Tolong Saya Boleh?

30/12/14




Assalamualaikum..


Wah, tup tup sudah sebulan lebih yang lalu aku last update entry. Dah nak masuk tahun baru pun. Sekejap sangat macam segala-galanya baru semalam terjadi. Jadi, nak masuk tahun baru blog pon kenalah berwajah baru juga kan. Tapi ada masalah pulak.. :(


Baiklah, nak mintak tolong sebenarnya. Kalau sesiapa yang tahu sila-silalah bantu aku. Aku dah siap pon edit blog. Jadi lama sebab sibuk fikir apa masalah dengan header tu. Kalau hampa boleh tengok, header aku ada background colour putih tu kan? Sebenarnya aku punya header tu adalah header transparent yang bercantum dengan blog tau. Tapi tak tahu kenapa bila aku upload dalam blog dia jadi ada background putih dibelakangnya. Aku dah cuba macam macam cara tapi tak juga berhasil.


Aku jugak tak usik langsung apa-apa html code berkaitan header. Pelik sangat. Siapa tahu apa masalahnya? Kalau ada sesiapa tahu minta tolong beritahu aku di bawah ya?


Terima kasih.. :)

Saya Lebih Tua, Maka Saya Yang Berkuasa

19/11/14




Assalamualaikum loves~!


Lama sangat aku tak menulis blog. Mungkin atas faktor-faktor tertentu. Contohnya exam dan malas. Aku dah lepas PT3 dan dah tahu markah tapi tak tahu gradingnya macam mana. Moga-moga dapatlah keputusan yang terbaik. Amin. :)


Jadi sebenarnya hari ni aku melawan juga dengan rasa malas untuk tulis tentang ini. Sebenarnya macam ni, aku nak cerita pasal diri kita semua. Pastinya akan ada orang-orang yang lebih muda daripada kita kan? Tak kiralah berapa pun umur kita pasti ada adik-adik, anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit etc kan? Apa perasaan kita bila berdepan dengan mereka?


Baik, memang benar kita lebih dulu makan garam daripada orang-orang yang lebih muda daripada kita. Kadang-kadang, kita rasa kita orang yang punya pengalaman yang luas berbanding orang muda. Kadang-kadang, kita rasa apa yang kita cakapkan adalah lebih bernas. Kadang-kadang, kita rasa pendapat kita adalah yang terbaik berbanding mereka yang lebih muda. Kadang-kadang kita rasa pengetahuan kita adalah lebih banyak daripada mereka.


Maka, dengan sebab-sebab di atas kita rasa mereka yang lebih muda ini memang WAJIB dengar apa sahaja yang kita katakan kerana KITA LEBIH TUA DAN LEBIH BANYAK PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN. Mereka WAJIB tundukkan kepala dan tidak langsung berhak menyuarakan pendapat mereka. Mereka WAJIB patuh dengan apa sahaja kehendak kita walaupun sebenarnya kita salah.


Sebenarnya, bukan begitu. Tidak semestinya kita lebih tua, apa sahaja yang kita cakapkan adalah benar. Tidak semestinya kita lebih tua, ilmu kita lebih luas berbanding mereka. Tidak semestinya, kita lebih tua, apa yang mereka bicarakan salah belaka. Tidak semestinya, kita lebih tua, pengalaman kita adalah yang paling banyak berbanding mereka. Tidak semestinya kita lebih tua, kita lebih bijak daripada mereka.


Sayang, bila kita lebih tua, janganlah sombong dan bongkak. Tak usah rasa orang yang lebih muda ini adalah SIFAR dan kita adalah SERIBU. Terima sahaja jika mereka suarakan pendapat. Jika rasa salah, tegur dengan baik seperti mendidik seorang saudara sendiri. Jika mereka menegur salah kita, terimalah. Tidak bermaksud kita lebih tua apa sahaja yang mereka lakukan adalah salah dan segalanya yang baik dan gah adalah milik kita. Hidup ini kena terima apa sahaja mengenai antara satu sama lain tak kira peringkat umur.


Jadi, ubahlah perspektif diri. Usah kira siapa dia. Adik, abang, kakak, mak cik, pak cik, atau sesiapapun, belajar hormat antara satu sama lain. Belajar terima suara orang lain. Belajar terima teguran orang lain. Tak usah meninggi diri kerana kita lebih dulu makan garam. Tak usah meninggi diri meski kita rasa ilmu sepenuh dada. Ingat, walau berapa banyak pun ilmu kita, pengalaman kita atau apa sahaja, kita mesti terima jika orang lain suarakan apa yang mereka rasakan.


Baik, sebenarnya aku tulis ini kerana aku tengok di mana-mana saja banyak sangat kita-kita ni yang terlupa yang sebenarnya kita ni tak sewajarnya meninggi diri sebab kita rasa kita lebih matang. Tak baik begitu. Jadi apa-apapun, yang tua dihormati dan yang muda disayangi. :) 


Sekian, Ilal liqa'!



Sebaik-baik Manusia, Kadang Lebih Bahaya

16/8/14




Assalamualaikum loves~!


Di atas muka bumi ini, tidak semestinya apa yang kita tengok tu adalah seperti yang kita nampak. Kita tak tahu apa yang ada di balik tabir pandangan.  Kadang, memang nampak suci macam berhati putih bak kapas. Kadang, pudar dan tidak berseri. Namun, boleh tahu apa sebenarnya di balik semua itu?


Baik, orang kata don't judge a book by its cover. Orang juga selalu cerita tentang talam dua muka. Tahu kaitan antara dua ini? Sama. Cuba fikir untuk faham. Baik, macam ni lah. Aku ceritakan kepada hampa sekarang.


Sebenarnya, orang yang kita nampak baik dan macam innocent tahap heroin drama melayu tu tak semestinya itulah karakter dia yang sebenar. Kita tak tahu siapa dia sebenarnya di balik apa yang kita nampak. Sejujurnya, aku lebih takut dengan orang yang diam dan baik.


Sebab apa? Orang yang diam ni kadang-kadang menyimpan seribu satu perasaan di dalam hati dia. Mana tahu, sebenarnya dia tak suka kita tapi memandangkan dia suka simpan, dia akan lakukan sesuatu tanpa pengetahuan kita. Mana tahu, di balik kesenyapan dia, dia mengharap untuk lihat kejatuhan dan kedukaan kita. Mana tahu, di balik kesunyian bicaranya, dia ada agenda sendiri. Benar, diam itu lebih baik. Benar, diam itu memang baik. Tapi bukan semuanya boleh begitu...


Sebab apa aku takut dengan orang yang 'baik'. Sebab selalunya apa sahaja yang kita kata pada dia, dia layankan saja. Sebab apa yang kita usik dia, dia senyumkan saja. Iyalah, orang baik. Tapi, aku lebih rela dengan orang yang tunjuk kalau dia tak sukakan sesuatu berbanding 'sok sok baik'. Faham?


Aku tak kata siapa yang nampak baik tu sebenarnya semua tak boleh dipercayai. Bukan begitu, aku cuma lahirkan kebimbangan aku. Sebabnya aku selalu gundah dengan orang baik. Bukan sikit kes 'talam dua muka' ni. Depan kita, masyaAllah sejuk mata memandang. Tapi dalam hati dan di belakang kita, mungkin Tuhan saja yang tahu..


Kadang, orang yang tak berapa nak nampak baik itulah yang lebih baik. Kadang orang yang cepat marah itulah yang simpan  hati selembut kapas. Kadang orang yang bermuka masam itulah yang sentiasa hargai orang lain. Kadang orang yang muka puaka itulah yang punya senyum semanis gula.


