untuk kahnak-kahnak tidur dan cinderella pulang ke rumah ibu dan kakak tirinya. Apa aku merapu ni?


Haa.. Untuk girls di luar sana mesti ingat lagi masa zaman hingusan kita suka sangat dengan Barbie ni kan? Aku masa zaman budak-budak ketot dulu obses gila dengan Barbie ni. Segala Barbie doll, segala note book Barbie, segala beg Barbie, segala sticker Barbie, segala stationery Barbie, segala selimut Barbie, segala payung Barbie, segala datok nenek Barbie aku beli. Seriously aku habaq. >.<


Haa.. Kalau aku nampak tu tu tu tulisan barbie yang gedabak di shopping mall aku akan terjah!


Kalau nak tahu kalau pamphlet Toys R Us sampai rumah aku aje, aku akan godek di bahagian patung-patung Barbie dan aku akan pilih satu dan aku akan ajak parents aku pergi beli dekat Pacific atau Queensbay. Cubalah hampa fikir sendiri berapa banyaklah duit parents aku belikan aku mak nenek Barbie ni. >.<


Apa-apa sahaja yang berkaitan Barbie yang ada gambar Barbie seketul aku akan suruh mak aku belikan atau aku tak suruh pun mak aku dah tanya 'nak ke?'. Nampak tak? Aku seriously kalau ingat balik, aku rasa waste of money wei untuk menatang tak berfaedah ni!!!! Kesian parents aku yang dah terlalu banyak habiskan duit untuk belikan Barbie untuk aku.


And satu lagi, aku masih ada laptop bebudak yang Barbie punya. Haa.. Nampak tak keobsesan aku pada Barbie tu? Barbie dolls aku yang melambak segala Maripossa, Rapunzel segala macam semua tu aku tak tahu ada kat mana sekarang maybe mak aku dah sedekahkan dekat anak kawan dia. Lagipun aku takut dekat depa bila malam-malam. Mak aku selalu kata patung boleh hidup jadi aku perosokkan depa dalam almari. Oh noooo! -.-




Cuma satu aje yang masih kekal kat aku sampai sekarang. Aku still tengok Barbie movies. Suka tengok. Eh, jangan ingat apa eyh orang dewasa pun ada tengok cerita Barbie lah. And kita boleh lah improve our English. Sambil tengok sambil belajar, tak gitu? Learning process is everywhere. Ecewah aku pulon apa ni?







Ahaha.. Barbie characters dalam movies semua muka sama aje aku rasa. Apa-apapun depa tetap cantik dan comel. Dulu kalau ada budak laki yang usik-usik sebut Barbie tu as 'menatang' tu kan.. aku emo gilos tapi tak la mengamuk pun. 


Macam mana pun, lama kelamaan bila meningkat usia ni akan hilang sendiri perasaan obses dekat cik Barbie tu. Kalau ada anak-anak cik puan kat rumah tu yang gilakan Barbie macam saya, janganlah risau sebab nanti mereka dah besar nak pegang Barbie pun dah malu. Haa, tak caya tunggu aje lah.


Nasib baik aje aku tak gila sangat dekat Barbie sampai nak buat surgery ubah muka jadi macam Barbie. Tak ke naya kalau cenggitu? Maknanya aku masih waras. Ahaha!


SEKARANG AKU BUKAN MINAH BARBIE, YEAY FREEDOM!!!!! -pulon

Kenapa tak handsome tapi suara sedap?

21/7/13


Okey aku obses sangat dengan kucing sampai entry ni pun aku letak gambar kucing. K, nevermind.


Aku terasa yang sejak menjak ni aku selalu tulis tajuk entry panjang-panjang. Kononnya macam best la sangat kan? Puiiih. K, dah. Sebenarnya anda perasan something tak??? Perasan takkkkk.. PERASAN TAK!!! Lempang sekali boleh tak?


