Kesian Hampa, Followers! :'(

28/11/13




Assalamualaikum.. Selamat petang..


Adoyaii.. Seram bila pandang ke luar tu hah. Hujan bukan main lebatnya. Tempat hampa hujan dak? Haa, bukan nak cerita pasal hujan pun sebenaqnya. Nak habaq yang aku kesian dekat followers aku yang baik-baik hati belaka tu. Dah kenapa kan?


Sebenarnya... Tsk tsk tsk. Sebenarnya aku tak boleh nak follow back kalau hampa pakai follower button yang comel-comel macam aku punya button dashboard tu. Button follow yang comel-comel tu ada limitnya yang membuatkan aku dah sampai limit dan tak boleh follow hampa balik. Tolonglah faham perasaan hamba..


Rasa nak meleleh ayaq mata tengok hampa follow aku tapi aku tak dapat follow hampa balik. Huwaa... Bukan tak nak follow, cuma tak boleh nak follow. Silalah pakai followers widget yang macam gambaq atas sekali tu haa. Tu untuk kemudahan para bloggers lain untuk follow hampa. Nah nah nah. Minta maaf banyak banyak banyak banyak banyak. Haa, aku kiciwa ni hah. :(


Nanti kalau dah ada followers widget tu, mai habaq kat cheq. Cheq follow hampa sepantas kilat. K, tipulah sepantas kilat. Tapi aku follow lah balik kalau ada benda tu. Tau? :)


Sebenarnya aku diserang ketandusan idea. Tak tau nak tulis apa. Bagilah idea kat aku. Nak suruh aku cerita apa, mai habaq mai.. :D Aku tak marah aih.

Meminang & Knowledge

23/11/13




Assalamualaikum..


Sebelum aku masuk tajuk, aku nak cerita sikit. Boleh nah nah? Pasal entry yang lalu, mungkin ada yang salah tafsir. Maksudnya, fikir aku marah dan tuju hanya kepada seorang individu sahaja. Maaf, andaikata terasa hati. Entry tu tak ada pun aku nak marah atau apa and entry tu umum. Entry tu aku tulis berdasarkan diri aku sendiri jugak sebab dulu pun aku dok marah-marah bila orang tulis macam tu bila datang blog aku. Semua yang aku tulis tu berdasarkan diri aku sendiri jugaklah dan untuk ingatkan diri sendiri juga dan pengajaran untuk semua orang. Lillah, aku tak pernahlah nak tuju dan sindir-sindir seseorang individu dalam entry aku. Tak baiklah begitu kan... :)


Baik, cukup soal entry lalu. And what? Meminang? Awat, siapa yang nak meminang siapa ni? Ihihi... Aku adalah berbual dengan seseorang and tiba-tiba dia cerita pasal ada seorang perempuan ni nak ajak lelaki ni kahwin. Lepastu si orang yang aku berbual ni pun katalah 'tak malu ke dia ni?'. And I were like. Seriously weyh hang kata macam tuuuuu???? O.O


Wey... Sekarang ni tak ada istilah tak malu ataupun apa kalau soal nak ajak kahwin ataupun nak meminang. Apa, kita nak kata yang perempuan kalau meminang lelaki ni perigi cari timba? Gitu? Nenek-nenek, mak-mak kita dulu yang begitu. Tapi, why not bila kita imbas kembali pada zaman Rasulullah.


Bukan ke Siti Khadijah datang menawarkan diri kepada Rasulullah? Tak baik tau kata begitu. Macam seolah-olah nak kata yang Siti Khadijah ni pon tak malu ke? Dalam Islam, perempuan meminang lelaki ni tak ada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah. Giteww.


Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)


So, tak adalah istilah-istilah tak malu daripada mulut kita bila ada yang meminang lelaki atau ajak lelaki kahwin selepas ini. Kalau nak lebih detail dan sesungguhnya aku pun bukanlah pandai sangat nak cakap pasal ni memandangkan aku ni budak 14 tahun sahaja, bolehlah klik SINI ataupun search di google. :D Atau.. atau.. Bolehlah tengok video ni kot-kot malas nak baca ke kan.. ;)





And, pasal knowledge. Aku berbual dengan orang yang sama jugak macam di atas. Dia tanya aku pasal siapa entah, lepastu aku kata aku tak kenal and dia pulak macam 'seriously weyh hang tak kenal dia? dia ni famous. semua orang nak ikut gaya dia bla bla bla....'.


Aku pulak terfikir like, tak mengapa kalau tak kenal orang biasa ni daripada tak kenal Malaikat, tak kenal Rasul. Yes, it's knowledge. Orang tu katanya satu dunia kenal. Tapi pada aku, tak mengapa tak kenal dia asalkan tahu pasal Islam. I mean macam, mana lagi malu kalau orang tanya kita malaikat sekian buat tugas apa, nabi sekian ceritanya bagaimana and kita tak tahu as kita ni orang Islam sendiri. Nampak tak apa aku maksudkan. Kan kan kan??? :)


So, itu sajalah rasanya and janganlah kata aku marah-marah dalam entry. Sungguh aku kata, aku tak pernah marah-marah pun dalam entry. Mungkin nampak macam aku serious and tegang saja tapi sebenarnya aku tak pernahlah nak marah-marah dalam entry. Sungguh ni. Kalau tak percaya tak mengapa, kalau percaya I love you. Tak habis-habis aku ni kan. :P Peace...


Masalah Bila Blogging

22/11/13




Assalamualaikum...


Ehem.. :) Entry ni atas pendapat aku sendiri. Aku tahu mungkin akan ada yang tak puas hati dan tak setuju. Tapi, ini hanya pandangan aku dan macam mana aku atasi masalah ni. Ecewah, bunyi macam serious gilos. Okey, aku sentiasa love followers and aku sentiasa love readers and aku sentiasa love pengunjung blog aku. So, what's the problem? Here...


Biasa kan dengan ayat 'saya dah follow awak. follow saya balik!' 'saya singgah. awak follow saya, saya follow awak balik' 'saya bw. jemput follow blog saya?'. Hampa sakit jiwa raga, nak pecah otak kan bila baca ayat-ayat ni tapi ternyata dia tak follow pulak kan. Makin bengang le hampa.


But.. Bagi aku. Kita tak patut nak bengang nak tercabut jantung sebab dah nak rentung dah sebab geram sangat. Ihik. Untuk aku, kalau mereka yang jenis ini datang blog aku dan cakap benda-benda tu, aku tak kesah pon. Okey, maybe marah juga sikittt kalau ditipu kata dah follow tapi tak follow pon. 


Tapi bila aku fikir-fikir, untuk apa aku marah? Cara aku, kalau aku tahu mereka cakap macam tu and tak follow pon, aku tak follow lah juga blog dia. Aku abaikan saja. Tapi satu benda juga yang dia beri pada kita. Pageviews kita meningkat what bila dia datang blog kita kan? At least, meningkatkan pageviews? Ihihihik, lapaq pageviews ni... Eceh, tak ada lah. Kiranya, dia tak follow, kita tak payah follow. Apa kesah? Tak habiskan duit kita dalam bank pon. :P


And satu lagi. Kalau betul-betul dia dah follow kita and dia bodek baik punya, buat-buat ramah mesra puji sana puji sini and dia suruh follow balik blog dia. Why not? Aku follow je blog mereka as membalas balik jasa murni mereka even maybe dia tak ikhlas pon nak puji-memuji kita. Right? Bila mereka dah buat baik, kita balas lah benda sama. Tak perlu mencetuskan situasi panas sebab tak puas hati. Kalau tak puas hati pon simpan sorang-sorang. Tak pun, hampa tumbuk lah screen laptop sebab dah geram sangat tapi jangan tumbuk orang dah la. Laptop hampa rosak, hampa tanggung sendiri. Haha, tak bertanggungjawab.