Konklusinya, lebih baik jujur saja. Tak perlu bermuka-muka untuk nampak baik di depan orang lain. Mungkin biar orang nampak kita tak baik itu lebih baik daripada orang nampak kita baik sebenarnya tidak. Betul tak? Hehe, apa apa sajalah....


Hehe, emosi. :)

Novel Aku Keliru!- Nurul Syahida

12/8/14


Buku Prima
Nurul Syahida
S/M: RM27.90
SS: RM30.90

SINOPSIS

~ Teori dan praktikal dalam hubungan adalah dua benda yang berbeza.

Semuanya bagaikan sudah selesai. Si novelis kembali pada lelaki berambut merah itu. Bahagia selama-lamanya. Oh tidak sekali-sekali. Ada banyak yang Safiah perlu sedar. Menerima lelaki yang aneh seperti Roul sebagai kekasihnya memerlukan komitmen dan kesabaran. Menerima khabar tentang perkahwinan rakan karibnya memerlukan kekuatan dan kesedaran. Dan apabila dia berkenalan dengan Zaniel dan melihat sendiri hidup teman serumahnya Masni semakin lama semakin tenggelam, Safiah sedar realiti dan fantasi di sebalik ‘bahagia selama-lamanya’ dalam novel tidak sama. Pertama kali dia tidak pasti adakah dia sudah bersedia untuk melepaskan sahabat karibnya yang ingin melangkah ke dunia perkahwinan, adakah dia masih boleh menjadi insan sarkastik dan selamba seperti dulu, dan sama ada Roul memang pilihan yang tepat dalam hidupnya.

"Awak pun tahu bezanya," katanya. 
"Beza apa?"
"Sesuatu yang awak perlukan berbanding sesuatu yang awak inginkan." - Zaniel

"Ini bukan novel. Aku bukan damsel in distress yang perlukan lelaki kaya raya untuk selamatkan aku. Aku bukan perempuan clumsy yang bertemu lelaki gila-gila dan akan hidup bahagia tak kira macam mana mengarut pun lelaki tu layan aku." - Safiah

"Gua memang tak tahu banyak benda, Lulu. Gua memang tak kaya. Memang tak banyak duit. Memang tak macam lelaki yang mampu didik Lulu jadi isteri solehah. Tapi gua anggap Lulu yang akan ajar gua bab tu. Lulu yang akan tolong gua sebab walaupun tak boleh nak jadi lelaki paling alim dalam dunia untuk Lulu, gua boleh buat banyak benda lain. Gua boleh halang orang dari sakitkan Lulu. Gua boleh jadi tembok untuk Lulu. Biar orang lain belasah gua supaya Lulu tak apa-apa." - Roul



Assalamualaikum and evening loves! ;)


Sini sini datang dekat. Aku cerita pasal novel lagi. Aku belum rangka lagi apa yang nak ditulis untuk topik terbaru aku nanti. Jadi, aku publish pasal novel dulu ya. Untuk yang tak suka novel, shh diam diam. Untuk si kaki novel, mari sini nak cerita. ;)


Baiklah Aku Keliru ni merupakan sambungan bagi novel Akukan Novelis karya Nurul Syahida. Untuk pengetahuan hampa, karya Nurul Syahida semuanya memang menggetarkan dada sebab novel beliau memang unpredictable. Jadi sewaktu aku baca Aku Keliru aku takut endingnya twist dan aku sangat bimbang kalau Safiah berubah hati.


Baik, aku ceritakan watak yang ada dalam novel ni dulu ya. Watak utamanya Safiah si novelis dan Roul si mata merah. Memang Roul kalau seperti yang dihebahkan ialah orang yang kalau kita tengok pasti tak terfikir nak buat laki. Tapi bagi aku, Roul berjaya termasuk dalam carta hero terbaik dalam hati aku. Walaupun dia ni mungkin agresif dan tak sensitif tapi bagi aku dia jugalah yang terbaik. Mungkin dia bukan lelaki yang beketerampilan menarik dan versatile namun, dia ni memang buat orang tertarik. Roul ada aura dia tersendiri. Hehe. Oh ya, dia ada sweet dalam agresif. ;) Itu dia Zairul Bin Ahmad.


Untuk Safiah pula, aku juga sukakan Safiah sebab katanya dia bukan 'semua orang'. Kalau hampa tak faham, hampa memang wajib baca okey! Safiah bukanlah macam watak-watak klise yang selalu ada dalam novel melayu ya. Tapi aku benci bila dia tak suka dengar cakap Roul. Degil. Hihi.. :D Tak ada apa sangat yang aku nak cakapkan untuk Safiah.


Untuk keseluruhan novel, jalan ceritanya memang lebih realistik. Cara penceritaan juga macam Safiah sendiri sedang bercerita kepada kita. Tak bosan dan menarik! Tambah pula dengan watak-watak yang menaikkan lagi aura cerita ni. Tak klise macam: cerita perempuan miskin yang cantik kena kahwin dengan lelaki kacak dan bergaya dan kehidupan huru hara disebabkan tiada cinta di jiwa namun segalanya berubah...... Kehkeh, Aku Keliru bukan yang begini ya! Aku memang mengagumi karya Nurul Syahida yang lebih real, kelakar, menarik etc.


Jadi, overall iolss kasi 4.8/5 untuk novel ni penangan Roul. Kehkeh. Oh ya, novel ni masih baru dan insyaAllah tak rugi baca. Percayalah. Susunan plot yang menarik. Teruskan hasilkan karya-karya yang baik kak Syai. :) Tahniah!


P/S: Untuk Firma, congrats. Bangga sama hang. Moga terus menjadi insan yang membanggakan. Apa-apa pun syukur pada Dia. :)


Aduhai Hati...

3/8/14




Assalamualaikum...


Kenapa aku suka sangat update time tengah malam buta ya? Kihkih. Suka sangat share bedtime story. Saja. Sebab siang siang otak beku. Macam dibekukan oleh Queen Elsa. Hihi. ;) Oh ya, sebelum itu entry ini bukan pasal cinta cinta ya. Ini pasal lain. Jadi tak perlu ambil baldi untuk bekalan muntah.


Eh, sebelum tu juga aku nak ucap selamat hari raya maaf zahir dan batin andai ada penulisan aku di blog yang menyinggung mana-mana pihak. Kalau ada tindakan aku yang buat sesiapa terasa hati. Maaf ya. :')


Jadi sekarang nak cerita pasal hati. Hati aku ni pelik. Mungkin juga hampa pun punya hati yang pelik macam aku. Hati aku ni dia macam boleh rasa something yang akan berlaku. Sama ada hal kecil atau besar. Contohnya aku nak dapat result tak best, aku dapat rasa. Kucing aku nak sakit dan aku menangis macam nak gila lepas tu meraung telefon mak sampai mak ingat jadi apa-apa dekat aku di rumah, aku dapat rasa sebelum kejadian tu. Aku nak kena marah dengan sesiapa, aku dapat rasa. Abang aku accident tapi tak teruk mana, aku dapat rasa.


Aduhaiii.. Itu yang buat aku bimbang. Kadang kadang hati tu rasa macam nak melompat keluar sebab nak bagi tanda akan jadinya sesuatu. Bimbang betul hati. Itu nama dia susah hati. Yang dia dapat rasa tu pastinya benda yang aku tak nak jadi. Kenapa tak rasa pulak benda-benda yang nak bagi aku happy? Kan best kan kalau dapat rasa 'oh, ini pasti tak lama lagi aku akan mengalami keseronokan melampau!' Ini tidak.