Okey, kamu sadar nggak bahwa ramei bangat band pria yang nggak ganteng tapi punya suara yang merdu bangat gitu? Kamu ada pikirin nggak mengapa? Okey, sorry kalau annoying sangat Indon hako.


Tak apalah kalau tak faham apa aku tulis atas tu, meh nak explain. Hampa sedar tak yang ramai sangat band laki yang tak handsome tapi ada suara yang sedap sangat gitu? Ada fikir tak kenapa? Pahang dok?


Aku perasan ramai band lelaki yang muka macam mat rempit tapi suara... Amboiii mak. Syok dengornye. Berkali-kali repeat video kau. Hits video dia pun sampai berjuta-juta. Jadi jawapannya kat sini, walaupun tak handsome tapi Allah bagi mereka keistimewaan yang lain. Haa, betul tak?


Kadang-kadang Allah bagi seorang hamba ni kekurangan pada satu benda tu, tapi Allah bagi keistimewaan pada bahagian yang lain. Jadi, Allah itu maha adil. Al-Adl. Jadi bagi kita yang rasa diri tu kekurangan, cubalah fikir kita juga ada keistimewaan tersendiri yang mungkin tak ada pada orang lain. :)


Jadi, inilah serba sedikit tazkirah ramadhan kita yang kesimpulannya ialah kita sebagai hamba hendaklah sentiasa bersyukur atas nikmat Allah dan sedarlah bahawa Allah itu Maha Adil. Tetiba je aku ni? Hihik.

***

Masuk part lain pulak. Masuk bulan ramadhan ni keinginan aku ni macam-macam sikit. Bukan nak makanan tau. Tapi nak benda yang tak boleh makan tapi memberi ganjaran pahala yang banyak. Haa, gitu. Ni haa bendanya...





Comel sangat!! Bagus orang yang cipta Quran Pelangi ni sebab menarik perhatian orang untuk membaca Al-Quran. Kita tengok pun sedap mata memandang kan dan lebih excited, semangat, tertarik semua benda lah. Aku nak beli satu tapi tengok kat Facebook macam banyak yang dah habis stok je yang macam Dian Pelangi punya tu. Jadi sesiapa yang tahu page yang masih ada stok Quran Pelangi yang macam Dian Pelangi punya, silalah beritahu. Atau sesiapa yang jual bolehlah jual kat aku atau sesiapa yang murah hati boleh belanja aku terus. Haa, macam tu. :D




Lagi satu nak ni!!! Camera Casio Exilim ZR700. Macam best aje aku nengoknye. Okey benda ni tak bagi pahala pun tapi aku teringin satu! Camera macam ni dia gambar cantik dan serupa macam DSLR aje tapi tak gedabak macam DSLR. Kat rumah aku ada dah sebijik DSLR tapi tak suka sebab berat gedabak malas sungguh nak mengangkatnya. Tapi kalau saja-saja rasa macam nak berlagak professional, kita boleh angkat DSLR walaupun kita tak tau apa-apa pasal DSLR cuma tahu click aje. Haa, macam itu.


K, dah. jom chow.

Masih ada orang baik di dunia ini!

20/7/13




Assalamualaikum...


Pejam celik pejam celik sudah 20 Julai. Sekejapnya masa berlalu kan. Rasa macam baru semalam je masuk bulan Julai. Apa apa pun selamat menyambut ramadhan. 


Sebenarnya, aku tiba-tiba terasa nak cerita pasal orang baik. Ada orang cakap, "mana ada orang yang baik dah sekarang ni", "semua orang sama aje. tak ada yang hati murni langsung". Kadang-kadang aku pun termasuk sekali dalam golongan orang yang cakap macam tu. Tapi aku rasa sebenarnya benda tu salah.


Walaupun sometime kita tengok someone tu dia tak baik atau dengan kasarnya dia jahat, mesti ada sisi baik dia. Kalau dia tak ada sisi baik pun, mesti dia ada keinginan untuk jadi baik walaupun sekelumit. Betul tak?


Cuba kita fikir, masa kita jatuh ada tak orang yang memberi sokongan untuk terus bangkit. Cuba kita fikir, masa kita kena bash atau kutuk masih ada tak orang yang setia di belakang kita supaya kita tak down. Cuba kita fikir, masa ada orang membenci kita ada tak orang yang tetap menyayangi dan menyokong kita.


Masih ada kan orang yang setia dengan kita, orang yang sentiasa menyokong kita dan orang yang sentiasa sayang kita. Tak boleh lah kalau ada segelintir orang yang buat salah, kita terus kata yang tak ada orang baik pun dalam dunia ni. Orang baik masih ada.


Beberapa hari lalu memang meletop-letop pasal Puteri Awani yang comel tu kan? Berapa ramai orang bash dia? Kesian kan. Tapi, masih ada yang menyokong dia. Mungkin kita rasa meluat gila dekat dia sebab baru couple seminggu dah macam ayam bertelur sebiji riuh sekampung. Betul tak? Tapi bukan semua yang menjatuhkan dia. Bukan semua yang kutuk dia teruk-teruk.


Aku tengok masih ramai yang beri kata nasihat dengan cara yang baik, ramai yang beri kata semangat pada dia. Maknanya, masih ada orang yang berhati murni lah kat dunia ni. Kan kan kan. 


Pinjam gambar kejap ya sis Awani. Sis comel!


Janganlah bash dan kutuk dia teruk-teruk. Kesian la kat dia. Semua orang buat silap dalam dunia ni. Kalau jadi kat kita, apa kita rasa? Apa-apa pun, sis ni girl yang kuat. Kalau aku, dah lari menyorok bawah meja tak keluar keluar dah kot. Haa, nampak tak? Eh, tiba-tiba keluar Puteri Awani dah kenapa? Tak.. cuma nak kata yang walaupun ramai yang bash dia atas perbuatan dia tu tapi masih ramai yang berada di belakang dia. :D




Ramai budak jatuh bangunan

15/7/13


Assalamualaikum...


Sekadar gambar hiasan


Haa.. Aku nak share beberapa video yang menunjukkan budak jatuh bangunan ni. Macam mana boleh terjadi pun aku tak faham lah. Mungkin cerita dan video sebegini dah lama ada tapi nak share jugak. nak nak jugak. nak nak jugak. Saja buat gedik. :P















Aku tak faham macam mana budak budak ni boleh jatuh bangunan. Mana parents mereka ya? Sepatutnya parents tak boleh leka kan biarkan anak anak diaorang.


Banyak sangat video budak jatuh bangunan ni, tapi tak bolehlah nak share semua kat sini kan. Boleh search kalau berani nak tengok kat youtube. Hanya dihujung jari. Hehe.


Mungkin cerita macam ni dah 'basi' kata orang, tapi perkara ni akan berlaku juga berulang kali. Jadi, kita yang ada anak-anak kecik ni tolonglah jangan leka biarkan anak especially di shopping mall and hotel. Bahaya sangat. Yang duduk di apartment pun sama juga. Kalau boleh tingkap dan gril tu tolonglah kunci.


Okey, aku tak ada anak pun tapi aku rasa kesian gila dekat budak budak ni. Parents please..... jagalah kurniaan Allah tu. Memang manusia tak lepas daripada terleka tapi kalau boleh tolonglah bila bawak anak tu kita cuba sedaya upaya untuk jaga anak kita tu.


Ecewah aku buat macam aku dah ada anak. Tapi as bakal emak insyaAllah (kononnya) aku rasa bertanggungjawab. ;) 


Cerekarama Arman

14/7/13


This is Arman and Sofi.


Aku tiba-tiba boleh terlayan pulak cerita ni. Walaupun aku baru tengok sekerat jalan lepastu rasa macam best dan aku terus tengok. Sebelum tu meh sini nak letak sinopsis dia.


