Ini Yang Terakhir...

30/12/13




Assalamualaikum...


Ini yang terakhir. Ini adalah penamat segalanya. Ini adalah yang bongsu! Oh, selamat tinggal! Dah kenapa dengan aku kan? 


Okeylah, sengaja buat pulon sikit tulis begitu. Sebenarnya ini adalah entry yang terakhir buat tahun 2013. Macam-macam sangat yang aku dah lalui untuk tahun ni. Dan tahun berlalu macam kilat sahaja. Cepat, terlalu cepat. Tiba-tiba nak masuk 2014.


Kalau dulu masa aku kecik-kecik aku selalu terbayang 2013? 2014? 2015? Macam mustahilnya untuk aku hidup sampai ke tahun itu. Tapi sedar tak sedar aku bakal berjaya lalui tahun 2013 dan bakal menghadapi tahun yang aku rasa impossible tu. Bagai magis.



So, apa yang aku nak buat untuk tahun 2014 ni? Ramai yang cerita tentang azam. Tahun baru saja mesti ada azam eyh? Patutnya setiap hari kita kena ada azam. Baiklah, macam biasa. Aku nak jadi lebih baik. Jadi lebih baik ni merangkumi semuanya lah. i.e. bercakap dengan intonasi yang rendah, kurang marah-marah and etc...


Dan aku nak baca novel English banyak-banyak. Ahaha.. Sejujurnya aku dah tawar hati dengan novel melayu. Maaf ya. Aku pun peminat novel melayu juga, tengok tu review aku. Tapi bila dah banyak sangat jalan ceritanya yang lebih kurang sama, aku jadi kecewa. Kecewa kau tahu? Tahu apa itu kecewa? Macam rasa kecewa bila mak kita tak beli barang yang kita kirim. Kekeke...


Nanti aku nak review novel English pula rasanya. Tak pernah review satu pun kan. Eh, tiba-tiba masuk topik novel pula. Berbalik pada tahun, aku harap tahun 2014 adalah tahun yang lebih baik untuk aku. Aku exam tahun depan. Harap dapat keputusan yang cemerlang! Doakan aku ya? Moga tahun depan terbaik buat hampa, terbaik buat semua umat manusia dan terbaik buat aku, insyaAllah... :)


Mari terjah:

Oh, Vacuum Cleaner!

27/12/13


Google


Assalamualaikum..


Waduhh, mood guwa dua tiga hari ni rasa nak mengamuk guling-guling saja dengan orang mencari pasal dengan aku, dengan barang hilang, dengan nak beli barang sekolah dan yang paling buat aku rasa nak mengamuk sambil hempuk-hempuk kepala atas lantai is vacuum rosak!


Oh, aku tak suka pakai penyapu. Habuk terbang, aku alah habuk. Sakit tangan. Serious tangan pun terkejut bila aku pakai penyapu. Aku pakai vacuum Electrolux, tapi dia ni jenis kalau sedut tu macam hidup segan mati tak mau ja gitu haa.. Gigih la tonyoh-tonyoh juga lantai tu nak kasi masuk. Herhhh!! >.<


Rumah aku ni banyak bulus, kang depa ni garu tu garu ni habis gugur segala-galanya. Maka, faham-faham lah aku terpaksa vacuum selalu. Kadang-kadang gaduh sampai terkeluar bulu segala bagai. Jadi, aku amat-amat memerlukan vacuum yang betul-betul bagus. Yang tak buat hal. Yang boleh sedut dengan bersemangat jitu! Yang ringan. Yang affordable. Yang tahan lama sampai rambut aku beruban pun tak rosak....


Hah! Jadi, mari lah suggest dekat aku vacuum yang affordable and kasi kita puas hati sampai rasa nak vacuum rumah setiap saat. Hah gitu. Tolong lerr aku, aku tak boleh hidup dengan lantai yang segala benda ada. Nah nah? Pweasseeeee... O_o

Perlu buat baik?

24/12/13




Assalamualaikum..


Dah tidur? Tak mengapa, selamat malam.... sayangku..... Oh, bagi yang masih tak tidur, mari sini aku nak kongsikan bed time story.. Lah sangat.. Ini untuk pengajaran sebelum tidur ya... Mari dekat sini dekat dengan umi anak-anak.... Hihihiks... :D


Aku nak share something yang aku rasa tak asing lagi buat kita semua. Perlu ke kita buat baik? Perlu ke buat kebaikan? Perlu ke beri muka pada semua orang? Persoalan utamanya is PERLUKAH??!!