Haih, cuma mampu doa pada Dia supaya tak ada benda benda yang aku tak mahu berlaku. Moga semuanya baik baik saja. Hati, moga kau tenteram. Jangan susahkan aku. Kau main peranan besar. Jadi, please chill dan duduk diam-diam bertafakur ingat Tuhan. Faham? Herh..


Selamat malam. --.-- Zzz.

Perlukah Ceritakan Kebahagiaan Kita Pada Orang Lain?

20/7/14




Assalamualaikum...


Wah.. Sudah dua minggu juga rasanya kan tak update blog. Hehe, mungkin sibuk? Tapi tiap-tiap hari pasti akan usha blog. Tak apa, nanti dah habis exam kita boleh active blogging sampai biru muka. Hehe..


Okeylah. Sini aku nak cerita sikit. Aku selalu berdepan dengan orang-orang yang tiada rasa bersalah. Tak pernah nak fikir apa yang dia buat tu salah. Begini contohnya, seseorang itu dia selalu sangat ceritakan rasa bahagia dia pada orang lain. Aku itu, aku ini. Okey, aku rasa tak salah nak share rasa happy kita pada orang lain kan. Tapi aku tak sokong kalau someone tu dia ceritakan happiness dia pada orang yang tak ada apa yang dia rasa tu. Baik, sini aku bagi contoh.


Budak A: Wey, aku dapat A! Yey yey! Syukurrrr... Syukurrrr.... -bangga-
Budak B: Oh ya ke? Pandainya hang.. Tahniah.. Aku dapat B saja. :)

Insan A: Aku dah kahwin. Kau bila pulak?
Insan B: Hehe... Belum ada jodoh...

Si Sihat Walafiat: Huih, syukur aku tak ada kencing manis, darang tinggi, sakit jantung.. Kalau tak, tak boleh aku nak bayangkan!
Si Penghidap Penyakit: Elok lah tu. Jaga elok-elok.. 

Isteri A: I sedih sangat tengok suami I tu. Jarang sangat nak balik rumah. Kalau balik pun asyik nak maki maki I dengan anak-anak.
Isteri B: Eh, kejamnya suami you! Suami I tak ada lah pulak macam tu. Romantik pulak tu! Semua kerja rumah dia tak bagi I buat. Semua dia tolong buat walaupun hari kerja! Tak pernah lah nak maki maki I. Loving sangat tau suami I! 

Pelajar A: Wey aku dapat nombor 4.... :(
Pelajar B: Okey lah tu.. Aku dapat nombor 10.
Pelajar A: Huiiiiii!! Hang lagi terukkk
Pelajar B: Itulah... 

Dah nampak kan situasinya bagaimana? Memang ada kan orang-orang begini. Kenapa perlu macam itu ya? Orang selalu kata, jangan cerita sihat kita kepada orang sakit, jangan persoalkan jodoh orang lain yang belum tiba, jangan cerita bijak kita kepada yang kurang, jangan cerita kayanya kita pada yang tak punya.


Memang si pendengar kebahagiaan kita tu macam tak ada apa. Macam turut gembira dengar cerita kita. Tapi siapa tahu dalam hati dia apa yang dia pendam kan? Ada juga spesies yang macam yang last sekali tu. Makin men'down'kan orang lain. Yang pelajar B tu tak ada lah nak kata dia terasa tapi siapa tahu kan? Kita tahu kan orang lain sedang sedih? Tapi kenapa suka bagi dia makin sedih? Tak ada rasa bersalah kah? Kurang matang sangatkah fikiran kita untuk fikir perasaan orang lain?


Selaser laser mulut aku, aku cuba untuk tak burukkan lagi keadaan orang lain. Aku cuba untuk tak sentuh kecewa orang lain. Aku cuba untuk tak gali luka hati insan lain yang dah cukup terluka. Aku cuba untuk tak toreh jiwa orang lain yang sengsara. Tak sukar sebenarnya. Hanya perlu guna hati untuk rasa apa yang dia rasa.


Tak kena bayar duit. Cuma perlu sentuh secebis hati kita untuk rasa perasaan dia. :)


Ilal liqa'.

REVIEW: Mederma Untuk Hilangkan Parut

5/7/14






Assalamualaikum...


Salam Ramadhan loves! Wah, sekejap saja dah ramadhan yang ke 7. :) Hati aku sekarang ni pulak makin terasa kacau sebab dah dekat sangat nak exam. Moga dapat buat yang terbaik. Okeylah, sini aku nak cerita dekat loves semua!


Haritu aku ada terkena penyakit gatal-gatal. Doktor kata kemungkinannya kena dengan kutu kucing. Aduh, betul lah tu agaknya. Masa musim panas hari tu kucing aku banyak sangat kutunya. Macam membiak secara berjemaah pula. Aku pulak jenis suka mencari and suka matikan kutu sebab seronok dengar bunyi dia. Bengong betul kans? Kehkeh. Lepas tu kena marah dengan ayah aku. XD


Memang rasa nak mengamuk ngamuk jugalah bila kena gatal-gatal tu. Dia tumbuh segala bintik-bintik timbul colour merah. Siapa pernah kena, tahulah azabnya.. >.< Macam-macam lah aku buat. Sapu cecair dettol lah apa tapi makin banyak pula tumbuh. Last last mak bawak pergi cucuk dekat klinik. Sepatutnya kena cucuk 5 kali tapi aku pergi tiga kali saja. Tak kuasa nak pergi banyak kali. 


Alhamdulillah, sekarang dah tak tumbuh baru. Kucing-kucing aku pun dah di'spray' dengan ubat kutu. Matilah kau kutu~~~ Tapi cumanya, tinggallah parut parut huduzz yang tidak diingini. Kat muka pun ada juga. Tapi nasib baik tak berapa banyak.


Jadi, penyelesaiannya aku guna mederma gel for scars ini lah. Kalau parut baru-baru macam aku ni, memang cepat juga hilangnya. Kena pakai dua kali sehari ya. Aku beli harganya 30 ringgit lebih. Sikit. Tapi puas hati juga bila nampak parut semakin menghilang. Mulanya aku pakai dekat tangan, kaki semua tapi memandangkan benda ni sikit saja, kopaklah aku kalau asyik habis. Maka, aku pakai dekat muka dan leher sahaja dulu...


Untuk parut lama pun aku ada gunakan jugak, memang semakin memudar. Dah tak sejelas dulu lagi. Jadi, siapa ada masalah parut, bolehlah guna. InsyaAllah, berkesan. Cuma memang kena rajin. Dan ikutlah dia kata dua kali sehari. Kalau tak rajin, sapu pun sekali seminggu saja, macam mana nak hilang kan? And, aku suka gel ni sebab cepat meresap dan tak tinggal rasa melekit atau berminyak.


Lastly, gel ni jugak kena jimat-jimat lah kalau guna sebab sikit sangat and harga pulak mencekik. Tapi tak kisahlah kan, kita nak elok balik rela lah eyh beli lagi kalau habis cepat. Hihihi...


Itu sahaja.. Ilal liqa'! ;)

Mimpi

2/7/14




Assalamualaikum, salam ramadhan loves!


Wah, rindu! Agak lama juga aku tak update blog ya? Mungkin sibuk atau mungkin tiada mood? Hehe, apa-apa sahaja lah. Tapi hari ni, aku nak update! Oh sebelum tu, terima kasih kepada yang masih sudi-sudi melawat ke sini ya! Aku tak dapat balas dengan sesuatu yang besar melainkan ucapan jutaan terima kasih! :)


Oh ya, kita semua selalu bermimpi. Kadang-kadang apa yang kita mimpi tu tak lama melekat di kepala kan? Kalau mimpi yang tak berapa nak indah tu, syukur lah tak ingat lama. Tapi kalau mimpi yang indah indah, hailaaa terasa macam nak sedih seminggu.