Kadang-kadang, itu bloggers yang nakkan followers. Faham lah sikit perasaan depa. Kita pun dulu, nak followers jugak kan. Sekarang pun nak followers kan? So, kalau depa follow and suruh follow balik, follow ajalahhh.. Tak rugi apa-apa. Kalau mereka tak follow, and suruh kita follow back, tak payah lah follow. Senang. Tak payahlah sakit-sakit hati. Abaikan saja mereka. Gitewww...


Jadi, ini hanya pandangan dan cara aku sahaja. Kalau rasa tak setuju, tak mengapa. Kalau rasa setuju, I love you! :) Ihihihi. Blogging ni bukan untuk tak puas tak puas hati., blogger semua macam satu family. Memerlukan satu sama lain. Barulah, dunia blogging ni harmoni. Nahh?

Mimpi Real Gila

20/11/13




Assalamualaikum..


Hai weyh. Hai. Apa aku ni? Biasa mimpi kan? Mesti kita pernah mimpi satu mimpi yang kita sendiri rasa tak pasti kita ni mimpi ke real nih? So, semalam aku mimpi. And mimpi tu aduhai.. Memang rasa real gila kot.


Dalam mimpi tu aku kat sekolah rendah aku. But, dalam mimpi tu ada cikgu sekolah menengah aku. Yang aku kesah sangat dalam mimpi tu is cikgu aku ni dia ajar Bahasa Arab dengan Sejarah sekaligus tapi in real life dia cikgu History lah. Dia suruh keluarkan buku nota and aku keluarkan lah and aku tengok-tengok aku terbawak buku KH. Aku pun cakap kat cikgu aku yang aku tersilap bawak buku lepastu dia marah and tarik telinga aku. Aku rasa sakit gila kot. Then, bila aku bangun aku rasa sakit tu kat telinga. Hahaha! Maybe aku tertekan telinga aku ke apa masa tidur sampai terbawak dalam mimpi cause benda yang luar mimpi pun boleh masuk dalam mimpi.


And aku teringat masa aku kecik dulu. Aku mimpi mak aku pergi tempat nak kuruskan badan and bila aku masuk tempat tu, mak aku dah kurus. Aku nangis sebab aku ingat mak aku sakit masa nak kuruskan badan tu. Tiba-tiba aku dengaq abang aku kata 'wey, awat hang nangis? hang nangis sebab aku kata mak pi pasaq ka?'. Then aku bangun and habaq kat abang aku. Hahaha. Masa kecik memang aku selalu nangis kalau mak aku tinggal aku tapi masa tu aku nangis sebab mimpi tu. Tah apa-apa punya mimpi.


Mak aku pulak pernah mimpi yang dia ada dalam peperangan. And dalam mimpi tu mak aku dengaq bunyi yang menandakan orang nak mai bunuh. Bila dia bangun tengok-tengok bunyi tv yang dah habis siaran. And mak aku terasa jantung berdebar-debar gila walaupun dan bangun and rasa still takut.


Aku rasa banyak lagi mimpi-mimpi yang rasa real gila sampai terbawak bila kita dah sedar. Kalau mimpi benda tak syok mesti rasa seribu rahmat. Tapi, kalau benda syok mesti rasa kenapalah terbangun waktu tengah syok kan. So, share lah sama apa-apa mimpi yang real gila pada hampa. Okey? Sama-sama kongsi cerita, buat hari jadi ceria. Tah apa-apa lagi sekali. -.-


SOMBONG?

18/11/13




Assalamualaikum...


Perah punya perah otak dapatlah idea nak tulis pasal ni. Memandangkan dah tak ada apa sangat nak ditulis, rasa nak tulis pasal diri sendiri pulak rasanya. Boleh ken ken ken? :D


Pernah kena cop sombong dak? Aku banyak kali dah kena. Terluka iolls bila kata cenggitu tau. Aku tak pernahlah terniat walau sebesaq zarah pun nak menyombong tak tentu hala. Lagipun dapat dosa ja nak menyombong dengan orang ni. Tapi, mesti ada sebab jugak kenapa orang kata aku sombong kan? Dan aku pun ada sebab kenapa orang ingat aku sombong. Adil tak? Adil tak? Hihi.


Pertama, orang ingat aku sombong sebab muka aku serious dan jarang senyum dengan orang lain. Depa ingat aku sengaja buat-buat. Maaf. Muka aku memang serious sampai ada kawan aku gelar aku 'MS'. Aku tak tau lah apa dia MS tu sebenarnya tapi rasanya muka serious? muka sombong? Agaknya lah.. Kadang-kadang kalau aku senyum pun orang tak nampak. Panas tau dak lepastu orang tu tegoq 'senyumla sikit'. Bro, sis aku dah senyum, hang ja tak nampak. Sedih tau dak cenggini. :(


Secondly, aku tak banyak cakap kalau dengan orang yang tak rapat dengan aku. Ataupun kalau aku tak selesa dalam certain environment. So, aku diam. Aku tak pandai cakap and aku tak ramah. Bukan aku TAK NAK cakap dengan orang. Itulah dia. Dan aku segan nak cakap ataupun aku tak tau nak cakap apa. Banyak tak alasan? Aku betul ni. Tak tipu.


Satu lagi, satu lagi. Kadang-kadang kalau orang tegur ataupun senyum dekat aku. Kalau aku tak balas balik tu, kadang-kadang aku terkaku. Macam entah, tak tau nak balas macam mana. Kalau siapa pernah kena tu tau lah kot. Sorry.


So, itu saja. Kalau siapa-siapa rasanya macam spesies aku atau apa saja, bolehlah drop your comment belowww... Share-share story ke kan? :) 


Tokoh Sayyidul Ayyam: Fatimah az-Zahra, Puteri Kesayangan Rasulullah

15/11/13


Google

Assalamualaikum..


Haa.. Lambat sikit buka blog hari ni sebab dok vacum lantai yang macam berbulan tak vacum. And aku tengok hampa macam mood baik ja hari ni? Ecehh, itu yang kita inginkan kan. Bagus, Alhamdulillah. Dan satu lagi, terima kasih kepada sis Ezza, yang sudi jadi follower ke 1000. Yey (buat gaya Puteri Awani). K, main-main saja. Untuk semua followers juga, terima kasih. :) Saya hargai anda semua.


Baiklah, tokoh kita untuk hari Jumaat ini ialah Fatimah Az-Zahra. Jom baca sedikit.


***


Tahukah anda siapa Saidatina Fatimah? Saidatina Fatimah az-Zahra r.a. adalah puteri bongsu Rasulullah S.A.W, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bersama isteri tercinta Saidatina Khadijah Bin Khuwailid.

Beliau merupakan anak yang ke-empat Rasulullah S.A.W. yang mana dilahirkan pada penghulu hari iaitu hari Jumaat bersamaan 20 Jamadil Akhir. Saat kelahiran puteri kesayangan Rasulullah bertempatan dengan selesainya orang Quraisy membina Ka’bah. Kelahiran Saidatina Fatimah az-Zahra memberi kegembiraan kepada Rasulullah S.A.W. Baginda berkata kepada Saidatina Khadijah,

“Wahai Khadijah sesungguhnya dia (Fatimah) adalah manusia yang diberkati dan sesungguhnya Allah S.W.T memberi keturunuan darinya.”