Dah kenapa dengan aku? Baik.. Jawapannya ialah memang kita perlu buat baik. Perlu sangat-sangat kerana agama kita masing-masing tak kira agama apa pun pasti menyuruh pengikutnya berbuat baik. Isnt'it...? Tiba-tiba teringat teacher aku bila cakap isnt'it...


Tapi.... Masalahnya bila ada orang lain yang mengambil kesempatan di atas kebaikan kita. Biasa kan dengan orang begini. Kalau kita salah satu daripadanya sama ada kita sedar ataupun tidak silalah sedar-sedarkan diri kita. Orang sudah buat baik, kita ambil kesempatan. Apa kes sayangs?


Bak kata pepatah 'Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.' Haa gitu.. Kan? Tapi perlu tak kalau kita buat jahat balik dekat dia untuk bagi dia sedar diri yang kita ni ada had juga nak bersabar dan ada had juga nak beri muka pada mereka.. Tolonglah faham perasaan orang yang dah buat baik dekat kita.


Bila dia buat jahat kita mengutuk dia begitu begini, bila dia buat baik kita ambil kesempatan di atas kebaikan dia. Tolonglah sayangs, bila orang dah buat baik tolong balas benda yang sama. Memang boleh kata suka hati buah hati lah nak balas macam mana tapi fikirlah kalau ada orang buat benda yang sama pada kita juga? Bagaimana? Marah kan? Entah-entah kita lebih-lebih melenting pula kan....


Jadi, fikirlah... Jangan selfish. Orang kutuk kita nanti kita marah. Padahal kita sendiri yang mencari nahasnya kan? Oleh itu, mari sama-sama dengan aku kita balas benda baik juga bila orang dah buat baik. Boleh kan? Tak susah pon..

Allah suka, hati gembira,
Allah murka, jiwa sengsara...
              ^_^


Selamat malam... 


Mai Serbu!

22/12/13




Assalamualaikum...


Wah! Ingat aku lagi tak ni? Ceceh, aku private 48 jam ja tau. Sekejap ja kan? Aku dah habaq dah tak lama punya lah.. Aku ubah sikit-sikit ja ni... :D So here....


Fresh tak masuk sini? Or sakit mata? Or silau sebab terang benderang? Ehehek... So, theme aku kali ni is yellow and pink. Pink, aku tak dapat nak dipisahkan. Aku terlalu setia dengan pink.


Okey, ada tujuannya juga tau dua warna yang aku pilih ni! Pink macam yang kita sedia maklum, memberikan kelembutan warna keremajaan gitu and yellow is warna keceriaan yang fresh gitu.. Kalau aku letak warna malap-malap rasa macam nak melayan jiwa yang sengsara ja haa.


Jadi, untuk tahun 2014 yang akan datang ni InsyaAllah aku pilih gabungan dua warna ni agar moga-moga kehidupan 2014 aku sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang dan keceriaan.. Begitulah gamaknya.. InsyaAllah... :)


Oh! Satu lagi. Kenapa mesti love love gitu dalam blog aku ni? Memang Nina ni jenis sukakan kecintaan kah? Oh, semestinya semua orang gemarkan cinta. But.. Cinta untuk aku is bukan cinta macam hampa punya cinta. Sentiasa Love tu sentiasa sayang. Aku sayang parents, aku sayang siblings, aku sayang family, aku sayang binatang, aku sayang Allah dan Rasulullah dan aku sayang semua orang yang sayang aku tak kira aku tau ke dak samaada orang tu sayang aku ataupun tidak.. Okey? Bukan kisah cinta Barbie, Cinderella, Sleeping Beauty, Snow White, Rapunzel dan yang sewaktu dengannya.. Ini bukan definisi cinta dongeng, ini definisi cintaNya.. :)


Oh, kalau boleh tekan The Niena Reen untuk tahu lebih lanjut pasal aku dan blog kalau tak tahu lagi.. Eceh aku ni macam baru pulak masuk dalam bidang blog ni ya... :D


Ala Alliqa'! :)

Blog Diprivate 20/12/13

19/12/13




Assalamualaikum...