Mungkin entry aku kali ni aku nak buat ringkas-ringkas sahaja. Aku tak punya banyak masa nak menaip panjang-panjang. T.T Baik, kalau kita mimpi yang indah indah, bila jaga mohonlah pada Dia agar jadi nyata. Bila kita mimpi yang buruk, pintalah pada Dia agar jauhkan segala itu daripada benar-benar terjadi.


Apa-apa pun, harus sentiasa minta pada Dia agar semuanya baik-baik saja. Mungkin akan ada ujian satu dua, tapi apapun tabahkan hati kita jua! Tiada yang lebih baik daripada perancangan Dia. Tapi moga Dia beri yang bahagia. Amin... :)


❤love note❤: Minta pada loves sekalian moga telekung aku cepat sampai di depan rumah ya? Hehe.. Nanti kalau bagus, kita update di sini! :D Oh, doakan juga untuk PT3 aku. Pray for my success eyh? Syukran jazilan. ;)

Pabila Diri Merasa "Aku Sahaja Yang Betul"


20/6/14




Assalamualaikum...


Hai loves.. Orang selalu cakap bahawa kata-kata yang kita lemparkan itu lebih tajam daripada pisau. Kata-kata yang menyakitkan itu susah nak sembuh dan dilupakan macam itu sahaja. Kalau luka terkena benda tajam, pasti boleh sembuh dan kembali seperti sediakala. Namun, jika hati yang sakit dan terluka kerana kata-kata, pastinya amat susah untuk sembuh dan boleh jadi tidak akan sembuh sampai bila-bila.


Kadang-kadang, bila kita lemparkan kata-kata, kita terlupa yang kata-kata kita itu menyakitkan orang lain. Tapi bila orang itu marah, kita melenting pula. Kita marahkan dia kembali sebab kita rasa tiada apa yang perlu pihak di sebelah sana untuk diambil hati.


Aku sangat sangat kesal dengan orang begini. Rasa diri sendiri sahaja yang betul. Bila orang lain marah dan tak suka kepada kita, kita asyik persoalkan dan fikir orang itu yang jahat dan bersalah. Orang itu yang panas baran. Orang itu yang kurang ajar. Padahal, kita lupa tentang diri kita. Pernah fikir tak di mana silapnya jika orang lain marah dan tak senang dengan kita? Pernah muhasabah diri sendiri ataupun tidak?


Pasti akan salahkan orang lain juga padahal terlalu ego untuk mengaku silap sendiri. Tolonglah sayang, bila mahu bercakap fikir dahulu. Bukan bercakap dahulu sebelum berfikir. Padah diri sendiri nanti! Tolong fikir juga hati orang lain. Orang lain tak akan marahkan kita tak tentu pasal kalau bukan kita yang 'cuit' dahulu kan?


 Jangan terlalu merasa ego untuk mengaku dan fikirkan salah sendiri.
 Jangan terlalu merasa diri kita sahaja yang betul.
 Jangan terlalu merasa kita lebih berhak untuk dihormati walaupun kita salah.
 Jangan terlalu merasa kita sahaja yang berada pada pihak yang benar.
 Jangan terlalu merasa diri kita tidak pernah salah.
 Jangan terlalu merasa kita terlalu tinggi daripada orang lain.
 Jangan terlalu merasa semua orang lain adalah dusta.
 Jangan terlalu merasa kita sahaja yang baik.
 Jangan terlalu merasa kata-kata kita sentiasa benar.
 Jangan terlalu merasa orang lain tidak simpan apa yang kita katakan.
 Jangan terlalu merasa kita tak pernah lukakan perasaan orang lain.
 Jangan terlalu merasa hati kita sahaja yang harus dijaga.


Ingatlah sayang, muhasabah diri. Mengapa orang tidak menyukai kita. Mengapa orang tidak hormat dengan kita. Mengapa orang tidak senang dan sentiasa marah kepada kita. Sebenarnya, semua itu berpunca daripada diri kita sendiri. Fikir lebih dari biasa, pasti ada jawapan yang tidak dijangka. :)


Tolong juga jaga lidah dan juga jaga hati insan lain. Orang lain juga terluka kerana sikap kita yang merasa kita sahaja yang betul. Kata-kata kita, fikirkan dahulu sebelum dilontarkan. Tegur dengan berhemah jika kita merasa ada kesalahan dalam diri seseorang. Jangan kita keluarkan suatu kata-kata yang boleh merobek jiwa orang lain. Luka insan itu nanti, siapa tahu dapat memakan diri kita sendiri?  Justeru, janganlah kita menyalahkan orang lain andai suatu hari nanti, kita tidak akan dihormati sebagai seorang yang sebenarnya wajib dihormati. (:


P/S: Aku sangat kecewa dengan golongan begini. Sangat berharap agar mereka seperti ini tersedar. Tidak betah lagi menahan apabila melihat orang lain yang dipersalahkan atas kesalahan diri mereka sendiri...



Novel Pabila Romeo VS Juliet -SWEET-

13/6/14



Assalamualaikum...


Wah.. Ketaq ketaq jari tau ni bila nak buat review novel! Dah lama sangat ha aku tak review mereview ni kens.. Hah, aku kembali lagi sekarang untuk buat review novel Pabila Romeo VS Juliet! :D


Karya Seni
E-Man Sufi
SM: RM21.00
S/S: RM24.00


SINOPSIS

AWATIFpengawas sekolah merangkap anak pengetua itu tidak pernah tahu bahawa seorang pelajar tingkatan enam yang sering datang lewat ke sekolah, pernah ditangkap merokok olehnya rupa-rupanya tunangannya sejak kecil.
AYYAD, si romeo yang sudah lama tahu akan hakikat itu pelik dengan Awatif yang tidak pernah tertarik dengan ketampanannya sebagaimana pelajar-pelajar perempuan lain.
“Awatif... Kau kalau syok kat aku cakap ajalah... Tak payah buat-buat cerita aku campak kucing pula... Cakap ajalah terus terang... Abang Ayyad... Sudikah jadi Romeo dalam hati saya… Please! Please! Hari-hari saya terkenangkan Abang Ayyad tau... Makan tak kenyang, mandi tak basah... Dah macam Juliet yang rindukan Romeonya, tolonglah bercinta dengan saya.”-Ayyad Zahari
“Lelaki perasan! Tak kuasa saya nak jadi Juliet awak!” –AWATIF SULAIMAN
Masa berlalu, mendewasakan kedua-duanya. Ayyad ke Australia, Awatif di Malaysia. Ayyad pulang ke Malaysia, Awatif pula terbang ke Jordan. Namun tidak pernah watak pembulinya itu dilupakan. Balik sahaja ke tanah air...
“Atif sebenarnya dah lama jadi tunang orang...” - KHADIJAH, umi Awatif.
“Errr… Atif kenal ke? Siapa tunang Atif tu?” – AWATIF
“Abang Ayyad kaulah.” – KHADIJAH, umi Awatif.
“Oh My Allah! Dia ke tunang aku? Tidak!” -AWATIF
Ayyad yang pancitkan tayar basikalnya... Ayyad yang pernah baling kucing kepadanya  waktu keluar tandas... Ayyad yang letak gam dalam kasut sekolahnya... ialah tunangannya!
Macam mana mereka nak hidup bersama kalau seorang takut kucing, seorang suka kucing? Macam mana nak jadi Romeo dan Juliet kalau seorang pencinta mi kari dan seorang lagi benci mi kari?
Dapatkah serasi dipupuk pabila Romeo VS dengan Juliet? 