Kegembiraan Rasulullah bertambah lagi dengan kemiripan Fatimah az-Zahra dengan baginda Rasulullah S.A.W dan direkod oleh Al-Hakim meriwayatkan daripada Anas Bin Malik r.a berkata,

“Sesungguhnya Fatimah az-Zahra adalah seorang yang sangat mirip dengan Rasulullah S.A.W. dengan memiliki kulitnya putih, bibirnya merah dan rambutnya hitam.”


Menurut Ummul Mukminin Ummu Salamah r.a :

“Fatimah az-Zahra adalah anak Rasulullah S.A.W. Dia adalah seorang yang memiliki perwatakan mirip dengan Rasulullah S.A.W. 


Manakala daripada Aisyah Ummul Mukminin r.a berkata,

“Saya tidak pernah melihat seorang pun dari ciptaan Allah S.W.T. (manusia) yang serupa ucapan dan perkataannya dengan Rasulullah S.A.W. selain Saidatina Fatimah az-Zahra.” 


Saidatina Fatimah az-Zahra memiliki banyak gelaran antaranya Az-Zahra, Ash-Shadiqah, Al-Batul dan Ummu Abiha. Tetapi gelaran paling dikenali ialah Az-Zahra yang mana gelaran ini diberikan oleh ayahandanya sendiri Rasulullah S.A.W. yang bermaksud bunga bagi Nabi S.A.W. kerana memiliki kulit yang putih. Diriwayatkan dari Ja’far Bin Muhammad Bin Ali r.a dari ayahnya berkata,

“Saya bertanya kepada Rasulullah tentang Fatimah, “Kenapa kamu menamakannya dengan Fatimah?” Baginda menjawab. “Kerana jika dia berdiri di mihrobnya dia akan memancarkan cahaya bagi penghuni langit sebagaimana bintang menyinari penghuni bumi.” 


Walaupun Saidatina Fatimah anak Rasulullah S.A.W., beliau juga melayari kehidupan seperti bangsa arab lain dengan mengamal cara hidup yang sederhana serta tidak mendesak Rasulullah S.A.W memberi khadam kepadanya walaupun beliau hidup susah.


Bersederhana 

Umum mengetahui Saidatina Fatimah Az-Zahra memiliki budi pekerti mulia kerana beruntung sejak kecil lagi diasuh dan dididik dengan akhlak mulia oleh ibubapanya Rasulullah S.A.W. dan Saidatina Khadijah bin Khuwailid. Saidatina Fatimah merupakan seorang yang sabar dan tabah menghadapi ujian hidup ini dapat dilihat semasa keperitan hidup yang dilalui yang mana mengamalkan konsep keserhanaan walaupun beliau puteri Rasulullah S.A.W. serta tidak tamak menggunakan harta Baitul Mal untuk kepentingan peribadi.



Taat Agama & Suami


Beliau juga seorang yang taat kepada agama dan suami. Beliau sentiasa menjaga maruah sebagai isteri, membantu suaminya melakukan kerja-kerja harian seperti menumbuk gandum, menguli tepung dan membakar roti serta tidak pernah ingkar suruhan suami, serta menyokong perjuangan dakwah suaminya iaiti Saidina Ali r.a.



Pemurah

Fatimah juga memiliki sifat pemurah dan bertanggungjawab serta mempunyai semangat jihad yang tinggi. Sifat pemurah Saidatina Fatimah dapat dilihat menerusi peristiwa kedatangan Salman yang kelaparan datang ke rumahnya untuk meminta makanan. Ketika itu walaupun Saidatina Fatimah juga tidak memiliki apa-apa makanan , beliau memberikan tudungnya kepada Salman agar ditukar dengan jagung milik Shamoon; seorang yahudi yang mana akhirnya memeluk Islam.



Sanggup Berkorban 

Selain itu juga, Saidatina banyak membantu Rasulullah S.A.W dalam menegakkan agama Islam. Beliau juga sama-sama berkorban untuk mengembangkan agama Islam yang dibawa oleh ayahnya dan pengalaman yang dilaluinya mengajar beliau hidup lebih tabah dan sabar. Sifat beliau yang lebih mengutamakan keperluan orang lain berbanding dengan keperluan sendiri ini harus diteladani oleh kaum Muslimat hari ini.



Ibu Mithali

Hasil perkahwinan bersama Saidina Ali r.a, mereka dikurniakan enam orang anak iaitu Hassan, Husain, Muhassin, Zaynab, Ummu Khalsum dan Ruqayah. Saidatina Fatimah juga berjaya menjadi seorang ibu yang baik untuk anak-anak mereka yang mana tidak pernah membantah Saidatina Fatimah. Hasil didikan sempurna melayakkan al-Hassan, al-Hussain dipilih menjadi Saiyidan Syabab Ahli Jannah, manakala Zainab pula mengadakan majlis Pengajian Khusus untuk wanita(Ahli sastera Islam).



Sumbangan Kepada Perjuangan Islam


Kalau kita lihat banyak sumbangan Saidatina Fatimah dalam perjuangan Islam, antaranya menjadi pendorong dan motivasi kepada Rasulullah S.A.W. ketika Rasulullah S.A.W. menerima tekanan kaum Quraisy Mekah.

Selain itu, muslimah hebat ini turut membantu menyediakan makanan untuk tentera Islam yang menggali parit dalam peperangan Khandak.

Beliau menjadi seorang isteri yang solehah dengan memberi khidmat kepada suaminya Saidina Ali menyampaikan dakwah dan membuat persiapan untuk memasuki medan peperangan. Beliau juga tidak terkecuali membantu bersama-sama dengan wanita Islam memberi rawatan kepada tentera Islam yang cedera dalam peperangan Uhud.

Begitu hebat dan mulia pengorbanan yang diberikan oleh Saidatina Fatimah dalam membantu perjuangan Islam sejak kecil sehingga kewafatannya.

Saidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. ketika beliau berusia 28 tahun dan dimakamkan oleh suami tercinta di Janat Ull baqih, Madinah. Sebelum meninggal beliau sempat meninggalkan 3 wasiat. Pertama, supaya Saidina Ali r.a berkahwin dengan Amamah bin al-Ash Bin Rabi’ yang merupakan anak saudaranya Zainab r.a.

Berkata Saidatina Fatimah,

“Sesungguhnya dia akan menjadi seorang ibu bagi anak-anakku seperti diriku dalam hal kasih sayang (yang ada padaku) dan juga kecintaan (yang ada padaku).

Kedua, membuat keranda untuknya yang berbentuk tempat tidur yang diikat dengan pelepah kurma yang menjadi pegangan dari tempat tidur (berbentuk seperti keranda), dan ia ditutupi dengan kain.

Ketiga, meminta suaminya menguburkannya di waktu malam di Baqi”.

Kehebatan Saidatina Fatimah az-Zahra harus kita contohi melalui sifat-sifat keperibadiannya yang unggul dan hebat. Sekiranya kaum muslimat samada seorang anak, isteri dan ibu dapat meniru dan meneladani sifat-sifat ini dapat kita menjalani kehidupan yang diredai serta mendapat kebahagian.


SUMBER


***


Bagaimana? Hebat kan? Keturunan Rasulullah hebat-hebat belaka. :) Beruntungnya mereka kan. Jadi, kita pun kenalah berusaha untuk jadi macam Fatimah iaitu mempunyai keperibadian yang sangat mulia. Giteww.. :) Jadi, lafazkan selawat ke atas baginda dan keluarganya ya?


Warna Kegemaran Dan Personaliti

14/11/13




Assalamualaikum...



Aku sangat suka benda yang berkaitan dengan personaliti ni. Apa-apa yang berkaitan dengan personaliti, aku sangatlah curious sebab nak tahu sama tak dengan diri kita kan. So, kali ni aku share tentang warna kegemaran dan personliti kita. Jom tengok. Mengena atau tidak? :)



***


HITAM
Degil dan berdikari
Semangat yang kuat, terlalu yakin pada pendapat diri dan berdisiplin.
Kelihatan matang dan menyelubungi identiti yang sebenarnya.
Mewakili perbuatan tidak mengaku kalah.
Menyerah diri hanya pada saat-saat akhir.
Dalam situasi tertentu menunjukkan personaliti yang mempunyai kawalan terhadap diri mengikut imej berkomunikasi.

MERAH
Mendesak, mudah diransang dan lincah.
Mempunyai cita-cita yang tinggi, dan apabila menginginkan sesuatu akan dilakukan dengan pantas.
Cuba melakukan sesuatu dalam keadaan yang terbaik.
Kurang peka pada perasaan orang lain apabila diri menjadi tumpuan.
Perlu belajar menjadi pendengar yang baik.
Sedikit memaksa dan mudah membuat keputusan apabila bertindak dalam keadaan terdesak atau mencemaskan.
Mempunyai kelebihan yang boleh disalurkan untuk memimpin, membangunkan atau mengembangkan sesuatu.
Berani dan peramah namun mudah marah sekiranya tidak dapat memenuhi kehendak.
Perlu belajar untuk sabar.

PUTIH
Mempunyai keperibadian yang positif, matang dan optimistik.
Bersih dan amanah.
Gemar menyendiri.
Inginkan gaya hidup sederhana dan bebas tekanan.

BIRU LEMBUT
Kreatif, mudah mengerti serta mudah sensitif.
Mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta sentiasa bertindak secara praktikal dalam kehidupan.
Teliti dalam teguran.
Penasihat yang baik kerana menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.
Gemar melakukan aktiviti mengikut kesesuaian masa serta tidak suka terburu-buru.
Ingin suasana selamat dan mendamaikan.


BIRU GELAP
Seorang yang cerdik, mempunyai keyakinan yang tinggi, serta mempunyai perasaan yang mendalam.
Merasakan diri bertanggungjawab kepada orang lain serta seronok dalam membuat pilihan.
Memerlukan persekitaran yang tenang, serta ingin dibelai dengan kasih sayang.
Mudah terganggu dengan keadaan bising.
Bos yang menggemari pakaian berwarna ungu kebiruan mudah sensitif serta mudah bersimpati, mudah dipergunakan.

MERAH JAMBU
Bersikap penyayang, menyintai alam semula jadi.
Mudah bersimpati dan memahami.
Mudah menunjukkan kelemahan diri apabila gagal mengawal emosi.
Sentiasa memerlukan dorongan dan sokongan orang lain.
Sedikit keanak-anakan.
Sentiasa menyayangi dan menghargai diri sendiri.

OREN
Mampu menguasai dan mempengaruhi sikap orang lain.
Tidak sabar.
Mudah berdikari dan mempunyai perancangan serta berdaya memotivasikan diri sendiri.
Bersikap praktikal dan kreatif.
Sangat bertenaga namun mudah gelisah.
Aktif dan mahu bersaing dan sentiasa periang.

HIJAU
Berwaspada, berhati-hati dan tidak mudah mempercayai orang lain.
Sesuai dengan kehidupan yang damai dan sunyi.
Bermurah hati, berperikemanusiaan serta membantu orang lain untuk mengubah sikap.
Mudah sensitif, ia jelas kelihatan dengan gaya pandangan mata.

KUNING
 Penuh minat dan ceria
Aktif dalam apa jua aktiviti.
Mempunyai semangat yang tinggi dan mampu hadapi cabaran hidup.
Kuning cerah menggambarkan sikap yang spontan dan bijak berkomunikasi.
Sentiasa menginginkan dan berharap untuk mencapai kegembiraan.
Idea dan pemikiran tinggi.
Sentiasa baru dan moden dan mengalami perkembangan.
Sentiasa memerlukan ketenangan apabila konflik.

UNGU
Berkebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan hati, mempunyai perasaan yang mendalam, serta bercita-cita tinggi.
Berkeinginan untuk berjaya dalam semua bidang dan ingin melibatkan individu lain bersama.


PERANG
Bersikap jujur, bersifat realistik, sukakan gaya hidup yang berstruktur dan tolong menolong.
Sentiasa membelai rasa, menghargai makanan, minuman dan juga rakan yang baik.
Bersifat pelindung, mungkin dengan memendamkan emosi ataupun rahsia sehinggakan sentiasa berundur diri dan takutkan dunia luar.

KELABU
Tersendiri pendekatannya.
Kawalan diri yang tinggi dan sangat cenderung untuk tidak merapatkan diri dengan orang lain.
Suka mengasingkan diri.
Selalunya menjadi orang yang membuat keputusan dan juga pengkritik yang baik.




***


So, ada yang mengena tak? Untuk aku, aku suka pink and purple dan semuanya mengena. Untuk ayah dan mak aku juga mengena. So rasa macam woww giteww. Hampa pula bagaimana? Jangan segan, jangan malu. Drop your comment belowwww. Yeahh!! ;)



Bergurau, Tapi...

12/11/13




Assalamualaikum...


Aku suka ketawa. Serious suka. Tapi, ikut keadaan juga. Kalau memang lawak tu, ya aku gelak. And aku suka bergurau juga. Tapi, tiba-tiba terjentik pulak kat minda nak tulis tentang bergurau ni. Sesungguhnya sebab aku pun orang yang kuat bergurau.


But... Aku rasa bila kita nak bergurau pun, pada-pada arr. Kalau rasa nak bergurau dengan orang yang tak kenal kita sangat, baik jangan. Gurauan kita tu boleh disalahtafsirkan sebab mereka tak faham kita lagi. Kalau aku, aku memang banyak bergurau tapi dengan orang yang betul-betul dah kenal dan rapat dengan aku. So that, depa faham gurauan aku tu. 



Bergurau tu tak salah. Nabi pun bergurau. Tapi janganlah lebih-lebih. Bergurau jangan sampai orang lain terasa betul-betul. Sebab kadang-kadang kita rasa nak bergurau saja, tapi tiba-tiba pihak yang tu take it serious. How?? Kena fikir juga penerimaan orang lain tu. Tak bolehlah ikut sedap kita ja rasa benda tu lawak and boleh dibuat main-main.


So, berhati-hati lah noh. Kang daripada gurau, putus silaturahim pulak. Dah pernah terjadi dah dekat aku. Dia yang bergurau, then aku terasa, then aku merajuk, then aku minta maaf sebab aku over, then dia tak mau maafkan, then dia pulak mintak maaf, then macam dah maafkan but tak cakap-cakap sampai sekarang. Aku also don't know apa dah jadi dengan kami. Gitulah impact gurauan. So, be careful yeah sayangs. Untuk aku jugak sebab aku banyak gurau kasaq rasanya. ;)


Illal Liqa'!

Kehidupan Pasti Ada Turun Naiknya

10/11/13




Assalamualaikum...


Hai. Sebelum tu, hampa nampak tak nama siapa dalam gambar tu? Cecelia Ahern. Yeah, I love her books. Best kot. K, promote. Dah. And sekarang aku dah habis sekolah untuk tahun ni tapi esok aku pergi lagi nak buat PBS. Nampak tak PBS ni menyusahkan orang dan buat orang sibuk gila. Tak pergi, no band. Full stop. And satu lagi, satu lagi. Aku tengah tengok Master's Sun. Ketinggalan zaman sikit orang dah habis tengok aku baru nak tengok. Memang, aku tak suka tengok awal-awal. And cerita ni best. So Ji Sub handsome dalam cerita ni walaupun dia dah tua sebenaqnya. Kak Lieya, puji sat pakwe kak noh. :D


Okey, masuk tajuk. Buang masa betoi aku ni kan kat introduction tu. Promote ja. Yeah, life. Kita tak selalunya berada di atas dan sentiasa bahagia. Memang semua orang inginkan kebahagian dan kejayaan tapi kita terlupa yang sebelum mengecapi kejayaan dan kebahagiaan tu pasti ada jatuhnya dulu kan?


Macam masa kita baby, kita tak terus berdiri dan berjalan serta berlari kan? Kita mesti bangun dan terjatuh semula. Lama-lama kita dah pandai berdiri dan berjalan. Dan jugak, kita tak akan selalunya bahagia dan berada di atas.


Bila selalu berada di atas, sekali kita terjatuh. Kita rasa macam WHY????? Apa salah aku. Kerana apa? Mungkin kalau kita tak terjatuh, kita tak faham macam mana erti usaha yang sebenar-benarnya. Supaya kita tak rasa bangga diri sebab sentiasa berada di atas. Supaya kita faham macam mana rasanya berada di bawah. Supaya kita tak pandang rendah pada orang yang berada di bawah. Banyak tak hikmahnya?


Bila kita berada di atas, kerana apa? Agar kita tahu Allah itu Maha Adil. Dia tak akan biarkan hambaNya bersedih dan rasa bahawa Tuhan itu tak adil. Dia tak akan biarkan hambaNya tidak mendapat ganjaran atas usaha yang dilakukan. Agar hambaNya tahu bahawa Allah itu mendengar setiap doa kita.


Cuma berapa banyak usaha yang kita letakkan untuk mencapai apa yang kita inginkan. Mungkin rasa macam dah betul-betul berusaha untuk dapatkan apa yang kita inginkan, tetapi masih belum berhasil. Bersangka baiklah. Mungkin bukan hari ni, mungkin pada masa-masa akan datang atau mungkin dalam bentuk yang lain? Mungkin jugak kita masih belum dapat sebab ada kurangnya di mana-mana? Tak berdoa misalnya? Bagaimana Hablum Minallah dan Hablum Minannas kita misalnya? Betoi dak?


Ingatlah, setiap apa yang berlaku pasti hikmahnya. Mungkin kita tak nampak, tapi Dia lebih tahu. Jangan nak buat sentap sangatlah bila tak dapat apa yang kita inginkan. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Allah tak bagi apa yang kita inginkan, tetapi Allah beri apa yang kita perlukan. Fikir dulu sebelum nak rasa diri malang sangat bahawa masih ada orang lain yang tidak bernasib baik macam kita. Okeyhhh??


p/s: Sebenaqnya tajuk ni dah berkurun kat draft and ini spontan sahaja aku tulis. Ampunnnn kalau tak sesedap mana tulisannya kali ni ya?? :)

Post Gambar. Bahagiakah?

7/11/13




Assalamualaikum..


Aku panas. Serious aku tengah panas. Panas kat hati ni. Aircond yang 21 celcius tak mampu sejuk dan tenangkan hati aku. Over ar aku kan. Abaikan ayat-ayat tu. Sebenaqnya aku nak habaq yang aku ada banyak sangat benda nak cerita tapi aku nak cerita yang ni dulu memandangkan benda ni selalu kita buat dak?


Aku yakin hampa, awak, hang, kau, kak, adik, bro and sesiapa sahaja suka tangkap gambaq. Betul tak? Kalau tak betul, tak apa. Kita geng. Seriously aku tak letak gambar di facebook. Kat blog ni pun hanya untuk orang kenal siapa aku sahaja. Bukan untuk tujuan lain.


Tadi aku ada terbaca pasal page yang ada berpuluh-puluh (mungkin atau mungkin lebih) gambar aweks and siap letak gred lagi derr.. Aku tak kata kita tak boleh upload tapi berhati-hati lah. Bukan sekali dua kita baca orang ambil gambar kita and letak di page-page tak senonoh and boleh edit.


Pada pemerhatian aku, gambar yang ada kat page tu yang banyak is perempuan seksi and perempuan seksi bertudung. Nampak tak? Suka ke kita bila upload gambar tapi tiba-tiba ada kat page lain and orang dok comment macam-macam lepastu pandang gambaq kita dengan segala perasaan. Kannn???


"Aku tak cantik. Tak apa lah aku nak post kat internet." Cantik atau tidak, jujur aku cakap yang depa tak kira hang cantik atau tidak. Aku tengok kat page tu makcik jual pisang pun diupload kat situ. Punca? Nampak aurat.


Beberapa perkara sahaja sebenarnya. Tutup aurat betul-betul. No baju sendat nampak bentuk, no tudung singkat nampak dada, no baju jarang and nipis. Berhias dan bersolek jangan berlebihan. No duckface. No muka menggoda. No makeup tebal 10 inci. Jangan nak posing lebih-lebih. Hampa boleh buat semua ni kalau hampa nak gambar hampa terpampang kat mana-mana page yang tak bertanggungjawab. Serious sakit hati tengok page tu. Kesian dekat owner gambar.


NAHH, untuk hampa. Tapi, untuk aku jugak. K, -.-




Suka Orang Pakai Glasses B)

7/11/13




Assalamualaikum...


Tiba-tiba rasa nak menulis pasal orang yang pakai glasses. Sesungguhnya aku pun si rabun jauh dan jugak astigmatisme. Sangat menyedihkan okeyh. Hang duduk lima kaki dari aku pun aku nampak muka hang tak dak mata, hidung, mulut and semua yang ada atas muka hang. Tapi ada keuntungan jugak bila hampa berhadapan dengan orang rabun sebab depa tak nampak segala jerawat, jeragat, black/whiteheads, cela hampa.


Hohoho. And aku bukanlah nak puji diri sendiri dengan mengatakan "nina suka pakai glasses. macam cantik je. macam comel je." Oh tidak sama sekali. Aku tak akan pernah puji diri sendiri walaupun untuk tujuan jenaka. :P Bahkan aku rasa aku sangatlah hudoh bila pakai spec. K, enough. Lari topik.


Okey, I love people with glasses. Jangan salah sangka. Tak kira laki or perempuan, kebanyakannya aku akan puji. Sebab kadang-kadang aku tengok orang pakai glasses tapi depa still boleh nampak hot dan cun lagi selesa lagi segala macam. That's why aku suka. Bukan tujuan lain lah. hikhik.


Aku hanya suka tengok lah. Bukan suka apa. Kadang-kadang aku tengok orang with glasses lagi lawo daripada depa tak pakai glasses. Seriously lah. Tapi pandangan orang lain-lain kan. So, hampa suka orang pakai glasses or not? Maksud aku, suka tengok. Bukan suka apa. Tapi tak kesahlah apa pun, just drop your comment belowwww okeng?


Siti Aisyah R.A- Isteri Kesayangan Nabi Muhammad SAW

5/11/13




Assalamualaikum...


Aku sengaja rasa nak share tentang Aisyah R.A sebab aku sangat sukakan Aisyah dengan Rasullah sebab depa sangatlah sweet. Cerita cinta paling best dalam dunia kalah segala Mr.Arrogant, Playboy Itu Suami Aku, SSID, Ombak Rindu. Aku suka sangat baca pasal kisah Rasulullah dan isteri-isteri baginda. And hari ni aku nak share pasal Aisyah. :)


***

 Rasulullah SAW membuka lembaran kehidupan rumah tangganya dengan Aisyah r.a yang telah banyak dikenal. Ketika wahyu datang pada Rasulullah SAW, Jibril membawa kabar bahwa Aisyah adalah istrinya didunia dan diakhirat, sebagaimana diterangkan didalam hadits riwayat Tirmidzi dari Aisyah r.a, Jibril datang membawa gambarnya pada sepotong sutra hijau kepada Nabi SAW, lalu berkata.’ Ini adalah istrimu didunia dan di akhirat.” Dialah yang menjadi sebab atas turunnya firman Allah SWT yang menerangkan kesuciannyadan membebaskannya dari fitnah orang-orang munafik.


 Aisyah dilahirkan empat tahun sesudah Nabi SAW diutus menjadi Rasul. Semasa kecil dia bermain-main dengan lincah, dan ketika dinikahi Rasulullah SAW usianya belum genap sepuluh tahun. Dalam sebagian besarriwayat disebutkan bahwa Rasulullah SAW membiarkannya bermain-main dengan teman-temannya.


Dua tahun setelah wafatnya Khadijah r.a datang wahyu kepada Nabi SAW untuk menikahi Aisyah r.a. Setelah itu Nabi SAW berkata kepada Aisyah, ” Aku melihatmu dalam tidurku tiga malam berturut-turut. Malaikat mendatangiku dengan membawa gambarmu pada selembar sutra seraya berkata,’ Ini adalah istrimu.’ Ketika aku membuka tabirnya, tampaklah wajahmu. Kemudian aku berkata kepadanya,’ Jika ini benar dari Allah SWT , niscaya akan terlaksana.”


Mendengar kabar itu, Abu Bakar dan istrinya sangat senang, terlebih lagi ketika Rasulullah SAW setuju menikahi putri mereka, Aisyah. Beliau mendatangi rumah mereka dan berlangsunglah pertunangan yang penuhberkah itu. Setelah pertunangan itu, Rasulullah SAW hijrah ke Madinah bersama para sahabat, sementara istri-istri beliau ditinggalkan di Makkah. Setelah beliau menetap di Madinah, beliau mengutus orang untuk menjemput mereka, termasuk didalamnya Aisyah r.a. Dengan izin Allah SWT menikahlah Aisyah dengan mas kawin 500 dirham. Aisyah tinggal dikamar yang berdampingan dengan masjid Nabawi. Dikamar itulah wahyu banyak turun, sehingga kamar itu disebut juga sebagai tempat turunnya wahyu. Dihati Rasulullah SAW, kedudukan Aisyah sangat istimewa, dan tidak dialami oleh istri-istri beliau yang lain. Didalam hadits yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik dikatakan, ” Cinta pertama yang terjadi didalam Islam adalah cintanya Rasulullah SAW kepada Aisyah r.a.”


Didalam riwayat Tirmidzi dikisahkan “Bahwa ada seseorang yang menghina Aisyah dihadapan Ammar bin Yasir sehingga Ammar berseru kepadanya,’ Sungguh celaka kamu. Kamu telah menyakiti istri kecintaanRasulullah SAW.” Sekalipun perasaan cemburu istri-istri Rasulullah SAW terhadap Aisyah sangat besar, mereka tetap menghargai kedudukan Aisyah yang sangat terhormat. Bahkan ketika Aisyah wafat, Ummu Salamah berkata, ‘Demi Allah SWT, dia adalah manusia yang paling beliau cintai selain ayahnya (Abu Bakar)’.


Di antara isteri-isteri Rasulullah SAW, Saudah bin Zum`ah sangat memahami keutamaan-keutamaan Aisyah, sehingga dia merelakan seluruh malam bagiannya untuk Aisyah. Dengan demikian dapat dikatakan bahwa Aisyah sangat memperhatikan sesuatu yang menjadikan Rasulullah SAW rela. Dia menjaga agar jangan sampai beliau menemukan sesuatu yang tidak menyenangkan darinya. Karena itu, salah satunya, dia senantiasa mengenakan pakaian yang bagus dan selalu berhias untuk Rasulullah SAW. Menjelang wafat, Rasulullah SAWmeminta izin kepada istri-istrinya untuk beristirahat dirumah Aisyah selama sakitnya hingga wafat. Dalam hal ini Aisyah berkata, “Merupakan kenikmatan bagiku karena Rasulullah SAW wafat dipangkuanku.” Bagi Aisyah, menetapnya Rasulullah SAW selama sakit dikamarnya merupakan kehormatan yang sangat besar karena dia dapat merawat beliau hingga akhir hayat. Rasulullah SAW dikuburkan dikamar Aisyah, tepat ditempat beliau meninggal. Sementara itu, dalam tidurnya, Aisyah melihat tiga buah bulan jatuh ke kamarnya. Ketika dia memberitahukan hal ini kepada ayahnya, Abu Bakar berkata, “Jika yang engkau lihat itu benar, maka dirumahmu akan dikuburkan tiga orang yang paling mulia dimuka bumi.” Ketika Rasulullah SAW wafat, Abu Bakar berkata, “Beliau adalah orang yang paling mulia diantara ketiga bulanmu.” Ternyata Abu Bakar dan Umar dikubur dirumah Aisyah.


Setelah Rasulullah SAW wafat, Aisyah senantiasa dihadapkan pada cobaan yang sangat berat, namun dia menghadapinya dengan hati yang sabar, penuh kerelaan terhadap taqdir Allah SWT dan selalu berdiam dirididalam rumah semata-mata untuk taat kepada Allah SWT. Rumah Aisyah senantiasa dikunjungi orang-orang dari segala penjuru untuk menimba ilmu atau untuk berziarah kemakam Nabi SAW. Ketika istri-istri Nabi SAW hendak mengutus Ustman menghadap khalifah Abu Bakar untuk menanyakan harta warisan Nabi SAW yang merupakan bagian mereka, Aisyah justru berkata, “Bukankah Rasulullah SAW telah berkata, ‘Kami paranabi tidak meninggalkan harta warisan. Apa yang kami tinggalkan itu adalah sedekah.” Dalam penetapan hukum pun, Aisyah kerap langsung menemui wanita-wanita yang melanggar syariat Islam. Didalam Thabaqat, Ibnu Saad mengatakan bahwa Hafshah binti Abdirrahman menemui Ummul Mukminin Aisyah r.a. Ketika itu Hafshah mengenakan kerudung tipis. Secepat kilat Aisyah menarik kerudung tersebut dan menggantinya dengan kerudung yang tebal. Aisyah tidak pernah mempermudah hukum kecuali jika sudah jelas dalilnya dari Al Qur`an dan Sunnah. Aisyah adalah orang yang paling dekat dengan Rasulullah SAW sehingga banyak menyaksikan turunnya wahyu kepada beliau. Aisyah pun memiliki kesempatan untuk bertanya langsung kepada Rasulullah SAW jika menemukan sesuatu yang belum dia pahami tentang suatu ayat. Dengan demikian dapat dikatakan bahwa ia memperoleh ilmu langsung dari Rasulullah SAW. Aisyah termasuk wanita yang banyak menghapalkanhadits-hadits Nabi SAW, sehingga para ahli hadits menempatkan dia pada urutan kelima dari para penghapal hadits setelah Abu Hurairah, Ibnu Umar, Anas bin Malik dan Ibnu Abbas.


  Dalam hidupnya yang penuh dengan jihad, Sayyidah Aisyah wafat pada usia 66 th, bertepatan dengan bulan Ramadhan,th ke-58 H, dan dikuburkan di Baqi`. Kehidupan Aisyah penuh dengan kemuliaan, kezuhudan, ketawadhuan, pengabdian sepenuhnya kepada Rasulullah SAW, selalu beribadah serta senantiasa melaksanakan shalat malam. Selain itu, Aisyah banyak mengeluarkan sedekah sehingga didalam rumahnya tidak akan ditemukan uang satu dirham atau satu dinar pun. Dimana sabda Rasul, “Berjaga dirilah engkau dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma.” (HR. Ahmad )




***


Haa nampak sangatlah panjang kan? Tapi aku baca rasa sekejap sangat. Hari tu masa tengah pot pet pot pet dengan kawan-kawan terkeluar cerita Rasulullah dengan Aisyah and kami duk tergedik-gedik bila cerita pasal mereka coz sweet kuasa 100 and sangatlah tersentuh. Selawat ke atas nabi dan keluarganya ya. :)

Cerpen: Rindu Mama #3

3/11/13




Assalamualaikum...


Hoyah! Rasa serba tak kena pulak hari ni ditambah dengan rasa bosan and tak ada idea nak tulis apa. Tiba-tiba teringat pasal cerpen ni yang belum complete lagi masukkan dalam ni. Actually dah lama gila tau aku tulis cerpen ni tapi sengaja je tak masukkan dalam blog. And last aku update pasal cerpen ni pada 22/9, lama tak lama tak??


***


SOFEA terjaga daripada tidur dan mendapati Amani sedang duduk di atas kerusi belajar sedang menulis sesuatu. Dia fikir Amani sedang melakukan kerja sekolah, lalu dia menyambung kembali tidurnya.
Amani yang berada di atas kerusi itu menahan seribu perasaan sewaktu menulis di atas helaian kertas itu. Kadang kala dia tersenyum. Dan kadang kala dia tercebik menahan rasa sedih yang berkumpul di dada.
Helaian kertas itu kemudiannya diusap dan diletakkan di dada setelah siap menulis dan melukis sesuatu di atasnya. Amani menyimpan kertas itu ke dalam laci dan menyertai kakaknya yang sedang tidur.


“KAKAK, nanti kalau mama balik kakak bagi surat dalam laci meja belajar tu tau. Kakak jangan bukak surat tu selagi mama tak bukak tau,” ujar Amani sambil menyarungkan stokin ke kaki.

Sofea memandang ke arah adiknya dengan pandangan aneh. “Kenapa pulak nak bagi-bagi surat dekat mama ni?” soal Sofea. Sengaja ingin menguji adiknya.

“Tak ada lah.. Kalau adik nak cakap dengan mama, mesti mama tak nak. Jadi, adik tulislah surat. Kot kot mama nak baca. Lagipun, adik takut tak sempat,” ujar Amani.

Sofea mengerutkan kening mendengar perkataan terakhir adiknya. ‘Salah dengar kot aku ni,’ getus hati Sofea.

“Ha, kak. Nak pinjam telefon,” pinta Amani dengan mata yang dibulatkan tanda mengharap. Sofea agak pelik dengan permintaan adiknya itu kerana selama ini adiknya tidak pernah pun menelefon atau bermesej dengan sesiapa.

Sofea tetap menunaikan permintaan adiknya. Amani tersenyum lebar dan menekan sesuatu di kekunci telefon bimbit dan memberikan semula kepada kakaknya dengan senyuman.

Sofea menekan bahagian mesej dan terdapat mesej yang tertulis ‘Adik rindu mama. Cepatlah balik.’ Air mata Sofea menitis melihat mesej itu. Kasihan Amani.


SUDAH satu jam lebih Sofea menunggu di luar pagar sekolah. Kelibat Amani tidak muncul-muncul jua. Kerisauan mula terbit di hati Sofea. Dia memasuki pagar sekolah rendah itu dan mencari di seluruh bangunan sekolah kelibat adiknya. Tetapi, malangnya Amani tiada di situ.

Peluh mula merenik di dahi. “Ya Allah. Amani mana Ya Allah,” gumam Sofea sendirian. Dada mula berdegup memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku tetapi pantas ditepis fikiran itu.

Sofea berlari ke arah pondok pengawal. “Pak cik. Ada nampak tak adik saya?” soal Sofea lalu menerangkan ciri-ciri Amani kepada pengawal itu. Pengawal itu menggeleng-geleng tanda dia tidak melihat pelajar yang disebutkan oleh Sofea itu.

Sofea segera berlari ke serata tempat mencari adiknya. “Adik.. Kakak dah cakap kan dengan adik. Kalau kakak belum datang, jangan pergi mana-mana. Degil lah adik ni,” bebel Sofea lagi. Kerisauan yang semakin menebal itu memberatkan langkahnya. Akhirnya dia terduduk di tepi jalan. Lemah seluruh anggota badannya apabila mendapati kehilangan Amani.



SUDAH dua hari kehilangan Amani. Sofea sudah mencari di serata tempat. Dia juga sudah meminta bantuan jiran tetangga untuk mencari Amani. Ruzita juga sudah dihubungi. Sebentar lagi Ruzita akan pulang ke tanah air.

Bengkak wajah Sofea menangisi kehilangan Amani. Kemanalah adiknya itu. Makan kah dia? Lenakah tidurnya? Bagaimana kalau Amani diapa-apakan. Tidak sanggup dia membayangkan kemungkinan itu.


KETIBAAN Ruzita di rumah segera disambut oleh Sofea. “Mama! Adik mama!” ujar Sofea. Dia menggoyang-goyangkan tangan Ruzita sekuat hati. “Sabar Fea. Mama tahu Amani hilang. Kita tunggu polis cari dia. Mama pun risau Fea. Dia pun anak mama,” ujar Ruzita dengan getaran di suaranya apabila mengungkapkan perkataan terakhirnya itu. Dia menemui kesedaran apabila berada di tanah suci. Dia sedar yang tidak sepatutnya dia melakukan perkara-perkara tidak sepatutnya kepada Amani.

Mesej yang diterima oleh Ruzita dua hari lepas menambahkan kepiluan dan kerinduan kepada anak bongsunya itu. Kedengaran pintu van ditolak di hadapan rumah dan kembali ditutup. Terdengar juga deruan enjin van tersebut berlalu dengan laju.

Ruzita dan Sofea membuka pintu rumah. Hati masing-masing remuk seremuknya apabila melihat Amani yang terkulai di hadapan pagar rumah. Darah mengalir di seluruh tubuhnya.

Ruzita segera berlari ke arah Amani. Sofea mengikuti mamanya. “Amani!! Bangunlah Amani. Mama sayang adik. Janganlah tinggal mama. Bagi lah peluang dekat mama sayangkan adik macam abah sayangkan adik. Abang! Ita minta maaf bang,” rintih Ruzita. Bahunya terhinggut-hinggut.

Muka Amani bengkak dengan kesan lebam dan darah. Baju sekolah Amani terkoyak di sana sini. Rambut Amani berjuntaian kusut itu Ruzita usap lembut. Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan lagi tika itu.


PENGEBUMIAN Amani dijalankan dengan lancar. Ruzita sudah mendapat tahu siapa yang membunuh Amani. Amani dibunuh oleh Ah Long yang marah kepada Ruzita angkara Ruzita gagal membayar hutangnya. Ruzita sudah menerima amaran daripada Ah Long tersebut tetapi dia tidak mengendahkannya kerana dia fikir Ah Long tersebut tidak serius.

Polis sudah menangkap suspek dan suspek bakal dikenakan hukuman setimpal. Walaupun suspek sudah berjaya ditahan, kesedihan Ruzita tidak dapat dihapuskan begitu sahaja. Dosanya kepada Amani, tidak mungkin dia dapat lupakan.

Ruzita tersandar lesu di atas sofa. Sofea datang menghampiri dan memberi surat kepada Ruzita. Ruzita mengambil surat itu lemah. Terdapat gambar lukisan tangan Amani di depan sampul surat itu. Ruzita dan Mahmud berada di tengah dan Amani berada di sebelah Mahmud, manakala Sofea berada di sebelah Ruzita. Lukisan itu Ruzita tenung sayu.

Isi daripada sampul surat itu dikeluarkan. Ruzita dan Sofea sama-sama membaca bait kata yang tertulis di atas kertas itu.


Assalamualaikum....
Mama... Masa mama baca surat ni, mungkin adik tak ada di sisi mama. Mama jangan sedih. Adik dah maafkan apa saja yang mama buat dekat adik. Adik tak marah pun mama buat apa-apa dekat adik. Adik tahu, mama sayangkan adik. Sebab tu mama buat macam tu kan?

Halalkan apa saja yang mama dah bagi dekat adik tau. Terima kasih sebab lahirkan adik. Terima kasih sebab bagi peluang kat adik untuk nikmati bumi Allah ni. Adik rindu sangat dekat abah. Hari tu kan, adik mimpi abah panggil adik. Adik teringin sangat nak jumpa abah.

Haa mama dekat Makkah sana seronok tak?  Mama doakan adik tak supaya berjaya dunia akhirat? Eh, tak malunya muka Amani ni kan minta orang doakan. Tapi kan mama, orang kata doa ibu ni mustajab. Jadi, mama doakan adik selalu ya?

Untuk kak Sofea yang cantik dan baik, terima kasih sebab selalu layan adik. Adik sayang sangat dekat kakak. Kakak doakan untuk adik selalu ya? Stay cute and kind. :p

MAMA, ADIK RINDU MAMA. KAK SOFEA, ADIK SAYANG KAKAK. ADIK AKAN SENTIASA MERINDUI KAKAK DAN MAMA. ADIK IKUT ABAH TAU... 

Yang menyayangi dan merindui mama dan kakak sepenuh hati,
AMANI.

Pipi Ruzita basah lencun dengan air mata yang tidak henti-henti mengalir. Adik, mama halalkan apa sahaja yang mama dah beri pada adik. Mama bersyukur sangat dapat lahirkan anak sebaik adik. Terima kasih jugak untuk adik yang selama 11 tahun sudi menjadi anak mama. Mama akan sentiasa doakan kebahagiaan adik di sana. Impian adik untuk jumpa abah, dah tercapai. Tenanglah adik di sana nak. Maafkan mama juga ya..

Hati Ruzita tidak mampu berkata-kata lagi. Ruginya dia tidak dapat mencium dan memeluk anak sebaik Amani ketika kanak-kanak itu masih hidup. Ruginya dia melepaskan segala peluang selama 11 tahun. Ruginya.. Ruginya...

“MAMA RINDU ADIK....” Ruzita mengungkapkan perkataan itu sebelum rebah. Sofea segera mendapatan mamanya yang pengsan.

TAMAT


***


And aku bukannya rajin sangat menulis cerpen ni. Kadang-kadang kalau semangat tu datang, barulah cepat-cepat tulis. Kalau idak, idak la sampai semangat tu mai balik. Aku tak sehebat mana menulis, berangan lebih and aku rasa lebih kurang sama ja dak cerpen aku? Mungkin lepas ni aku bolehlah buat sedikit kelainan... Sudi-sudilah baca CERPEN SYOK SENDIRI aku ya?? Taklah seberapa pun, dah namanya syok sendiri kan.. hihihi.

Diri Sendiri Yang Buat Orang Tak Suka

1/11/13




Assalamualaikum..


Wah.. dah bulan 11 lah!! Dah dekat cuti sekolah lah! Dah tak payah tengok _ _  dah lah. Apakah?? Tapi bosan juga kalau duduk kat rumah ni. Sekarang pun dah rasa dah kebosanan dia walaupun baru cuti 5 hari. Nanti kena sekolah 3 hari sahaja lagi, tapi aku nak pergi. Nak tengok result and nak majalah. :D


Itu introduction. Ini pasal nak masuk topik tu lah. Apa dia pasal Diri Sendiri Yang Buat Orang Tak Suka tu? Bukan main panjang tajuk dia kan. Ada sahaja 'dia' nak bagi topik untuk tulis di sini. Okeyla. Pernah jumpa tak dengan orang yang tak pasal-pasal nak sentap sendiri. Daripada keadaan yang harmoni tetiba dia sendiri yang ambik part sentap nak cari gaduh.


Buat-buat terasa. Cakap orang lain tak pedulikan dia. Cakap orang lain buat dia macam gitu macam gini. Padahalnya diri sendiri yang buat orang lain kurang senang dengan perangai kita tau? Kita nak salahkan siapa bila orang tak suka kita? Kalau perangai kita tak begitu, tak adanya orang tak suka dekat kita.


Memanglah ada orang tak suka kita tanpa sebab, tapi aku cerita sekarang pasal diri kita yang mengundang kebencian orang lain. Kita rasa, kita kena disayangi. Kita sajalah yang betul. Orang lain semua salah. Cuba fikir apa yang buat orang tak suka tu?


Bila orang tak suka, kita marah. Kita dok buat sentap. Padahalnya kita sendiri yang kadang-kadang timbulkan situasi tak best. Abang aku kata, orang cenggini dia jenis manja. Semua kena ikut cakap dia, kena beri dia perhatian, kena tunjuk sayang dia. Bila orang tak buat macam apa yang dia nak, itu yang jadi cenggitu tu.


Aku pun manja juga. Tapi tak adalah kot nak over sangat. Kadang-kadang sajalah kot kalau aku dengki sangat pun aku buat perangai gedik. Tapi main-main saja. Kalau orang buat aku pun, aku terima jugalah walaupun aku marah tapi aku sedar aku yang salah. Kalau tak sedar diri salah tu yang masalah tu. Cubalah muahasabah diri. Tak mau sentap-sentap sendiri, nak timbulkan environment yang 'panas' and nak cari gaduh. Okey?


So sayangs, hidup perlu happy. Hidup perlu dimanfaatkan. Hidup bukan untuk orang jaga hati kita seorang saja, kena lah juga jaga hati orang lain. Tak kesahlah kita lagi tua ke, kita lagi muda ke. Kena sama-sama jaga hati orang lain. Memanglah kita tak boleh nak sentiasa jaga hati orang lain tapi at least kita cubalah sedikit. Boleh ya? :) Fighting!!

p/s: Happy November Sayangs! ;)