Haa, semangat tau iolls tunggu nak edit blog ni. Aku pilih tarikh esok ni pon sebab rasa macam best je macam best je gitu hah.. Tak tau lah apa yang dibestkan sangat. And yeah, macam yang aku cakap banyak kali dah aku nak private blog buat sementara waktu. Sementara waktu ja. Tak sampai seminggu InsyaAllah and tak sampai 5 hari InsyaAllah.. Ya?


Tak apalah kalau aku kehilangan readers sepanjang aku private blog cause lepas aku unprivate akan kujejaki semua bloggers hingga ke lubang cacing. XD Pageviews tak dak for a while tak menjadi masalah kepada aku.. :) So, pukul 12 tengah malam sekejap lagi, aku akan private. Sekejapppp ja.. Aku janji... Nah nah nah?


Bye-bye sayangs. Tunggu aku eyh? ;)

Safi Fair Beauty

16/12/13




Assalamualaikum...


Kenapa hah masa begitu pantas berlalu? Kenapa kenapa kenapa? Dunia akhir zaman.. K, faham.. So yeah motipnya kenapa aku tanya masa cepat sangat berlalu cause aku rasa baru berapa hari yang lalu aku tulis entry yang lepas. Tengok-tengok dah 5 hari dah tau uollsssss...


Oh ya, ada kaitannya lah masa dengan benda yang nak aku share dengan hampa nih.. Aku rasa baru semalam aku beli benda alah Safi Fair Beauty ni.. Bukan Safi Rania tau.. Hikk! Okey, product ni still baru lagi and aku dah cuba and hasilnya aku berpuas hati jugak lah even taklah hundred percent kembali kepada warna kulit aku yang asal...


Masalah aku is aku bukan nak kulit cerah macam yang dalam gambar atas sana tu. Aku kena sunburn. Aku just nak kulit aku kembali kepada warna asalnya yang warna kuning-kuning-kuning langsat... Lama tak cakap kuning langsat rasa macam... Tah..


Aku banyak sangat membebel lupa nak tulis Safi Fair Beauty ni bertindak sebagai apa...


Rangkaian Pencerah SAFI Fair Beauty dengan gabungan ekstrak buah-buahan sitrus Natural AHA Complex, Vitamin B3 dan Pelindung UV membantu melembap serta mempercepatkan pembaharuan sel kulit untuk kesan pencerahan yang lebih efektif. Hasilnya, kulit 8 kali lebih cerah sekelip mata* 
Cubalah dan kembalikan keyakinan dengan hasil yang menakjubkan!


Kalau nak tau lebih lanjut boleh lah klik Safi. 8 kali pencerahan dalam sekelip mata ni tak adalah tapi macam yang dia kata jugak dalam masa 2 minggu haaa barulah cerah berseri. Katanya, bukan aku kata. Tapi betul lah, memang agak berkesan juga.. :D


Aku suka bau cleanser and krim dia. Sedap! Rasa macam ketagih nak cium banyak kali gitu.. Tapi tak adalah cium banyak-banyak kali kang ketagih betul kang aku makan kang. Apa banyak sangat kang nehh.. And-and-and aku nak habaq yang kulit aku memang serasi dengan Safi. :D Giteww..


Jadi, yang ada masalah kulit terkena sunburn ke nak cerah kulit ke apa ke, bolehlah try.. Cubalah dulu.. Mana tahu berkesan dekat hampa pulak ke kan. Oh, laki pun ada pakai tau tapi aku tak taulah dia pakai berkesan ke tak. Saya sudah mencuba, anda bila lagi? Hehehe...


Illal Liqa, sayangs! ;)


Bersyukur Atau Bagaimana?

11/12/13




Assalamualaikum..


Lima hari dah rasanya tak mengupdate entry baru sebab tiada yang menarik untuk dikongsikan.. Tapi tak mengapa, sekarang mungkin ada benda yang nak aku kongsikan... :)


Apa yang kita ada sekarang? Puas hati ataupun tidak dengan yang kita miliki? Perlukah mencari yang lebih sempurnah sedangkan kita sudah tahu yang kita sudah punya sesuatu yang mencukupi dan mungkin sudah menjadi yang terbaik untuk kita. Perlukah merungut kerana apa yang kita miliki sekarang sudah tidak seperti dahulu?


'Apa yang hang merepek?'... Oh tidak.. Aku tidak merepek sama sekali... Cuma mengajak kita semua untuk fikirkan sejenak tentang apa yang kita dah ada sekarang. Contohnya macam  kehidupan kita sekarang. Kita rasa kita susah kena bekerja keras, duit tak cukup, kena berpenat lelah dan akhirnya pastinya kita merungut itu ini dan rasa kitalah saja yang begini, orang lain semua hidup senang lenang....


Ataupun pasangan hidup yang sekarang ni sudah tak macam yang kita inginkan.. Dia dah tak cantik, kita tak suka dia... Kita nak yang cantik, sexy, kurus sempurna... Omo~~~ -.-


Cuba fikirkan juga kenapa kita berfikiran macam di atas tu? Sebab kita tak pernah fikir 'oh, aku bekerja begini begini tetapi sedarkah aku yang masih ada orang yang lebih teruk daripada aku. bekerja berjam-jam tapi hasilnya hanya untuk sehari sahaja. aku mahu kemewahan hidup, aku mahu harta yang banyak tapi terlupa sebentar bahawa apa yang aku peroleh ni sudah mencukupi keperluan kita. fikirkan orang lain yang lebih susah berbanding aku. fikir orang yang tiada tempat berteduh, tiada kenderaan susah untuk kemana-mana, terpaksa mengikat perut. sekurang-kurangnya aku bekerja penat tetapi aku punya keperluan yang mencukupi.'


Haa begitu... Nampak kan.. Jadi, kita tak boleh tengok orang yang lebih daripada kita. Sifat syukur tu nanti tak akan ada dalam diri bila asyik tengok orang itu ada macam-macam, orang ini punya segalanya tapi aku susah payah untuk mendapatkan wang. Tak bolehlah begitu... Sebab itu kena fikir orang lain yang tak miliki apa yang kita miliki untuk tanam sifat syukur dalam diri kita sendiri. Ingat ya, Allah tak beri apa yang kita inginkan tapi Allah beri apa yang kita perlukan.. Begitu... :)


Haa satu lagi yang untuk pasangan hidup tu. Kita bersama dia zaman muda mudi gembira.. Bila dah tua, dah tak cantik kita dah pandang dia lain macam. Cuba fikirkan, seumur hidup kita bersama dia, dia sanggup berjalan bersama-sama kita dalam susah senang kita. Tapi bila kita dah senang, dah tak perlukan dia, dah rasa dia tak cukup untuk kita, kita lakukan dia sesuka hati kita. Cuba fikir juga, dia dah korbankan macam-macam untuk kita. Waktu kita sakit, dia ada untuk kita. Waktu kita ada masalah, dia setia di sisi kita... Tapi sekarang, bila kita dah sihat, kita dah tak punya masalah, kita biarkan dia dan kita mencuba untuk mencari yang lebih sempurna... Sebab itu, kahwini wanita kerana agamanya dan lihat akhlaknya bukannya cantiknya kerana cantiknya akan pudar dimamah usia... Ya?


Jadi, itulah dia. Belajar erti syukur. Jangan memandang yang bukan milik kita, pandanglah apa yang sudah kita miliki kerana yang kita miliki ini adalah yang terbaik untuk kita, insyaAllah.. Aku pun tak tahu mengapa rasa serious sangat aku menulis hari ni. Tapi ya lah, terima kasih kepada 'dia' kerana dah sumbangkan idea utnuk aku menulis seserious ini. Oheyyy... And yeah.. Ilal liqa'... :DD -double smiles-


Bagaimana Mengatasi Kemarahan

5/12/13




Assalamualaikum..


Ini cara aku mengatasi kemarahan. Tak tahulah berkesan ke idak untuk hampa. Hmm.. Okey, aku rasa masa aku tengah marah muka aku sangat hudoh. Serupa gambar atas sana tu agaknya. >.< K, mana ada yang marah muka dia lawa kan? Mesti jadi berkerut, masam habis muka kita kan. -.-


Jadi, marah itu tidak baik. Aku tau. Tapi masalahnya ada ja yang nak buat aku marah. Tapi tak pa, aku jenis cepat cool. Kalau aku marah berpanjangan kang tanggung sendiri akibat dia kan. Hakikatnya aku pun bukan boleh marah lama-lama. :)


So, here.. Cara aku atasi kemarahan.


1) Gelak, gelak dan gelak :D

Aku ulang banyak kali tu. Maknanya, ya. Ketawa, gelak dan laugh. Ulang perkataan yang berlainan tapi benda yang sama. Just gelak. Tak payah cakap banyak. Gelak. Tapi, tak akan lah nak gelak depan orang yang kita tengah marah tu kan. Nak nak dia pon tengah marahkan kita. Pergi mana-mana dan gelak. Serious aku habaq, kalau aku gelak, meredakan kemarahan aku. Gitewww... ;)


2) Tengok Running Man ^_^

Aku rasa ramai yang tahu kan running man tu apa. Variety show itu lah. Tengoklah running man yo? Aku memang akan gelak ja tengok running man ni. Macam aku kata di nombor satu, gelak untuk menghilangkan kemarahan. Tengok muka Song Ji Hyo lagi bagus daripada tengok muka orang yang kita tengah marah tu takut lama-lama kita hempok orang tu ke pulak kan. Hihihih, gurau saja. :)


3) Jangan tengok drama/movie atau baca novel/cerpen

Aii, aii... Dah kenapa tak boleh nak tengok/baca? Tak.. Bukan tak boleh tengok. Boleh tapi jangan tengok drama/movie atau baca novel/cerpen yang buat kita sakit hati atau sedih. Contohnya geram tengok King Adrian buli Afina dalam PISA. Contohnya lah tu. Mihmih. Tak pun tengok Fisya yang dok tergedik-gedik tu. Aku dah kenapa semua nak kaitkan dengan PISA? Padahal tak tengok pon cerita tu dah.. >.< Dah itu yang popular sekarang....


4) Blogging

Aku buka je blog, tengok cbox dan comment, boleh buat aku senyum sendiri. Hampa punya kerja la tuh. Terima kasih. Baik kita pergi jalan blog orang dan baca kisah orang yang happy-happy daripada kita dok melayan jiwa yang tengah membara ni kenn...


5) Buat benda yang kita suka

Buatlah apa-apa sahaja yang kita suka asalkan tak menambah dosa dan mengurangkan pahala. Macam aku, bolehlah sembang dengan kawan baik ke, main dengan kucing aku yang berlambak dekat rumah aku ke ataupun apa-apa sahaja lah yang kita suka. Yang buat kita happy, senyum dan ketawa.


Konklusinya, senyum dan ketawa itu suatu terapi yang baik. Macam-macam benda kita boleh buat bila tengah marah. Ada yang suka makan. Ada yang tidur. Apa-apa pun, kemarahan ni berpunca daripada syaitan. Maka, janganlah nak bagi syaitan makin gembira tengok kita tengah berkerut kening, merah muka, berasap telinga.... Oh ya, macam kita sedia maklum, ambillah wudhuk. Kalau tengah berdiri, duduk. Jika tak boleh juga, berbaring.. :)


Oh ya, satu lagi. Yang ni tiada kaitan dengan tajuk ni. Aku tengah rasa nak luku kepala sendiri bila tengok entry lama-lama. Aku tengok and rasa macam 'dah kenapa aku ni? aku ke ni????'. Haa gitew. Rasa macam haishh.. K, cukup. Kata tak mau marah.. Bukan. Aku bukan marah. Aku cuma... Cuma rasa pelik dengan diri sendiri yang cukup entah apa-apa. Sekarang pon entah apa-apa juga tapi dulu aku rasa lagi entah apa-apa. Sebelum orang pening dengan aku yang entah apa-apa ni, lebih baik aku STOP, nanti orang pon jadi entah apa-apa. BAIK, JANGAN MARAH. KALAU MARAH, ULANG BACA ENTRY INI. HIhihi. Selamat malam, Illal Liqa sayangs.. ;)


{:

Bagai Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Lurus

3/12/13


Sekadar gambar hiasan


Assalamualaikum..