Haa, tertarik tak bila baca sinopsis dia? Boleh nampak sangat yang Ayyad tu nakal Ya Rabbi kan! Sengaja tau Ayyad tu! Hahaha... Aku baca novel sampai pukul 4 pagi lebih tau semalam! Ya lah, bila abang-abang tak tidur bolehlah kita join sekaki tidur lewat. Kalau tidak, tak beranilah nak tidur lewat-lewat! Mihmih.. XD


Novel ni aku beli sejak bulan 2 hari tu tapi aku stop baca sekejap sampailah semalam baru aku start baca kembali and rasa seronok pulak baca si cerita si Awatif dengan si Ayyad ni hah! Okeylah, novel ini sebenarnya pengakhiran untuk novel trilogi E-man Sufi.


Novel Suami Yang Kubenci, Hikayat Cinta Si Pematah Hati, Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan novel Pabila VS Juliet kesemuanya ada kaitan antara satu sama lain. Aku suka aku suka! Menarik tau! Sekarang aku belum ada SYK dan HCSPH lagi, tapi insyaAllah, coming soon! Hehehe..


Baik, sekarang aku ceritakan apa yang seronok dari segi keseluruhan novel dulu ya? Okey, untuk permulaan dia aku tengok alahai kesiannya Awatif ni hah, asyik kena buli saja. Ayyad pulak buat macam bagus sangat. Hehe, tapi sengaja ja lah si Ayyad tu mengusik Awatif. Sebab bagi dia, kebahagiaan tu bila tengok Awatif marah! Suka sangat macam heaven sangat dunia tau uolls bila Awatif marah. Mereng agaknya Ayyad ni ya? Hahahaha...


Mereka berdua ni sebenarnya sudah pun ditunangkan sejak kecil. Ewah-ewah kelassss... Memanglah Awatif tak tahu pun yang dia nak dinikahkan dengan si Ayyad yang suka cari gaduh dengan dia tu. Tapi bila dia dah tahu, tak adalah istilah 'kahwin paksa' sangat bagi dia. Dia rela lah jugak katanya.. Kehkeh, baik betul Awatif ni. Redha ketentuan Ilahi ya? Ayyad pulak on saja! Jadi di sini, tak ada lah cerita kahwin paksa yang over mengada-ngada. XD


Mereka berdua ni juga tak ada lah nak tidur sorang bilik lain, sorang bilik lain ke hapa. Happy je aku tengok depa ni! Bila dah kahwin, asyik sweet-sweet ja! Awatif kalau marah pun tak adalah gedik sangat! Ayyad memang romeo yang gatal habis! Itu yang Awatif marah tu! Tapi bagi Ayyad, Awatif seorang lah permaisuri hati dia. Tak ada yang lain. Kekekeke..


Oh, untuk watak Ayyad. Dia ni mestilah handsome tujuh petala langit! Semua boleh cayaq tengok dia. Tapi malangnya, mengaji pun tak pandai. Bangun solat pun liat. Kahkahkah! Awatif jugalah yang kena ajarkan.. Malu jugalah Ayyad ni dibuatnya. Dia ini seorang pencinta kucing yang tegar! Ayyad juga tak boleh blah nya dipanggil 'manja' bila dirumah! Playboy memang di rumah macam ni ya? Hahahaha..


Untuk Awatif pula, dia ni masyaAllah baik hati betul. Bahagia lah si lakinya bila dapat Awatif ni jadi bini. Baik, penyabar, lemah lembut. Dia kalau marah, pasti dia akan fikir macam mana nak bagi Ayyad sedar kesalahan sendiri! Aku suka tengok Awatif ni tapi aku tak gemor part dia takut kucing. Alah, tak best lah sorang suka kucing sorang tak suka kucing! Tapi tak mengapa, nanti dia adalah suka 'monster' seekor nuh..


Baik, aku bagi novel ni 4.3/5! Tip top juga tau isi novel ni! Senyum aja sepanjang aku baca novel ni malam tadi. Memang sweet! Tahniah untuk penulis E-man Sufi yang tak pernah mengecewakan bila menulis. Tambah-tambah BKATC. Huwaaa! InsyaAllah akan kumpul juga lagi dua novel nanti! Okey, uolls try lah beli novel E-man Sufi ni, mesti nak cari juga novel yang lain hasil penulisan beliau tau!


Okey, selesai sudah review panjang berjela daripada aku. Malas juga lah tu nak membacanya kan! Terima kasih sudi tengok review ini! Jemput tengok review yang lain di SINI. :)


Syukran jazilan, ilal liqa'~!

Fakta Anak Bongsu

7/6/14




Assalamualaikum and hai loves!


Wah, rindu sebenarnya nak menaip macam dulu tapi idea kering kontang. Nak letak cerpen rasa malas pula nak siapkan. Hehehe.. Semenjak cuti ni lain macam pulak kosong otaknya. Mungkin sebab tak diaktifkan agaknya kan..


Apa-apapun, jom aku kongsikan beberapa fakta yang mungkin ada pada anak bongsu!


  •    Anak manja emak

Setuju juga lah dengan yang ini.. Memang sentiasa kena ada emak. Bila dengar cerita mak nak pergi haji tahun ni, dah terbayang-bayang macam mana lah nak hidup.. Huahuahua.. Dulu aku pernah menangis seharian sebab mak aku pergi KL. Aku mengamuk betul masa tu. Sebab aku mana boleh hidup tanpa mak.. And aku pernah habaq dekat mak 'saya boleh mati tau bila mak tak dak!'. Haha. -.-


  •    Tak pandai pujuk

Tak pandai pujuk orang. Betul sangat. Aku memang tak pandai pujuk. Kang kalau pujuk, yang merajuk tu makin merajuk ada lah agaknya.. Kadang-kadang kalau ada orang yang merajuk dengan aku, aku memang tak akan pujuk. Merajuk lah hang. Tak adanya aku nak manja-manjakan hang pujuk pujuk bagai. Hihi, kedengaran kejam eyh? :P


  •    Setia

Maaf, belum ada statement aku untuk ini. DENG!


  •    Berpegang pada kata-kata

Hmm, yang ini aku kena fikir betul-betul. Aku tak berani nak kata yang aku ni berpegang pada kata-kata lah sangat kanz.. Hihi. Mungkin hampa ya? :)


  •    Hati lembut

Nampak garang tapi hati lembut. Perangai tak boleh ditegur. Hah, betul sangat lah tu.. Memang ramai yang kata aku garang. Bila tanya orang 'wey, aku garang ka?' 'garang!!'. Apalah yang garang sangat tu agaknya ya? Tapi betul macam yang dikata, hati lembut dan tak boleh ditegur. Nanti mulalah nak bebal bagai. Haih, nak buat macam mana lah.. Loves sekalian yang anak bongsu, macam ni jugak tak?


  •    Suka buat kerja/hal sendiri

Yang ini pun mengena dengan aku! Memang malas lah aku nak sibuk-sibuk pasal hal orang lain. Buat kerja sendiri lagi bagus tapi ada juga lah yang tak puas hati bila aku buat kerja sendiri ni. Kikiki... :D


  •    Pemaaf dan caring

Sangat pemaaf dan caring. Tapi jangan buat dia marah, nanti faham sendirilah anginnya.. - Untuk aku, aku boleh saja maafkan orang tapi harus kena dengan caranya lah. Aku juga boleh rasa macam nak dendam ja dengan orang yang buat aku panas. Heh, bahaya juga kan? Caring? Bolehlah juga rasanya.. Mungkin pada tahap sederhana? -wink- Ya, jangan 'cuit' aku. Mudah sangat nak meletupnya ni..