Arman pergi ke bandar mencari pekerjaan bagi menampung kos ubatan ibunya yang sakit.Dia bekerja di pasaraya dan berjaya mengumpul RM2,000.Bagaimanapun dia dirompak dan lebih teruk geng Hamdan mencarinya. Malang berganda, kekasihnya Siti meninggal dunia akibat kemalangan.

Sinopsis dia macam tak best tapi tengok ceritanya boleh tahan lah. Aku rasa kesian sangat dengan Arman sebab dia sanggup berkorban untuk mak dia sampai terpedaya dengan si Hamdan (Sofi Jikan). Walaupun cara Hamdan ni cakap lepastu cara dia macam caring sangat dengan Arman tu macam tak ada apa apa tapi sebenarnya dia lah yang jahatnya. Aku serious meluat gila gila gila dengan Hamdan ni.





Bagi aku cerita ni ada diselitkan pengajaran. Apa-apa pun sedih jugak jalan ceritanya. Kenapa tetiba aku boleh stuck dengan cerita ni pun tak tau lah. Mungkin cerita ni ada aura dia tak? hehe.


Siapa yang tengok cerita ni tadi? Macam mana pendapat korang?

Bulan puasa macam ni janganlah cari masalah.

11/7/13


Assalamualaikum...


Alhamdulillah kita boleh menikmati penghulu bulan untuk hari yang kedua hari ni. Seronok tak? Macam mana okey? Nanti berbuka jangan la makan banyak banyak sangat. Nanti nak solat tak larat pulak kan? hehe.


Sebenarnya aku nak cerita sikit pasal kelakuan kita pada bulan mulia ni. Tolonglah kalau tak ada masalah jangan dicari masalah tu. Contohnya bila bercakap dengan orang tu elok elok lah sikit kan. Jangan main lepas aje. Nanti bila orang tu dah marah dan kutuk hang, hang pulak yang berasap kan. So watch your mouth dear. :)




Bulan mulia macam ni bawak-bawak lah ubah perangai kita kan. Kalau yang suka buat benda buruk tu ingat ingat lah sikit. Tak susah pun untuk elokkan sikit perangai kita kan....


Tak mintak banyak pun, sikit pun tak apa. KITA UBAH! TAK MAU YANG JAHAT, NAK YANG BAIK! At least untuk bulan ni ke? Lebih elok untuk selama-lamanya. Untuk selama-lamanya. Bukan sehari, bukan dua hari, bukan empat hari, bukan sebulan, bukan dua bulan bukan apa apa apa apa tapi selama-lamanya. Hang dengar tak? Selama-lamanya. K, cukup. >.<


Selamat berbuka dan berpuasa untuk hari seterusnya insyaAllah, dear beloved friends. :D

Malunya bila tersalah orang!!

6/7/13




Ya Allah.. Pernah rasa tak malu sebab tersalah orang? Aku dah terkena banyak kali and malu pun mestilah rasa banyak kali jugak kan.


  •   Tersalah pegang baju orang
Aku ingat lagi masa tu aku pergi Alor Setar dengan family aku and jalan sebab nak beli baju raya kot. Aku dengan family masuk satu butik ni. Masa tu aku kecik lagi dalam 5 or 6 tahun. Orang butik tu suruh mak aku try satu baju ni and mak aku try la. Aku lepaskan  lah baju mak aku sebab mak aku nak try baju kan.


Then, aku pegang baju orang lain sebab aku ingat mak aku. Aku dengar yang abang-abang aku panggil aku then aku toleh tapi pandangan aku macam kelabu tau. Macam tak nampak orang. Aku ikut aje la orang tu tanpa sedar yang tu bukan mak aku!! Orang tu pekerja butik tu.


Aku tengok kawan orang yang aku pegang tu dok cakap dengan 'mak' aku tu. Aku pun pelik macam mana dengan mesranya orang kedai ni boleh bersembang dengan 'mak' aku ni. Siap panggil 'zah' lak tu. Aku tanpa syak apa-apa pun dok tertoleh-toleh sebab pelik kenapa yang orang kedai tu dok tunjuk-tunjuk kat aku kan. Lepastu aku tengok depan and yeah mak sebenar aku panggil aku and yeah lagi sekali aku baru sedar yang aku dah salah orang! Aku sangat malu sebab aku boleh ikut pekerja butik tu sampai ke luar. Even masa tu aku kecik aku boleh ingat lagi la benda yang memalukan tu. Tambah tambah bila abang-abang aku yang 'mithali' tu gelakkan aku kan. :'( sobs


  •   Tersalah telefon orang
Aku nak call kawan aku tapi kawan aku tak angkat. So, tak apa lah kan aku akan retry lagi sekali nanti. Aku letak lah balik telefon rumah kat tempat dia. Few minutes later.... Aku pun pergi ambik telefon tu dan tekan recent dial number dan tanpa ragu ragu terus tekan call and ada orang laki angkat. Aku pun cakap lah 'Nadirah ada?' yang laki tu pun dok huh? huh? siapa dia? lepastu dia letak. Okey, aku sebenarnya baru tersedar yang tu number kawan abang aku. Malunya MasyaAllah! Aku ingat lepas aku call kawan aku tu tak ada siapa guna telefon rumah.


  •   Tersalah usha orang
Okey benda ni baru berlaku tadi dan benda ni jugak yang mencetuskan idea untuk aku tulis entry ni. Aku ingat abang aku dah pergi tuition. Aku keluar sebab sidai kain and aku nampak kat pagar belakang rumah aku ada motor and orang tu cerah cerah and dia tengok aku. Aku pun tengoklah dia dengan muka berkerut-kerut sebab aku ingat tu abang aku. Aku siap usha banyak banyak banyak kali sebab aku ingat abang aku!! Mesti dia ingat apa kan? >.<


  •   Tersalah jantina
Aku ada BW kat satu blog ni. Aku nampak nama dia dan aku ingat dia perempuan. Nama tu aku pun tak tahu lah nak kata macam perempuan ke tidak tapi entah kenapa masa tu aku tanpa ragu-ragu boleh tinggalkan jejak kat blog dia kata 'hi kak! sy dtg singgah dan follow di sini'. Lepastu dia pun membalas jejak aku dan dia kata 'saya bukan kakak. saya abang.' MasyaAllah!! Aku rasa hadoii malunya even tak nampak muka pon but aku rasa dia macam marah. Saya minta maaf ya bang ya. Haihh.. Kena lebih hati-hati dan kena tengok betul betul siapa ownernya bila berblogwalking. >_<


   Sebenarnya ada banyak sangat peristiwa tersalah orang dan termalu dengan orang ni tapi juling pulak mata bila baca entry panjang panjang kan? Aku pun rasa macam dah panjang sangat entry aku ni tak? Apa apa pon nasihat aku just be careful lah ye? :D


Novel Curi-curi Cinta- Karya terbaru Siti Rosmizah

2/7/13


Assalamualaikum...


Dah masuk bulan 7 la!! Ceh, apa yang dia excited sangat pun tak tahu lah. Sebenarnya kalau boleh tak nak masa berjalan. Tak nak habis tahun ni. Banyak kenangan. Ecewah, merepek aku. :P


Okey sebenarnya aku nak review novel. Novel ni aku ambik masa yang agak lama untuk habiskan. Bukannya sebab apa, aku selalu tak ada mood aje nak membaca and tambah-tambah tengah sakit sekarang memang tak terbaca lah jawabnya. Akhirnya, habis jugak novel ni aku baca.


SR Publication
Siti Rosmizah
SM: RM37.90
S/S: RM40.90


SINOPSIS

"Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah org tua! Lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. Orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar Tuhan panjangkan umur Abang Is. Kalau boleh biar mak yang mati dulu dari Abang Is. Jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!'

Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya. Kenapa perangai adiknya sampai sebegitu rupa? Biadap! Berlagak! Sombong! itulah Intan Raihana. Buang emak, buang saudara, dan kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. Perancangan diatur. Danial Hakim harus menjadi milinya!

"Hei! Kalaulah niat awak nak tackle saya. sebab berangan nak jadi bini orang kaya. Mulai hari ni! Detik ni! Awak campak terus niat awak tu! Sebab saya akan pastikan, sampai saya mati pun awak tak akan jadi isteri saya!" Itu kata Daniel pada Intan. Namun perancangan Tuhan tiada siapa boleh menghalangnya.

"Saya akan bertanggungjawab, Is. Saya akan bernikah dengan Intan. Itu janji saya." Tegas jawapan Daniel. Namun jelas kelukaan pada setiap patah katanya. Dendam Daniel berlingkar di hati. Janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti!.

"Kau ingat aku nak percaya lagi certa bohong kau tu! Aku tau kau dah terdesak nak ikat aku! Kau goda aku! Kau buat aku jatuh cinta dengan kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! Aku akui memang aku dah cintakankau! Tapi dengan apa yang kau dah buat dekat aku! Mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! Aku tak akan terima anak tu! Sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! Tapi kau juga tak layak nak jadi ibu kepada anak aku! Aku tak nak anak aku lahir dari rahim perempuan macam kau! Hambur Daniel sepuas hatinya.

Ya Allah! Luluh hati Intan mendengarnya. Kejamnya lelaki ini? Tanpa dapat dikawal air mata menitis tanpa henti.





Hah, menarik tak sinopsis dia? Aku nak ambik sinopsis yang pendek-pendek aje tapi macam tak best pulak. Novel ni ada 1165 mukasurat tau. Novel SR memang tebal-tebal belaka dan tak rugi membacanya sebab ia bukan sekadar novel tapi sebuah cerita kehidupan yang boleh dijadikan tauladan bak kata SR.


Bagi aku novel ni nak dekat sama macam novel 7 Hari Mencintaiku sebab ada perempuan yang berlagak gila nak mampos. Intan memang ngek ngok gila. Aku rasa nak terajang je muka dia. Namun di peretengahannya, Intan mula insaf dan konflik lain menjelma.


Tetapi kata SR minta jangan dibandingkan dengan novel-novel beliau yang lain sebab setiap novel beliau ada kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Okey, untuk watak hero dalam novel ni tak berjaya masuk dalam carta hero terbaik dalam hati aku. HAHAHA -pulon-


Apa-apa pun Daniel dan Intan masing masing ada ego dia yang tinggi. Dua-dua keras kepala dan sesuai sangat letew jadi laki bini. Konfliknya memang sesak dada dan kecewa sangat lah kan. Tapi bila peleraiannya, rasa seronok dengan Daniel yang romantik dan Intan yang manja. Daniel sampai sanggup pergi New Zealand tiap-tiap minggu. Amboih!


Watak yang aku suka dalam ni, Abang Is and Iman yang comel comel comel sangat!!! Iman manja dengan papa dia, comel aku geram gila woi!! Abang Is pulak dia baik macam Khuzairi and I love him. Tapi sayangnya, sesuatu terjadi pada Abang Is. Apa dia? Baca sendiri lah.


Overall, nak kasi berapa ya? 4/5. Tahniah diucapkan untuk Siti Rosmizah atas karyanya yang terbaru dan penuh dengan tauladan ini. Moga SR terus menghasilkan karya-karya yang terbaik pada masa akan datang. Apa-apapun novel SR memang tak akan lekang dengan air mata. Mesti akan ada part yang meruntun jiwa dan tolong sediakan tisu sebelum banjir ya? ;)


Penulisnya macam Sharifah Aini tak?

:D