Wah tiba-tiba dah 3 haribulan.. Sebelum aku masuk tajuk, aku nak cakap satu benda. Tapi janganlah salah tafsir. Hampa ni suka sangat salah tafsir dengan aku. Aisehh.. Aku seriously tak tahu apa salah aku. Kalau ada aku minta maaf dengan hampa. Aku tak tau apa yang dah aku buat. Apa-apa sahaja lah kalau ada yang terambil hati dengan aku, aku mintak maaf. Aku cakap betul yang kalau aku menulis, aku tak pernah langsung nak berperang dengan orang lain. Aku menulis untuk pengajaran diri aku sendiri juga. Dan.. Kalau baca entry dan comment aku sila baca dengan nada rendah dan perlahan sebab memang begitu caranya yang aku cuba sampaikan. Jangan baca dengan nada tinggi, tergesa-gesa, laju-laju. Tak boleh ya sayang. Oh ya satu lagi, ini tak ada kena mengena dengan tajuk. Terima kasih...


Okey, barulah nak masuk tajuk. Bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus padahal diri sendiri pun tak betul.. Pernah jumpa orang macam ni? Mesti pernah kan. Oh ya, ini tiada kaitan dengan yang ada di sini. Ini pasal seseorang yang di sekeliling aku di alam reality. Okey? :)



Nak suruh orang buat sesuatu, tetapi diri kita sendiri pon sedang melakukan kesalahan yang sama. Macam mana orang nak ikut apa yang kita suruh tu? Bila orang cakap yang kita pon bersalah, kita melenting. Kita emo sendiri. Kita nak menang seorang. Acano tuh??



Jadi, terima kesalahan diri. Sama-sama ubah apa yang kita tak nak tu. Bukannya suruh orang tapi diri kita sendiri pun 2x5, 5x2, 5+5, 9+1 dan seangkatan dengannya.. Lihat diri kita. Kenapa orang tak nak ikut apa yang kita suruh? Antaranya sebab kita pon sama macam dia. Oleh kerana itu (ecewah), kena lihat diri sendiri juga. Kena terima kalau orang kata kita turut bersalah, tak boleh fikir kita sajalah yang betul. Giteww..


Oh, satu lagi... Aku private blog 20 haribulan macam tu tau. Jangan unfollow aku pulak kalau tekan blog aku tapi tiba-tiba tak keluar. Ya? Aku dah habaq awal-awal ni. Aku bukan apa, aku memang akan private blog kalau nak edit. Tak suka orang tengok serabut sana serabut sini... :)


No angry, with smile & always love~~~ :)

English Accents In Malaysia

1/12/13




Assalamualaikum.. Happy new month!! :D


Agak jakun masuk bulan 12 nih sebab sebulan lagi dah masuk tahun baru. Haa, seram sejuk aku rasa bila masuk tahun baru ni. InsyaAllah kalau panjang umur, merasa lah tahun baru ya. Entah apa nak jadi tak tau lah pulak kan. So, here... Aku tengah menaip sekarang pukul 2.38. Gilo ekau? Orang tengah terbongkang tidoq, aku boleh lagi dok keletak keletuk keyboard hah? Up to me meh... <--!!Malaysian english!!


So.. We have so many English accents in Malaysia. Suka hati kita saja kan nak cakap macam mana. Hahaha. Tadi terjumpalah English accent yang ada kat Malaysia ni. Here, I want to share a video of English accents in Malaysia... Let's watch the video~~




Hehe.. Biasanya kita jumpa yang Malay, Indian and Chinese punya accent dekat sini kan. The others aku tak tahulah ada ke tak sebab maybe dia ni study di international university or whatever here..


Jadi, hampa guna accent yang macam mana bila bercakap English? Aku punya, aku tak pasti. I try to speak in British and American English but.. I think, FAILED! Hahahaha.... >.< I prefer British accent sebab kita belajar di sini pon memang British English kan.


Ouh ya, satu lagi. Aku nak habaq aku nak edit blog bulan ni. Hadiah tahun baru untuk blog ni la kononnya giteww.. Tapi tunggulah hujung-hujung bulan ni rasanya baru nak mula operasi mengedit blog. Tapi tak nak awal sangat and tak nak lambat sangat dan... Dan aku nak private blog for a while masa edit blog nanti sebab kalau tak private tak surprise lah #kononnya lah kennn... Macamlah surprise sangat tengok blog tah apa-apa Niena Reen nih kan..


Till then, good night sayangs~~