  •    Nampak sombong tapi peramah

Prinsip anak bongsu, selagi seseorang tak tegur dulu, selagi itulah dia tak akan tegur orang tu. Tapi sekali dah ngam, baru tahu macam mana! Sangat betul. Pergi mana-mana pun orang suka ingat aku sombong sebab aku memang tak pandai nak tegur-menegur orang lain dulu. Tapi bila dah rapat dengan aku, penatlah orang tu nak melayan aku. Aku dengan sesiapa yang rapat, mesti aku lah yang banyak ceritanya. Orang lain pun malas dan penat nak dengar dah. Hahaha...


***


Haa jadi, ada tak yang sama dengan apa yang aku tulis di atas? Marilah kongsi dengan aku pasal kita-kita si anak bongsu ni. Kalau bukan anak bongsu pun, bolehlah share sama pasal adik ke anak ke yang anak bongsu! 


Loves, doakan aku pulih dari segala macam penyakit ya! Aduh, penat juga nak melayan penyakit pelik-pelik ni haih.. Tak boleh diterima betul. Sabar ja lah... T.T


Ilal liqa' loves. :-D


Waduh, teruknya diri sendiri!

26/5/14




Assalamualaikum~~


Sengaja ambil feeling menaip malam-malam macam sekarang sebab dah tahu tak akan dapat update entry siang hari. Sibuk sangat kekununs dengan exam dan struggle nak study.. Hoho, exam aku belum habis. Esok last. Paper yang paling dibimbangi, Mathematics. Doakan agar aku mudah jawab paper esok dan dilapangkan dada dan tak lupa apa yang dah aku ulangkaji ya?


Ya, rasa teruk sangat dengan diri sendiri sebab tahun ini sangat sedikit entry yang ditaip. Sebulan mungkin tak sampai 10 entry. Kenapa entah lah Niena Reen hoih.. Rasa nak luku kepala sendiri pun ada juga! Kehkeh.


Tapi itulah, entah kenapa sekarang ni macam tiada apa yang nak diupdate. Sekarang ini pun update juga entry santai sebab tak mahu loves muntah bila setiap kali masuk blog aku, entry tak berubah-ubah.. Jadi, cubalah juga bagi nampak blog ini masih ada tuannya.. Hihi.. :)


Kadang-kadang bila aku menulis entry, aku rasa macam tak yakin and then akhirnya aku 'bakulsampahkan' lah entry itu.. Sebab rasa tak penting dan rasa tak menarik langsung. Macamlah entry sekarang bagus sangat. XD


Jadi, itulah dia serba sedikit yang aku dapat muntahkan sekarang ni. Jam sekarang sudah pukul 2 pagi. Esok nak ke sekolah ni. So, beta sudah mahu beradu sekarang. Doakan segalanya berjalan dengan lancar dan baik untuk beta ya. Oh ya, doakan juga supaya gatal-gatal kulit beta beransur pulih dengan segera. Dah seminggu lebih begini.. Kasihan kulit beta sekarang sedang mengelupas.


Huish, dah semakin mengarut. Sampai di sini dulu ya loves sekalian! Ilal Liqa'! Sentiasa love semua.. :)

Usah Pertikai Urusan Allah Sayang

14/5/14





Assalamualaikum dan evening loves!


Love, how are you? Rasa macam jauh sebentar daripada blog walaupun hari-hari buka blog sebab lama tak update. Huhu, otak tak dapat berfungsi dengan baik.


Everyone, akan ada dugaan. Everybody, akan berasa sedih pada satu ketika. Tiada siapa yang bahagia sepanjang hidupnya. Biasa sangat dengar kan yang orang kata, Allah gives us ujian itu untuk bagi kita dekat denganNya. Tapi, kadang kala kita ini makin diberi ujian, makin galak menyalahkan Ilahi. Astaghfirullah...



Kita ini hamba, tak pernah rasa bersyukur. Kita ini hamba, tak pernah mahu menyelak tabir hikmah. Kita ini hamba, hanya mahu kegembiraan. Kita ini hamba, bila diberi ujian terus melenting. Kita ini hamba, selalu pertikaikan urusan Allah.


Tahu kenapa Allah sentiasa beri kita ujian? Kerana Dia mahu kita mohon pada Dia untuk bantu kita selesaikan masalah kita. Semakin banyak kita menyalahkan Allah, pasti semakin banyak ujian menimpa kita. Kenapa kita perlu salahkan Dia? Sedangkan apa yang berlaku itu untuk diri kita buka mata seluas pandangan untuk lihat apa sebenarnya hikmahnya. Adakah kita ini sebenarnya cukup baik sebagai hamba? Adakah kita ni sebenarnya sering terleka dan alpa?


Ini semua untuk diri aku juga. Sama sahaja aku pun kadang-kadang terhasut dek syaitan durjana yang memaksa untuk aku pertikaikan kenapa harus aku diberi ujian seberat itu. Tapi percaya cakap aku, kalau kita berserah padaNya insyaAllah ada jalan untuk masalah kita. Jika terlewat, jangan bersangka buruk sayang. Aku pernah juga lalui macam-macam dan aku boleh katakan bila aku percaya pada Allah dan bergantung pada Allah, Dia pasti akan tolong hambaNya.


Macam yang aku selalu cakap, Allah tak akan biarkan hambaNya menangis. Jika kita tak mahu menangis, kenalah percaya pada Dia. Tahu, sayang? Akhir sekali, berdoalah agar Dia akan aturkan yang baik-baik untuk kita. Tapi jika diberi ujian, pasti ada yang baik-baik juga disebalik semua itu. Dia hanya nak tengok betulkah kita percaya pada Dia. Ya? :)


::❤Love Note❤:: Oh, macam biasa aku nak menagih doa daripada loves sekalian boleh? Kalau sudilah ya? Hehe.. Doakan yang terbaik untuk aku minggu depan. Next week aku exam. Nak bagi mak and dad lebih happy ni! Moga Niena lakukan lebih baik, Amin.... :DD


Ilal, Liqa... ;) 


"Apa? Nak Kahwin?"

5/5/14





Assalamualaikum and heyy loves! ;)


Aku selalu rasa bersalah dengan mak. Dan aku jugak selalu rasa geram dengan mak. Hehe, semua itu sebab mak is my everything dunia wal akhirat. -wink-

Today dalam suasana syahdu dengan bunyi hujan yang jatuh ke bumi, aku nak cerita something dengan hampa.. Hehe. Kadang-kadang aku rasa geram betul dengan mak. Bukanlah geram rasa nak berperang dengan mak ke hapa tapi geram-geram gitu. Hope faham. XD


Me: Mak--

Mom: Apa? Nak kahwin? Boleh je aku tolong masuk meminang.




Mak was like:


While me was like:




Hahaha. Actually, iolls tak sempat nak habis cakap lagi mak dah cakap macam tu. Selalu sangat Geram betul. Tak terlintas langsung lah kita nak cakap pasal kahwin. Ada saja mak ni.


Kawan aku pon pernah cerita dengan aku. Masa tu dia nak minta restu dengan ayah dia sebab nak masuk exam, then her dad said 'minta restu nak kahwin ka?'. Haha, kenapa orang tua suka usik budak-budak kata nak kahwin. Halamak, kesian weolls kans.



Aku yakin bukan aku saja yang selalu kena macam ni, mesti hampa pun pernah lalui situasi yang sama kan? Apa reaction uolls? Adakah:

"A'ah, jom kita pergi meminang sekarang!"

"Yessss, mak! Mak carikan calon untuk kita, kita nak kahwin sekarang jugak ni!"

atau bagaimana? :D


drop your comment belowww okeng loves?


LOVE NOTE: Sorry berguni-guni, berbaldi-baldi, bertimba-timba untuk sesiapa yang tag aku untuk liebster award tu, aku belum ada masa untuk jawab. Memang teringin sangat nak jawab soalan hampa tapi aku ni agak sibuk dan tak ada masa yang sesuai sebenarnya.. Kalau ada ruang, aku akan jawab InsyaAllah...


Rasa Bersalah

1/5/14






Assalamualaikum and hello loves!~


Happy May day everybody. Moga bulan ini jadi lebih baik untuk kita semua, insyaAllah.. So yeah kita semua pernah rasa bersalah. And aku rasa bersalah dengan parents aku especially mak. :'(


My parents bagi hadiah for my so-so result exam. Nak kata bagus sangat tu idak lah rasanya. Dapat nombor beberapa di atas and my parents were so glad and hoping I will do lagi baik next time. When I told mak yang iolls tak dapat A untuk some targeted subjects, mak just said 'tak apa lah tu. nanti exam lain buatlah elok-elok.' And mak said Alhamdulillah when I told her dapat nombor sekian sekian even bukan nombor satu tapi bawah sikit dari nombor satu. Hehe. >.<


Mak never scold me when I don't get many A's in exam. Masa primary school aku pernah fail and mak tak marah and mak keep encourage me untuk bangun and buktikan yang I can do it no matter what. And yes I did it. I'm very grateful for that.


Sebab mak tak marah, I keep trying to do the best. Sebab mak tak marah, I keep hoping that I will make mak proud of me. Sebab mak tak marah, I keep praying to Allah that He will help me to make my mom and dad happy. 


Because....


Aku tahu walaupun mak tak marah she wants me untuk buat yang terbaik and jadi yang terbaik. Aku tahu dalam hati mak jugak nak aku dapat straight A. Mak tak marah itu bukan tiket untuk aku buat sambil lewa. Mak tak marah itu bukan bermakna mak tak kisah. Mak tak marah itu bukan untuk aku rasa selesa dengan apa yang aku dapat sekarang. Bukan.


Mak tak marah sebab mak nak aku jadi yang lebih baik dan mak nak aku sedar sendiri serta mak nak aku tahu apa yang patut aku buat. :')


I'm very grateful sebab ada mak yang tak terus menyalahkan aku kalau terjadi apa-apa. And I'm feeling guilty sebab aku tak mampu nak jadi yang terbaik untuk mom and dad. Aku hanya mampu jadi yang sederhana tapi aku tetap berdoa padaNya agar aku ada kekuatan untuk jadi lebih baik walaupun bukan yang terbaik. I'm sorry mom and dad for who I am. T.T


Hadoii emosional Mei lah pulak ya. Entah kenapa entah bila terfikir pasal ni kalau aku feeling lebih sikit ni mesti air mata jatuh berjurai-jurai. Hmmh. Ya Allah...


So loves, tolong doakan aku supaya dapat bahagiakan everyone yang letak harapan dekat aku ya? And yes, aku pon tetap akan doakan untuk loves sekalian jugak. Moga hidup kita ini dapat bahagiakan sesiapa sahaja walaupun hanya secebis kerana itu yang kita mampu untuk lihat senyuman mereka. :)


Makan Berbunyi

25/4/14






Assalamualaikum...


Halamak kenapa dengan aku? Jarang sangat nak update blog sekarang ni. Sebulan tak sampai 10 entry pon. Uh, feel bad dengan diri sendiri. Okey. -.-


Jadi, aku ada cerita. Semua orang suka makan. Salah satu hobi yang sangat popular dengan kita semua is menguyah. Kan kan? Suka makan and suka mengunyah tu rasanya okey lagi. Tak mengapalah kan.. Tapi kalau tengah makan tu...


Cap cap cap cap cap. Cuap cuap cuap cuap. Pap pap pap.


Hulamak... Panas telinga iolls tau bila dengar orang makan berdecip ni. Haih rasa nak tampor je mulutnya tu haih. Nak makan tu tak salah dan mungkin bila tengah lapar ke sedap sangat ke memang dah tak ingat apa dah kan.. Tapi, beradablah..


Hormatlah dekat orang lain yang makan dengan kita tu. Orang dengar kita makan berbunyi pun rasa macam nak bernanah telinga tau! Makan tu tutup mulut and kunyah slow-slow. Tak nak lah orang kata ni pengotor pula.


Fikirkan apa yang orang lain rasa bila kita makan berbunyi dan benda tu pun sebenarnya memalukan kita. Jadi, janganlah macam tu lagi ya!


Haa, siapa di sini yang ada pengalaman berjumpa dengan orang-orang yang makan berbunyi ni? Apa perasaan hampa? Ceritakan pada aku di ruangan comment ya! ;)


Syukran Jazillan habibi.. :D

Don't expect too much. It might hurt you.

19/4/14




Assalamualaikum and hai loves. Meh layan quotes yang simple, mudah faham tetapi padat dan memberi seribu makna. :)
















Aku:  Sebenarnya aku lihat mereka yang begitu dekat dengan aku sedang tak sedar bahawa apa yang mereka alami kini belum tentu kekal selamanya hingga hari esok. Aku takut untuk sama-sama bersama mereka untuk yakin bahawa apa yang mereka harapkan akan menjadi kenyataan dan bukan hanya mimpi sementara. Aku takut untuk kecewa dan marah serta sedih kerana apa yang dijangka dan diharapkan tidak menjadi seperti apa yang kita impikan. Aku tak mahu turut bersama mereka melayan bahtera kecewa suatu saat nanti andai mereka menyesal dengan harapan yang mereka telah lakukan.


Just one simple word.
Do Not Expect Too Much#fullstop


p/s: Kenapa emosional pulak rasanya menulis nih? Padahal rasa biasa-biasa saja. Hehe.. Layan ajolah yo sayangs. Heee. Love much much! <3 :p


Mari terjah entry terbaru:


5 Tips Mengelak Bilik Hotel Berhantu

12/4/14




Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu loves!


Haa.. Ada sesuatu yang agak menarik yang nak aku kongsikan hari ni.. Aku tahu ramai yang takut termasuk aku tapi benda ni tetap kena ambil tahu tau! Jom baca!

***


Hampir semua hotel di Malaysia berhantu. Tetapi ada beberapa cara mengurangkan peluang anda berjumpa dengan makhluk ini.

Bukan apa. Seperti anda, makhluk ini juga perlu katil untuk berbaring, cermin untuk bersolek dan sambungan internet untuk emel. Kalau dulu mereka cuma mengetuk bilik, kini mereka sudah pandai mendail telefon anda pada waktu malam.
Apabila anda datang ke bilik mereka dengan 3 anak yang asyik bergaduh, anda yang sebenarnya mengganggu mereka. Gunakan 5 tip hotel di bawah untuk mengurangkan peluang diganggu di hotel sewaktu cuti sekolah bersama anak-anak.


1. Elak resort terpencil

Ada banyak resort di Malaysia yang letaknya tersorok nun jauh di ceruk kampung. Contohnya Resort Tok Senik,Langkawi. Ada juga hotel yang nun jauh di atas bukit seperti First World Hotel di Genting.
Ada resort terpencil di Malaysia yang selalu terjadi kes chalet misteri kerap terbakar. Ada juga tapak markas tentera Jepun pada zaman perang dunia.
Mengapa anda pilih tempat sebegini? Mengapa pula pilih untuk bercuti di kawasan peranginan yang berhantu seperti Genting?
Hotel First World, Genting memang dikatakan berhantu sehingga ia diletak dalam senarai 15 hotel paling berhantu di dunia oleh Yahoo Travel.
Ada lebih 6,000 bilik di sini. Dengan bilik sebanyak ini, dan dengan tetamu yang ramai, anda pastikah yang suara orang bergaduh dari bilik sebelah anda itu suara manusia? Dan bolehkah anda pastikan wanita tua menyapu koridor yang menyapa anda itu bukan hantu ?
Amber Court, Apartmen Ria dan penginapan lain di Genting juga terkenal dengan entiti yang suka mengacau. Bukan apa. Tempat itu tidak baik dan selalu diguna untuk benda tidak baik.

Atas: gambar di dalam iklan
Bawah: gambar sebenar



2. Jaga-jaga dengan hotel bersejarah

Hotel bersejarah adalah hotel yang lebih tua dari moyang anda. Contohnya hotel Cheong Fatt Tze dan E&O di Pulau Pinang serta hotel Majestic di Kuala Lumpur.
Hotel-hotel ini diminati kerana taraf 5 bintang dan gaya kolonialnya. Tapi, usia yang panjang juga menyebabkan bilik-bilik hotel ini menyimpan pelbagai peristiwa dan rahsia — tak kiralah bersejarah atau tragis.
Hotel Majestic contohnya telah ditutup pada tahun 1984 sebelum dinaiktaraf dan dibuka semula selepas tiada penghuni selama 28 tahun.
Sewaktu Jepun kalah perang dunia, ada tentera Jepun yang membunuh diri dengan menusuk pedang mereka ke badan sendiri di hotel ini. Ada juga orang-orang Inggeris yang sangat suka tinggal di sini sehingga mereka meninggal dunia di dalam bilik di hotel.
Sewaktu ia ditutup, kakitangan KTM dikatakan sering melihat kelibat lelaki berpakaian Jepun memandang jauh ke arah jalan melalui tingkap salah satu bilik di situ.

Hotel Majestic- Hotel ternama 5 bintang di Kuala Lumpur

3. Jika bilik penuh, cari saja hotel lain

Peluang anda bertemu si penunggu cukup tinggi jika anda datang ke satu resort dengan tergesa-gesa, tanpa tempahan, pada waktu malam — dan kemudian marah-marah bila diberitahu tiada lagi bilik kosong.
Kerana tidak tahan dengan perangai anda, akhirnya, selepas beberapa minit mengetuk keyboard komputer, staff hotel itu berkata pada anda, “Jika encik tidak kisah, kami ada satu bilik untuk encik.”
Tahniah! Anda baru saja menempah tiket vip untuk berjumpa hantu di bilik nanti.
Di dalam hampir semua hotel, ada bilik yang ditutup untuk tempahan. Kadangkala, bukan satu atau dua bilik. Tapi satu tingkat ditutup untuk tetamu. Bilik-bilik ini selalunya tempat kes ngeri, tempat kerap dijumpai makhluk halus atau tempat di letaknya patung2 keagamaan orang Cina yang di simpan untuk membuang sial atau makhluk halus di hotel.
Jika penyambut tetamu katakan pada anda yang bilik sudah tiada, mengapa pula selepas beberapa minit mengetuk keyboard, dia akhirnya terjumpa dengan bilik kosong?
Anda susahkan dia. Kini giliran anda pula untuk susahkan.


4. Bilik pelik? Minta yang lain.

Tanda awal yang bilik anda dihuni makhluk lain ialah bila anda masuk, bilik anda berbau pelik, berselerak, atau sejuk dari biasa.
Ada juga yang tidak berselerak. Cuma bila anda pertama kali masuk, anda lihat lantai basah seperti ada orang yang baru keluar dari bilik air.
Mungkin bahagian housekeeping kekurangan staff hari itu. Tapi amat jarang bilik diberi tanpa diperiksa dahulu.
Jika anda masuk dan bilik anda berselerak teruk — contohnya selimut di lantai, pintu almari ternganga, atau daun-daun kering berterabur di bilik, jangan tunggu lagi.
Walaupun apa alasan yang diberi pihak hotel, minta bilik lain. Bukan apa, tetamu tak diundang mungkin muncul pada malamnya.




5. Adab Bila Senja

Sebelum senja, ajak anak masuk. Jangan lagi biar mereka mandi-manda dan menjerit-jerit di kolam renang.
Bila tiba senja, tutup saja langsir tingkap dan balkoni. Terutama jika balkoni bilik anda menghadap laut atau pokok-pokok kelapa yang menjulang tinggi.
Memanglah angin laut waktu senja sejuk dan mengasyikkan. Tetapi banyak kes makhluk yang mengacau terbang masuk melalui balkoni.
Ini kisah seorang tetamu sebuah hotel tepi laut seperti yang diceritakan dalam thread mengenai hotel berhantu di forum Cari.

Our room facing the sea. Ada balcony. Memalam nak tido, aku ni tah aper je gi bukak sliding door. Biar open. Angin masuk best je.
 
Tengah aku best renung2 laut and try nak tgk lautan waktu malam (walhal mmg gelap takkan nampak), tetiber kain sangkut kat muka aku. Aku ok lagi. Aku tolak tepi coz for sure langsir — coz aku diri dekat ngan langsir. Pastu kain serkup muka aku lagi. Aku tolak lagi until aku sedar. Kain tu kain putih. Then aku dah gigil. Aku undur and aku pusing je — ada perempuan diri depan aku tapi tak show muka. Cuma rambut panjang sampai lantai — and ketawa. Terus pengsan. Sedar2 kwn aku dah balik. Aku diam je. Esok pagi terus checkout. Tak sanggup aku.”
(nota: Petikan telah di edit tatabahasanya)


Sebenarnya, banyak hotel yang berhantu di Malaysia. Di tempat lain di seluruh dunia pun begitu. Malah, kemungkinan juga hotel yang baru anda tempah pun ada makhluk tak diundang.
Apapun, kami harap anda kini lebih bijak memilih bilik. Jika anda ternampak kertas di kaunter check-in yang tertulis “Jangan jual bilik-bilik di bawah, melainkan jika pelanggan mendesak”, kini anda tahu mengapa.


Credit sepenuhnya: Jomjalan.com

***

Haa... Amacam? Pernah terkena? Ada pengalaman diganggu? Aku and family memang selalu juga menginap di hotel dan selalunya parents aku yang selalu terkena. Dengar saja dah takut, apatah lagi kalau terkena. Huish, minta dijauhkan. Apa-apa pun memang kena bersedia dengan ayat-ayat suci! Hampa ada pengalaman? Mari share di bawah!

Haa.. Ini bukan main-main tau! Memang ada yang terkena dan mengalami situasi yang diceritakan di atas. Jadi, kalau hampa tak percaya dan nak tahu lebih lanjut apa yang ada dekat hotel di negara kita ni.... Bolehlah click di link yang aku creditkan itu dan baca di ruangan komen. Banyak yang menarik sekaligus kita boleh ambil iktibar! Jom lah join aku layan cerita commenters itu!


Sekian, ilal liqa' loves! ;)


Mari terjah entry terbaru: