Selamat Tinggal 2015!

31/12/15




Assalamualaikum dan hai loves~!


Memandangkan tahun lepas aku tak buat pun entry untuk akhir tahun rasanya jadi tahun ni rasa macam nak buat pulak. Nak buat entry santai.


Dan tahun dalam beberapa jam saja lagi aku akan bergelar budak tingkatan 5 yang bagi aku bukanlah sesuatu yang menyeronokkan sebabnya aku akan exam SPM....... Sangat takut. Masuk form 4 pun aku dah takut, apatah lagi form 5.


Aku nak minta tolong hampa doakan untuk kejayaan aku. Aku pun akan doakan untuk hampa semua agar semuanya akan baik baik saja.


Baiklah aku tak ada azam sangat rasanya sebab aku kalau berazam-azam ni semua aku bukan buat pun. Jadi just lalui je lah hari-hari yang akan datang seperti biasa. Cuma berharap agar aku, family aku dan hampa semua sentiasa sihat, panjang umur dan bahagia selalu. Amin.....


Itu sahaja... Ilal liqa! ;)


GOOD BYE 2015!



Cerita Tentang Loghat

24/12/15







Assalamualaikum dan hai loves~!


Tup tup dah sebulan dah aku tak update blog padahal tiap-tiap hari aku bukak blog. Hehe, entah kenapalah tahun 2015 ni paling kurang sekali update blog. Otak aku dah tak seligat macam zaman-zaman 2013/14. Kecewa jugaklah tengok entry blog sikit sangat tahun ni. Oh ya, lagi satu followers widget memang hilang eyh? Aku tengok-tengok dah lesap dah.


Baiklah, sebenarnya tadi masa tengah fikir-fikir nak update apa dapat pulak idea nak cerita tentang loghat. Aku tak pernah share kan pasal ni di blog. Jadi malam-malam buta ni rasa macam nak share pulak. Hehehe..


Sebenarnya, macam yang hampa semua tahu aku tinggal di Kedah. Semestinyalah aku cakap dalam loghat Kedah kan? Ya, betul. Tapi, aku hanya bercakap dalam loghat Kedah apabila aku cakap dengan kawan-kawan aku dan di sekolah sahaja.


Kalau di rumah pulak, aku akan bercakap lebih kepada macam orang KL/Selangor bercakap. Sebab apa? Hehe, bukan sebab bajet-bajet gitu tau uolls. Sebabnya parents aku berasal daripada sana. Parents aku memang tak pandai cakap utara padahal dah duduk utara lebih lama daripada aku. Hihihi.. Nak buat macam mana kan dah mereka dah dibesarkan di sana. Mestilah dah terbiasa kan? Macam aku jugak, dibesarkan di utara mestilah cakap pun loghat utara. ;)


Cara bercakap ni dah jadi automatik. Bila di sekolah, dengan kawan-kawan memang automatik tukar bercakap loghat Kedah. Kalau di rumah dan dengan family terus bertukar KL. Memang tidak dibuat-buat. Jadi secara natural gitu..





Aku pun tergolong daripada orang-orang yang suka perli kawan-kawan bila diaorang terrcakap KL. Padahal diri sendiri pun cakap KL kalau kat rumah. Kekeke... Entah la, aku rasa macam eeeiii geramnya dengan orang yang asal Kedah ni tiba-tiba nak cakap KL pulak.. Hihihi.. 


Anyway, apa-apapun aku sangat cintakan Kedah dan aku sokong Kedah dalam apa jua situasi. Haritu bola sepak pun aku sokong Kedah walaupun sebenarnya aku bukan kesah sangat dan tak minat bola bola ni semua. Kedah nombor satu di hati walaupun nombor ic di tengah-tengah adalah 07. Tak malu kan? >.< Aku dibesarkan 16 tahun di sini jadinya mestilah aku cintakan Kedah. :P 


Aku juga sukakan loghat Kedah daripada Penang. Penang lain sikit kan? Sebenarnya loghat Kedah aku tak lah pekat mana pun. Banyak jugak perkataan-perkataan daripada loghat Kedah yang aku tak tahu. Hehe..


Okey, itulah dia cerita tentang loghat aku. Hampa pulak macam mana? Ada tak yang sama macam aku, bila dengan family loghat lain, dengan kawan-kawan lain? Jom share sama-sama di bawah! :D


Love note: InsyaAllah aku akan privatekan blog dalam masa terdekat untuk edit blog. Mungkin dalam 27 haribulan. Tahun baru mestilah blog pun kena berwajah baru. Barulah fresh dan ceria! Setiap tahun aku akan tukar wajah blog supaya owner blog dan juga hampa semua tidak kebosanan. Hehehe.. ;)

Tidak Berpuas Hati Dengan Pencapaian Anak

23/11/15





Assalamualaikum dan hai loves~!


Goodbye form 4! Tamatlah sudah perjalanan aku sebagai pelajar form 4. Aku rasa macam tak pernah ada dalam form 4. Alhamdulillah aku dapat juga tempuhi kehidupan form 4 yang aku sangat takut masa mula-mula dulu macam yang aku tulis di entry Hai, Saya Budak Form 4. Akhirnya aku dapat juga result yang aku nak akhir tahun ni walaupun memang tidak la untuk lawan budak-budak lain yang super intelligent tu tapi sangat bersyukur. Result aku biasa-biasa sahaja. :) Segala puji hanya bagi tuhan sekalian alam.


Baiklah, bercerita soal result. Tadi aku ada tengok di Facebook pasal ada la seorang ibu ni tidak berpuas hati dengan result anaknya. Aku tak pasti lah sama ada hampa dah tengok ke belum. Yang penting tak nak letak di sini. Hehe. Kalau tahu diam-diam kalau tak tahu pun tak apalah. Aku pun tak tahu siapa orangnya tu.


Okay, ceritanya anak beliau tak dapat top 3 macam kebiasaannya. Kedudukan anaknya tu turun sedikit walaupun dapat juga banyak A. Makanya, beliau sangat kecewa. Then, aku tengok la comment. Ramai juga yang tak berapa bersetuju dengan ibu ni. Termasuklah aku..... Hihi..


Kenapa aku tidak bersetuju? Kalau untuk aku, aku sebagai anak tak suka kalau parents rasa down sangat dengan result aku. Aku rasa anak akan rasa lebih tertekan dan sedih sebab dah kecewakan parents. Aku ada baca comment. Dia cerita ada budak kolej dia ni stress parents asyik bandingkan kepandaian dia dengan adik-beradik yang lain. Jadi untuk tamatkan cerita, dia bunuh diri terjun kolam.





Mesti kita tak nak kan kalau anak kita jadi begitu? Jadi, tak usahlah terlalu pressure anak-anak. Bagi aku, result anak ibu tadi ni dah kira bagus sangat dah tu sebab dalam kelas ada 40 orang lebih dan anaknya berada dalam top 10. Kira bagus ke idak dah ni?


Sebenarnya begini, aku selalu sangat sebut hidup ibarat roda, hidup ibarat roda. Aku selalu berpegang pada kata-kata ini. Bukan setiap masa kita akan sentiasa berada di atas dan dapat banggakan semua orang. Apa yang kita dapat hari ini juga atas aturan Allah. Kenapa kadang-kadang Dia takdirkan kita untuk berada di bawah? Untuk kita tidak selalu bermegah dengan diri sendiri. Juga untuk kita merasa bagaimana perasaan berada di bawah ni.


Dan last sekali nak cakap, tak apalah ibu.. Anak tu masih jauh lagi perjalanannya. Kadang-kadang result yang bagus pun tidak dapat menentukan masa depan. Mana tahu kalau sekarang asyik bagus sahaja resultnya, nanti bila dah PT3, SPM, universiti tak elok pula bagaimana? Mesti lagi tak dapat terima kan? Jadi, apa-apapun kena sentiasa bersyukur kerana hikmahnya itu sentiasa ada walaupun kadang-kadang kita belum nampak.


Satu lagi, nak cerita dulu masa sekolah rendah darjah 4 akulah orangnya yang paling menyedihkan sekali dalam kelas sebab aku duduk kelas pertama. Kalau yang fail math tu dah tahu dah siapa. Hahaha.  Aku selalu berada dalam bottom 3, bottom 4. At the end, masa nak dekat UPSR memang math dah rasa senang sangat dah.  Dan alhamdulillah sekarang math mode lah subject yang aku gemari dan rasa sangat senang. Tapi Add Math tak payah tanya. T.T


Kesimpulannya, apa-apa pun yang kita dapat hari ini kena sentiasa bersyukur. Sebabnya kita dah buat yang terbaik dan apa yang kita dapat adalah ketentuan Allah. Lainlah kalau kita memang tak berusaha langsung and kita nak kecewa dengan result kita tu. Itu memang lain cerita. Allah dah janji, siapa hambaNya yang bersyukur, Dia akan tambah lagi nikmat. Jadi, usaha dan lakukan yang terbaik serta berdoalah. InsyaAllah, Dia akan beri yang terbaik buat hamba-hambaNya kerana Dia sudah merancang yang terbaik.














Bilakah Hati Kita Dianggap Sakit?

4/11/15





Assalamualaikum dan hai loves~!


Sakit hati boleh dikaitkan dengan macam-macam. Sakit yang macam mana? Hati sakit bila disakiti orang. Hati sakit bila hubungan dengan Allah renggang. Hati sakit disebabkan penyakit yang dah dapat dikesan. Tapi sekarang, aku nak cerita tentang hati yang sakit disebabkan kita sendiri yang menjadikannya sakit.


Apa yang aku maksudkan dengan kita sendiri yang menjadikannya sakit? Mungkin aku boleh senaraikan beberapa perkara yang aku rasa yang sebenarnya kita tak sedar kita dah menimbulkan hati yang sakit tu.


  •   Apabila kita merasa kita lebih

Dalam apa-apa jua perkara, kita akan sentiasa perhati orang lain. Dan dalam hati kita, sentiasa rasa macam aku jugak yang bagus, aku jugak yang elok. Kita akan sentiasa rasa nak korek dan selidik kekurangan orang lain untuk dibandingkan dengan kelebihan kita. Mungkin memang kita lebih daripada orang lain, tapi kita juga tak sedar yang kita juga ada kekurangannya berbanding orang lain.


  •   Apabila merasa hasad dengan kelebihan orang lain

Bila kita tengok orang lain pula lebih daripada kita, kita rasa tak puas hati. Kita cemburu dengan mereka. Kita harap-harap mereka akan jatuh tersungkur sama macam kita. Kena ingat kata-kata yang selalu kita dengar, 'hidup ini ibarat roda'. Setiap orang akan merasa jatuh bangunnya. Mungkin hari ini kita kurang dan mereka lebih. Tak mengapa. InsyaAllah, pada masa lain giliran kita pula. Untuk apa tidak senang dengan kelebihan orang lain?


  •   Apabila sentiasa merasa kita sentiasa benar

Apa sahaja yang orang lain katakan dan orang lain lakukan, sentiasa tidak kena di mata kita. Mereka tetap salah dan kita tetap betul. Apa yang kita kata dan lakukan orang lain perlu sentiasa setuju. Apa yang kita arahkah, orang lain wajib patuhi. Ini tidak benar. Bukan semua tindakan dan kata-kata kita sentiasa benar walaupun kita rasa ia benar. Kadang-kadang kita tak sedar benda ini.

  •   Apabila kita memandang rendah pada orang lain

Kita sentiasa pandang orang lain serba kekurangan. Kita sentiasa yakin yang orang lain tak akan dapat tandingi kita dalam segala hal. Kita sentiasa pandang rendah tentang kebolehan mereka. Kita sentiasa merasa orang lain buruk dan hina di mata kita. Kadang-kadang kita sanggup menyindir mereka untuk buktikan yang mereka memang selayaknya disindir begitu. Mengapa begini sedangkan kadang-kadang kita juga tak tahu yang mungkin dalam masa yang sama, ada orang lain yang sedang lakukan perkara yang sama macam apa yang kita lakukan sekarang.


***

Kadang-kadang kita tak sedar pun sebenarnya hati kita sedang sakit. Mungkin memang orang lain nampak tidak kesah dan selayaknya kita layan mereka begitu. Tapi kita tak tahu apa yang ada dalam hati mereka. Mungkin mereka sentiasa merasa marah dengan kita pada setiap masa walaupun di depan kita mereka sentiasa tersenyum manis.


Sebenarnya perkara-perkara yang aku senaraikan di atas terjadi kerana satu sahaja perkara. Kerana kita bersifat LANGIT. Kita merasa kita tinggi, hebat dan gah. Orang lain selayaknya diinjak-injak seperti TANAH. 




Mungkin hari ini kita boleh menginjak orang lain. Tapi ingat suatu hari nanti, jangan salahkan sesiapa apabila kita roboh menyembah tanah dengan sifat langit yang kita ada. Jangan salahkan sesiapa apabila kita juga diinjak seperti apa yang pernah kita lakukan. What goes around, comes around.



Tak Awesome La Tak Kawan Dengan Lelaki!

14/10/15




Assalamualaikum dan hai loves~!



Siapa di sini yang suka kawan dengan lelaki? Dan yang mungkin tak berapa suka kawan dengan lelaki? Untuk aku, aku memang kurang gemar untuk berkawan dengan lelaki. Ada orang yang pernah kata dekat aku yang aku ni anti lelaki. Oh! Itu sama sekali tidak benar. Aku tak anti langsung dengan lelaki. Kenapa nak anti sedangkan ayah dan adik beradik aku sendiri semuanya lelaki. Hanya mak aku dengan aku sahajalah perempuan dalam keluarga. Hehe. :D



Tiba-tiba aku teringat balik beberapa tahun yang lalu ada seorang kawan baik aku ni pernah kata dekat aku, "tak awesome la hang ni tak kawan dengan lelaki." Aku pula hanya krik krik. Tak tahu nak kata apa bila dia kata macam itu. Sebenarnya aku lebih suka kawan dengan perempuan sebab aku perempuan. Aku boleh cerita apa saja hal berkaitan dengan perempuan bila dengan kawan perempuan.


Dan tadi pulak aku ada terbaca yang sesetengah orang yang lebih suka kawan dengan lelaki ni sebab lelaki tak cepat terasa, tak suka ber'drama'. Berbanding dengan perempuan, macam-macam yang tersirat di hati perempuan ni kan? Aku tak nafikan benda itu. Ada betulnya juga apa yang dikatakan tu. Perempuan memang cepat terasa. Selalu moody. Dan macam-macam lagi kerenahnya yang menguji kesabaran.


Girls


Tapi ceritanya sebenarnya mudah, kalau nasib kita dah jumpa dengan kawan perempuan yang begitu, nak buat macam mana. Kan? Bukan semua perempuan jenis moody, cepat sentap, cepat marah. Aku pun ada kawan yang begini dan tak dinafikan aku pun kadang-kadang moody, cepat sentap, cepat marah. Aku yakin, orang yang kata lebih suka kawan dengan lelaki pun ada juga sifat-sifat yang dia sendiri tak suka tu.


Oh ya, kenapa aku tak gemar kawan dengan lelaki? Pertama-tama sekali jangan salah faham ya, aku tak benci dan tak anti dengan lelaki sama sekali. Dan juga bukan sebab aku rasa laki ni jahat ke apa. Tidak.. Aku memang dari dulu lagi tak biasa kawan lelaki. Sebabnya aku rasa tak selesa. Nak bercakap dengan lelaki pun aku rasa susah sangat. Aku rasa kalau kira-kira budak-budak lelaki kelas aku dari dulu, memang boleh kira dengan jari ja siapa yang aku pernah cakap. Hihihi..


Sebenarnya tak salah pun untuk kita berkawan dengan sesiapa sahaja. Asalkan kena ingat satu, jaga batas pergaulan. Janganlah bila kata rapat dengan kawan berlainan jantina, bebas bertepuk tampar sana sini, duduk rapat-rapat. Tak boleh tau! Kalau kita fikir yang berkawan terlalu rapat dengan kawan berlainan jantina itu awesome, aku tidak bersetuju. Kita awesome bila kita berjaya jaga adab-adab berkawan tak kira dengan kawan lelaki ataupun perempuan! Tak sewenang-wenangnya nak sakitkan hati kawan, nak mengata dekat kawan, nak burukkan kawan, pandang rendah dekat kawan.


Aku rasa post ni dah terlalu panjang, maafkan aku kalau post ini agak menganggu pada sesiapa yang tidak bersetuju. Ini hanyalah pendapat aku yang serba kekurangan. Jadi, akhir sekali, hampa rasa awesome ke tidak berkawan dengan lelaki? Boleh beri pendapat hampa jugak di bawah! ;)


Love note: Tahun ni tahun paling kurang update blog. Tak tahulah kenapa. Skill menulis semakin tumpul. Hehehe.. Apa-apapun nak minta tolong ni. Doakan aku untuk exam nanti ya! Terima kasih! :D


Berdebat di Laman Sosial

27/8/15






Assalamualaikum dan hai loves!~


Rasa tajuk macam ala-ala karangan pula ya. Hehe. Ceritanya begini, setiap hari kita semua pasti akan buka laman-laman sosial yang ada sekarang ni kan? Macam-macam ada. Untuk aku, benda yang aku wajib buka setiap hari ialah, Facebook, Whatsapp dan Blogger. Tapi yang menarik minat aku untuk menulis tentang berdebat di laman sosial ni lebih kepada Facebook.


Aku ada lah like page-page yang berunsurkan informasi terkini dan mungkin juga hiburan. Oh, untuk pengetahuan, aku buka Facebook hanya untuk baca info-info terkini dan status siapa siapa entah yang muncul dekat wall aku lah kan? Kalau untuk chat, aku memang malas. Oh ya, dan juga membaca komen-komen bagaikan drama bagi setiap informasi atau apa-apa sahaja yang dikongsikan oleh page.


Aku syok tengok komen ja. Bijak bijak belaka orang-orang Malaysia ini dalam menegakkan benang yang basah ya? Hehehe.. Sebenarnya aku ada lah terbaca ada seorang kakak ni yang mengutarakan pendapatnya mengenai vape. Isu yang sensitif ya. Dan dia dapat banyak likes. Tak kurang juga dengan yang dislikes. Nasib baik tak ada button dislike, kalau ada dah ditekan-tekannya dengan penuh rakus oleh jiwa-jiwa yang tak boleh menerima pendapat kakak ni.





Aku tengok ada la mereka yang mungkin tidak bersetuju dengan pendapat kakak ni. Ada yang menentang dengan cara yang baik dan sopan dan tak kurang juga yang kurang sopan atau mungkin tak sopan langsung. Mereka betul betul tidak bersetuju sampai maki maki kakak tu. Mencarut dekat kakak tu. Kata macam-macam lah sampai aku pulak rasa macam nak tumbuk skrin laptop.


Mungkin bukan kakak ni saja yang pernah terkena, ramaaiii lagi yang pernah terkena perkara yang sama kan? Beginilah, apa kata kalau ada orang yang mengutarakan pendapatnya, boleh tak kalau kita tenangkan diri walaupun kita tidak bersetuju. Boleh tak kalau kita tarik nafas dalam dalam dan tenangkan fikiran dahulu instead of terus serbu, maki hamun dengan nafas turun naik bagai nak gila. Kan?




Tak salah untuk kita tidak bersetuju dan kita nak sampaikan pendapat kita pula. It's OKAY. Tiada masalah untuk tidak bersetuju. Tidak salah untuk sampaikan dekat orang lain pula tentang apa yang kita fikirkan. Boleh berdebat, tetapi secara baik dan beradab. Bukannya berdebat pong pang pong pang aku tetap betul kau tetap salah, kau bodoh aku jugak yang bijak, pendapat kau tak boleh guna, pendapat aku paling bernas. A big NO!





Ingat ya, di mana-mana pun perlu ada adab, hatta di laman sosial pun. Mungkin kita rasa selesa dengan apa yang kita buat sebab kita fikir tak ramai yang kenal kita kan? Walaupun mungkin orang tak kenal kita siapa, tapi kena sentiasa ingat orang lain pun turut memerhatikan sikap kita. Bila mereka tengok saja sikap kita yang buruk ni di laman sosial, sebenarnya kita pun mungkin dah kena cacian dan makian yang lebih teruk daripada yang kita komen. Cuma, mereka tak reply comment yang kita buat tu sahaja. Kalau mereka balas, mungkin lebih teruk kita dapat.



Jadi itulah dia, orang Malaysia yang kenkonons terkenal dengan adab sopan dan budi bahasa bagaikan lenyap begitu sahaja kalau tengok di laman-laman sosial. Rasa nak marah betul tau. >.< Budi bahasa budaya kita tu mana dia? Apa-apapun ini semua adalah untuk peringatan dan pengajaran buat aku dan hampa semua juga.


Ilal liqa' loves.


P/S: tak tahu kenapa entry aku sejak kebelakangan ni macam seriousss manjang. Aku baca pun rasa macam kejung muka. Ampunnn... Aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Aku tak berniat pun untuk serious, tapi tu lah dia jadi sendiri.



Benar, Hidup Bukan Mudah

3/7/15




"Life is not easy"


Assalamualaikum dan hai loves!~


Life is not easy. Itu yang aku dengar daripada cikgu aku hari tu. Bukan mudah dari segi apa? Semua. Kadang-kadang kita di atas , kadang-kadang kita terpaksa jatuh. Kadang-kadang orang senang dengan kita, kadang-kadang tidak. Kadang-kadang kita tiada masalah, kadang-kadang kita sentiasa ada masalah. Itu adalah kehidupan. Sebab itu, hidup tak mudah.


Jatuh bangun. Hidup ni, kita akan sentiasa ada jatuh bangunnya. Kalau hari ni kita di atas, bukan selamanya kita akan berada di atas. Begitu juga sebaliknya. Aku rasa itu adalah benda biasa yang berlaku. Kita tak boleh untuk terus yakin yang kita akan sentiasa berjaya, kita akan sentiasa dihormati, kita akan sentiasa dikagumi. Tidak. Suatu saat nanti, kita mungkin tak dipandang lagi, kita mungkin susah untuk dapatkan apa yang kita mahu. Tapi kena ingat, innallaha ma'ana.


Manusia. Manusia salah satu perkara yang buat orang kata kehidupan itu tidak mudah. Macam-macam jenis manusia yang ada atas muka bumi Allah ni. Kita tak mampu untuk senangkan hati manusia selalu, tambahan lagi dengan manusia yang sentiasa nampak kesalahan kita dan lupa mungkin mereka punya kesalahan lebih banyak dan lebih besar daripada kita . Kebaikan kita, mereka tak akan pernah ingat dan keburukan kita akan mereka ingat sampai bila-bila. Manusia juga jenis yang suka menebak sesuka hati apa yang orang lain niatkan. Mereka kata kita itu ini, padahal kita tiada niat langsung seperti apa yang mereka anggap. Ada juga manusia yang jenis bermuka-muka. Ada juga jenis manusia yang suka dengan kejatuhan kita. Dan ada juga manusia yang tak senang dengan kita walaupun mereka tak pernah kenal kita. Itu, manusia. Tapi kena ingat, innallaha ma'ana.


Masalah. Hidup tak pernah lari dari masalah. Masalah sentiasa akan datang. Aku juga kadang-kadang lemah dengan masalah. Bagi aku, masalah itu ujian. Ujian yang kita semua kena lalui untuk tengok kesabaran kita. Masalah besar atau kecil, pasti ada jalan penyelesaiannya. Kena cari dan fahami. Kita tak boleh lari dari masalah kerana semakin kita lari, semakin laju masalah kejar kita. Itu yang aku faham. Tapi kena ingat, innallaha ma'ana.


Apa yang kita mahukan dalam hidup ni, kita tidak akan sentiasa dapat. Sebab apa? Sebab Allah dah aturkan jalan hidup kita yang paling baik. Kadang, kita susah nak cari hikmah kenapa sesuatu perkara tu terjadi pada kita. Tapi, lambat laun mesti kita nampak hikmahnya. Itupun kalau kita sentiasa guna akal untuk selak tirai hikmah. Kita selalu nampak buruknya sesuatu perkara hingga lupa ada manisnya pada perkara itu. Susah untuk terima apa yang berlaku kan? Sebab hidup bukan mudah. Kalau untuk aku, kehidupan yang perlu aku tempuh ni masih terlalu jauh dan masih terlalu banyak perkara yang perlu aku lalui. Tapi walau apa pun yang berlaku, sentiasa ingat Tuhan dan percaya Dia ada untuk kita.


InsyaAllah...




Kata-kata Boleh Meninggalkan Luka Selama Bertahun-tahun

12/6/15




Assalamualaikum and hi loves!~


Mari ambil sedikit pengajaran daripada quotes di bawah!











Kita selalu lupa. Kita selalu fikirkan kepuasan diri sendiri. Kita selalu tak fikir tentang hati orang lain. Kita selalu anggap tak apa untuk menyakitkan orang lain. Kita selalu tak fikir hati orang lain yang kita sendiri gores. Kita gores sampai berdarah dan luka. Lalu, tinggalkan bekas yang masih jelas walaupun bertahun lamanya. Puas? Tapi fikir. Sampai bila? Suatu masa nanti, kamu akan cari dia untuk memohon maaf. Tapi kalau tak jumpa lagi dia dan dia tak pernah maafkan kamu? Bagaimana? Jadi, mohon kita lebih berhati-hati dan belajar untuk hormat dia walau siapa pun dia.


Ilal liqa'! :)




Saya Nak Bercinta Boleh?

1/6/15




Assalamualaikum and happy June loves~!


Eh, baru perasan yang bulan Mei, langsung tak ada entry. Ampun, aku terlalu sibuk bila Form 4 ni dan seolah-olah mood menulis melayang-layang. Tapi tak apa, aku masih cintakan dunia blog. Hehehe.


Baiklah, sini nak kongsi cerita ataupun pendapat peribadi. Semua orang ada pendapat masing-masing kan? Jadi, nak juga luahkan pendapat. Untuk semua, maaf siap-siap kalau tidak bersetuju. Tajuk ini disukai oleh remaja zaman sekarang. Zaman dulu pun sama kot aku tak tahu. Yang penting, semua orang tahu cinta. Sejujurnya aku geli untuk tulis perkataan cinta apatah lagi untuk cakap dengan mulut aku perkataan tu. Okay, cukup.


Cinta merupakan suatu fitrah manusia yang telah Allah wujudkan dalam diri setiap orang. Jadi, benda itu tidak salah. Bercinta? Juga tidak salah bagi aku. Jadi? Kenapa? Apa masalahnya?


Bagi aku... Bagi aku la, bercinta boleh tapi tak perlu berlebih-lebihan. Oh, ini untuk pasangan yang tiada hubungan yang sah ya iaitu pernikahan. Tak perlu melampaui batas. Tak perlu pegang-pegang. Tak perlu bercuti ke serata tempat tanpa ikatan yang sah. Tak perlu kawal apa yang pasangan nak buat. Tak perlu nak suruh pasangan hantar ke tempat kerja dan jemput pulang setiap hari. Tak perlu panggilan manja mengada-ngada. Kenapa? Sebab bukan isteri/suami kita.

"Hang pun remaja wey... Tok sah la dok cakap lagu tu.. Nanti satu hari nanti, hang pun bercinta jugak.. Podahhh!"

Lebih kurang gitu la jawapan yang aku dapat daripada someone tapi tak ada la kasar gitu. Kekeke, saja nak lebih-lebih. Yes, betul. Aku remaja dan aku tak nafikan kalau suatu hari nanti aku akan bercinta. Tapi yang pasti bukan di SEKOLAH. Bercinta zaman persekolahan sangat mengarut bagi aku. Aku juga tak nafikan yang ada juga yang Alhamdulillah betul-betul ada jodoh.


credit to owner. gambar pinjam google.


Aku tulis entry ini sebabnya ada seseorang yang dekat dengan aku ni bercinta dari zaman sekolah dan dalam tempoh 'percintaan' tersebut asyik gaaaaduhhh manjang. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Itu salah. Ini salah. Macam-macam la masalah mereka ini. Aku tak boleh nak kata apa sebab aku hanya budak-budak hingusan. Jadi, mereka tak akan peduli cakap aku. Dan akhirnya ambil keputusan untuk putus dan aku tak pasti lah pulak hubungan mereka ni macam mana.


Masa zaman bercinta ni, mereka ni lebih kurang macam gambar di atas set set 'love you till jannah. anything for you. lautan api sanggup ku redahi. segalanya untuk mu sayang ku cinta ku.' Haa.. Ini namanya bercinta bagai nak rak, rak patah. Aku bukan nak mencerca ataupun apa-apa sahaja perkataan yang sinonim sebabnya aku pun bukan budak baik dan jauh sekali muslimah solehah. Ini kenyataan. Ini benar-benar berlaku. Aku takut kalau aku juga akan jadi seperti mereka. Harap tidak.





Dan aku tergerak hati untuk tulis tentang ini selepas aku tengok video dubsmash dua orang remaja ni. Aku saja la tengok ingatkan ada benda lawak-lawak ke kan, tapi bila sampai part tengah-tengah, amboi kau. Lebih-lebih pulak terus aku tekan pangkah. Terkejut aku tengok. Dan lebih mengejutkan aku bila ada lebih 200 orang yang like video tu dan majoritinya aku yakin adalah orang Islam sendiri. Moga diberikan cahaya kebenaran dalam hati mereka untuk sedar kesalahan yang mereka lakukan.


Kesimpulannya, tak salah untuk ada perasaan tersebut. Tak salah untuk mungkin sukakan seseorang. Tapi, simpan saja semua itu dalam diri sendiri buat suatu tempoh waktu. Tak usah risau, satu hari nanti, bila tiba waktu yang tepat, dengan orang yang tepat, luahkan saja semua isi hatimu. Ustazah kata, sekalipun kita duduk di dalam gua, kalau ada jodoh, bertemu jua. Dia tak akan lari. Dia tak akan ke mana kalau sudah ditakdirkan untuk pasangannya yang sudah ditetapkan. Walau beribu tahun bercinta, kalau bukan dia, bukanlah. Walau beribu tahun tidak pernah mengenali, kalau sudah dia, dialah. Serah pada Dia. Remaja, sekarang masih belum masanya. :)



Love notes: Aku tak adalah tak faham perasaan tu bagaimana. Faham. Boleh mengerti. Tapi, rasanya tak patut untuk berlebih-lebih. Sederhana. Patuh syariah. Cukup. Tak usah bercintalah kalau rasa diri masih anak-anak. Tak usah bercintalah kalau rasa diri masih manja-manja. Tak usah bercintalah kalau rasa diri masih budak-budak. Tak usah bercintalah kalau rasa diri masih tak pandai berdikari. Tak usah bercintalah kalau rasa diri masih memuncung panjang bila dimarah emak. Tak usah bercintalah kalau rasa jalan masih jauh. Hihihi. Ini hanyalah pandangan aku sahaja. Lain orang, lain pendapatnya. Tak apa, kita terima semua pendapat asalkan tidak lari dari apa yang digariskan dalam agama. :D


Apa-apa pun, untuk kita semua, moga berbahagia selalu! Ilal liqa'!







Layan Aku Seperti Biasa

27/4/15




Assalamualaikum dan hai loves~!


Kalau kita rasa seseorang itu ada sesuatu yang hebat ataupun kita pandang dia baik, jangan terlalu merasa bahawa dia akan sentiasa hebat dan baik. Takut takut satu hari nanti, bila dia ada buat kesilapan, kita akan terus hukum dia. Kita akan terus rasa menyesal sebab pernah puji dia. Pernah rasa dia yang terbaik.Kita akan kata "Ceh, aku ingat bagus sangat dia ni. Rupanya bukannya bagus mana pun." Biasa. Kita manusia, bila orang lain buat kesilapan sekali, kita akan terus menghukum.


Kalau kita rasa seseorang itu memang teruk dan tak bagus, jangan terlalu merasa bahawa dia akan sentiasa teruk dan tak bagus. Mana tahu satu hari nanti dia lah yang tolong kita. Dia lah yang bagus. Manusia berubah. Jangan kita terlalu merasa orang lain teruk sampai entah satu hari nanti kita termalu sendiri dengan tanggapan kita pada dia. Masa tu pulak, dia dah entah di mana. Nak cari dia lagu mana? Mai habaq.


Jadi, kesimpulannya berpada-pada selalu. Tak perlu nak terlalu menyanjung dan tak perlu untuk terlalu mengkeji. Manusia tak akan sama macam apa yang kita jangka. Kita tak tahu manusia ini. Kadang ada yang manusia tapi rupanya syaitan. Ada manusia memang manusia. Ada manusia yang bersembunyi di balik topeng syaitan. Layan sahaja semua orang biasa biasa kerana manusia sama sahaja.


Sekian.

Novel Sedih

1/3/15






Assalamualaikum dan hai loves!


Haa.. Siapa suka novel sedih di sini? Angkat tangan cepat-cepat. Baik, sebenanya aku rasa nak tulis pasal novel sedih sebab setiap kali aku tengok search keywords sahaja pasti keyword 'novel sedih' berada pada tangga teratas. Ini mesti penangan novel 7 Hari Mencintaiku.. Khuzairi ku punya penangan. Mwehehe.. Khuzairi hero terbaik aku tau! Kekekeke...


Baiklah, sini aku cerita ya novel mana yang sedih yang pernah aku baca.


1)   

7 Hari Mencintaiku


Oh novel ini memang buatkan aku menangis sampai esok pergi sekolah pun masih terasa sedihnya di hati. Memang terbaik boh.. Tapi sakit hati pun ada dengan novel ni sebabnya konfliknya agak berat dan menyesakkan dada. Apa-apapun Khuzairi terbaik. Maaf, sangat obses dengan Khuzairi sampai sekarang walaupun aku dah baca novel ni lama. >.< Aku sarankan hampa yang dok mencari-cari novel yang sedih silalah grab novel ni tapi jangan culik heronya tau! :P


Oh ya, aku juga sedia maklum yang penulis Siti Rosmizah memang ratu dalam menulis novel sedih. Novel beliau kalau tak sedih memang tak sah. Hampa semua kenalah sediakan tisu siap-siap sebelum membaca ya. Tapi maaf juga kalau tisu hampa habis sekotak. Hehehe. Setakat ni aku hanya berpeluang membaca novel 7 Hari Mencintaiku dan Curi-Curi Cinta hasil karya Siti Rosmizah. Tapi 7 Hari sahaja yang membuatkan aku menangis gila nak arwah. Huhu. Apa-apapun cubalah grab novel-novel Siti Rosmizah yang lain sebab ramai juga yang kata novel yang lain pun boleh tahan meruntun kalbu sampai rasa nak guling-guling atas katil tak mau keluar rumah. Oh maaf lagi sekali kerana hiperbola. T.T


2) 

My Love Is Playgirl


Hehehe, novel ini juga bagi aku memang terbaik. Kelakar lain macam dan agak merapu tapi memang aku ketuk-ketuk katil dan guling-guling sahaja bila membaca novel ni. Tapi bila dah tiba part akhir-akhir sikit tu aku tak tahu kenapa aku menangis gila-gila. Part sedihnya sedikit sahaja tapi beri impak yang besar untuk aku. Entah kenapa dah dua kali aku baca novel ni bila sampai part akhir-akhir sikit tu memang aku tak lepas untuk menangis. Rasa impak sedih dia tu memang sampai ke kalbu aku. Huhuhu..


Sangat disarankan untuk hampa yang suka novel kelakar tapi dalam masa yang sama ada juga unsur sedihnya. Tapi unsur kelakarnya memang sangat banyak sampai hampa akan rasa tak larat dah nak gelak dan aku tak bertanggungjawab kalau ada orang yang kata hampa gila. Hehehe. Juga sangat merapu tapi tak apa novel ni memang untuk orang yang happening. ;) Kelakar, kelakar juga. Akhir nanti sila merana. :P Novel ni pun terbaik!


So far dua novel ini sahaja yang buatkan aku menangis. Maafkan aku kerana aku tak dapat nak senaraikan lebih banyak novel yang sedih sebabnya hanya dua novel ini sahaja juga yang boleh buatkan air mata mahal aku tumpah tau! Eceh.. Aku ni agak susah nak menangis bila baca novel jadi aku tak dapat nak recommend novel mana lagi yang sedih. Aku rasa banyak lagi kot novel yang dah aku baca tapi tak memberi impak yang besar untuk aku.


Hmm.. Loves sekali pula dah baca novel apa yang sedih sedih? Mari la kongsikan dengan aku di bahagian comment. Hampa semua pasti ada lebih banyak senarai novel sedih yang boleh dikongsikan bersama. Mana tahu nanti aku nak beli pula ke? Jom jom kongsi sama-sama!


Isteri Gemuk

16/2/15




Assalamualaikum dan hai loves~!


Haa... Aku yakin hampa semua sudah pun baca cerita yang pasal suami yang maki isteri dia sebab malu dengan isteri dia tu kan? Cerita tu kan viral sekarang. Walaupun aku tak pasti sama ada cerita itu merupakan cerita benar ataupun hanya rekaan semata, tapi aku yakin memang ada pun lelaki jenis yang begitu. Wahh.. Bila baca cerita tu hari tu memang terus: sakitnya tuh di sini~~ di dalam hatiku~~ Oh ya, satu lagi aku tak mahu letak cerita tu di sini. Sakit hati sangat.


Walaupun aku hanyalah budak-budak yang belum kenal dunia sangat aku boleh rasa lah betapa sakitnya hati kalau dimaki oleh suami yang sangat biadap tu. Baiklah, beginilah ya. Mari sini Cik Niena nak berleter. Wahai lelaki, anda tahukah kenapa isteri anda gemuk? Anda tahukah bahawa isteri anda pun tak minta untuk jadi gemuk? Anda tahukah isteri anda berkorban segalanya untuk melahirkan zuriat anda? Anda tahukah rasanya sedih bila suami tak faham perasaan isteri?


Oh tuhan, aku sangat sensitif bila bercakap tentang lelaki yang tak menghargai isteri ni. Dulu saat becinta, berjanji setia bagai nak gila. Dulu saat bercinta, segalanya sanggup hadapi bersama. Dulu saat bercinta, segalanya indah belaka. Dulu saat bercinta, tiada langsung cacat di mata. Dulu, saat bercinta semuanya sempurna saja. Dulu saat bercinta, bersumpah  hidup mati bersama.


Dengarlah.. Tidak ada seorang pun isteri yang mahu dirinya jadi hodoh. Tak minta langsung untuk berubah fizikalnya. Tapi, kerana untuk melahirkan seorang zuriat, perlukan segala pengorbanan. Mungkin juga, bila sudah semakin dimamah usia, pasti tidak seindah dahulu lagi. Sampai bila kecantikan akan kekal? Sampai mati? Tidak kan. Kadang-kadang tak tunggu tua dan sudah lahirkan anak pun kecantikan tu boleh padam sekelip mata.


Sebelum mencaci memaki, ingat dahulu segala pengorbanan isteri. Ingat dulu susah payah isteri. Ingat dulu jasa isteri. Bukannya sesuka hati mencemuh memaki tanpa rasa bersalah. Bukannya angkat kaki cari yang lain yang cantik berseri. Kalau mahu isteri anda cantik semula, beri la kata-kata semangat untuk mereka. Ajak jogging sama-sama ke? Masakkan makanan yang berkhasiat ke? Haa... Tak ke sweet gitu? Kan kan kan? Xp


Jadi, kesimpulannya tak usahlah fikir kecantikan semata. Bukan ke Rasulullah ada bersabda, "Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya. kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari & Muslim). Agama tu paling penting tau! Yang lain-lain tu kita tak tahu sampai bila akan kekal kan? 


Baiklah, itu sahaja. Maaf kalau terkasar bahasa ke apa. Hehe, memang menaip dengan sedikit emosi. Ampun... v.v


Ilal liqa'!

Jangan Kedekut Ilmu!

1/2/15





Assalamualaikum dan selamat sejahtera loves!~


Wahh, tengok sekarang dah masuk bulan dua. Masa tu bergerak persis kilat. Sedar tak sedar dah berlalu pun sesuatu perkara dan kita akan lalui pula sesuatu perkara yang lain. Baiklah, sini nak cerita sikit sebagai entry pembuka bulan Februari. :)


Ilmu. Semua orang tahu ilmu merupakan sesuatu yang penting untuk semua orang. Tak kisah ilmu apa pun yang memberi manfaat, itu adalah terbaik. Bila kita ada ilmu, ada dua yang kita akan jadi. Sama ada kita akan merendah diri dengan ilmu yang kita ada tu ataupun kita akan bongkak dan sombong dengannya.


Bila kita ada ilmu, pimpinlah orang yang dahagakan bantuan kita. Kita selalu dengar kan, bila kita kongsikan ilmu kita dengan orang lain, pasti ilmu kita akan lebih bertambah. Maksudnya kita akan lebih faham dan lebih menguasi sesuatu ilmu itu. Ilmu tak akan pernah berkurang bila berkongsi dan tak akan pernah habis.


Jangan pernah bongkak dan memandang rendah pada orang lain yang tak punya sesuatu ilmu seperti kita. Kadang-kadang mungkin kita memang banyak ilmu dalam sesuatu bahagian. Namun, jangan lupa kita juga tak punya ilmu yang luas dalam bahagian yang lain. Mungkin juga ilmu yang kita tak ada tu ada pada orang yang kita pandang rendah tersebut.


Sebenarnya, ceritanya mudah. Jangan kedekut ilmu. Ingat, segala ilmu yang kita ada, yang kita perolehi, semuanya ilmu Allah. Tak ada sesuatu pun yang milik mutlak kita. Semuanya milikNya. Segala-galanya bila Dia nak tarik balik, tak perlu tunggu cepat atau lambat. Ikhlas ikhlaskanlah diri bila ada orang lain yang minta kita berkongsi apa yang kita tahu. Kalau kita tak ikhlas, macam mana ilmu yang kita ada tu nak berkat walaupun kita memang bijak. Kebijaksanaan ilmu yang kita ada perlu keberkatan. Tak guna bijak tetapi tak ada keberkatan.


Ingat, bila kita bantu orang lain tambah ilmu, kita pun akan ada bahagiannya juga. Pahala bertambah, ilmu di dada pun bertambah. Ilmu memang tak akan berkurang kalau kita berkongsi. Mana tahu, kalau kita kedekut ilmu sekarang, bila kita tak tahu sesuatu dan mengharapkan bantuan orang lain, orang lain tu pula tak mahu berkongsi dengan kita. Orang kata apa? Karma. Masa itu jangan marahkan dia, imbas diri kita. Pernah tak lakukan perkara yang sama.


Mari layan quotes :) :






Moga kita sama-sama muhasabah diri dan ambil manfaat. InsyaAllah.. :)


Ilal liqa'!


P/S: Buat hampa yang mengenali aku, kalau terbaca blog ni diam-diam ya? Jangan beritahu aku. Nak beritahu orang lain tak apa tapi jangan beritahu aku hampa baca. Malunya eden tak terkata. Buat biasa sudah bila terbaca blog aku ya. Oh, moga memberi manfaat jugak untuk hampa! :)

Hai, Saya Budak Form 4

24/1/15




Assalamualaikum dan selamat tengahari loves~


Selamat berhujung minggu juga buat semua. Rasa sekejap sangat tiba-tiba dah masuk form 4. Rasa macam baru hari tu tulis jugak dekat blog kata tak suka masuk form 2 and membebel pasal pbs.. Dan sekarang pbs semua dah tak ada tapi tak ada beza pon sebenarnya..


Baiklah, aku dapat masuk kelas pure science. Iolls rasa nak menangis meraung dan menggila. Huwaa... T.T Kenapa? Adakah sebab aku tak suka sains dan aku benci sains? Oh tidak sama sekali.. Tapi, aku rasa aku bukanlah otak bijak dan geliga untuk bersaing dengan budak-budak pandai dalam kelas aku. Rasa sangat tak yakin bila duduk di kelas pertama. Padahal bukannya dapat straight A pon. Nangis lagi sekali... T.T


Aku tak tahu berapa banyak kali aku ulang perkataan 'aku tak suka duduk kelas A'. Huhu, banyak sebab kenapa. Mungkin aku belum biasa lagi kan tapi aku sangat takut bila aku tak dapat bersaing dengan orang lain. Aku sangat kenal diri aku. Bukanlah budak yang pandai dan cepat tangkap.


Tahun nak dekat SPM adalah sangat mencabar walaupun baru dua minggu mula belajar. Sangat menggetarkan jiwa.. Aku bukan tak cuba untuk positif tapi rasa macam sangat takut. Lagi-lagi rasa macam semua orang sedang berbisik-bisik dekat telinga pasal AddMath,Fizik,Kimia,Bio. Huwaaa meraung lagi... X(


Jadi tujuannya aku tulis entry ni adalah sebab aku tak ada idea sangat nak tulis apa dan aku tetap nak nampakkan blog aku ni berpenghuni. Dan hampa semua, marilah bagi tips untuk aku yang baru masuk form 4 ni dan moga dapat beri semangat juga untuk aku! Hehe, terima kasih! :) Oh, satu lagi. Kalau sesiapa tahu tips mudah nak hafal periodic table of elements ataupun jadual berkala unsur tu marilah kongsi di sini. Aku kena hafal kumpulan2 tu semua. T.T


Baiklah, ilal liqa! Doakan aku ya! :)

Blogger Pengecut?

4/1/15





Assalamualaikum dan hai loves~


Sebelum aku nak menulis, aku nak ucapkan selamat tahun baru untuk semua. Rasanya terlalu cepat masa berlalu. Moga moga tahun ini jadi tahun yang lebih baik buat kita semua. Dan ini jugak first entry aku untuk tahun 2015. Hai 2015! :D


Jadi, mari kita mula bincangkan tentang tajuk aku iaitu Blogger Pengecut? Siapa blogger pengecut tu? Niena Reen? Mak Senah? Minah Kampung? Atau Kassim Selamat? Oh, sebenarnya ceritanya begini.. Ayat aku yang aku letakkan di bahagian bawah comment membuat blogger digelar pengecut oleh seorang anonymous.








Baiklah, aku sudah pun balas comment cik anon ini di entry INI. Sebenarnya ceritanya, aku letakkan disclaimer yang kata kalau aku tak berkenan dengan apa apa komen, aku akan delete tu  sebenarnya bukanlah disebabkan aku nak paparkan comment yang setuju dengan pendapat aku sahaja. Aku tetap juga akan terima apa sahaja komen hatta dari anonymous macam di atas (hehe) sekalipun asalkan tiada unsur-unsur lucah dan sebagainya yang sangat sangat membuatkan aku dan orang lain baca rasa tidak selesa.


Aku bukanlah jenis yang tak boleh terima pendapat orang lain. Kalau ada komen yang negatif tapi boleh diambil pengajaran macam komen cik anon di atas pun aku tetap akan terima. Aku yakin, semua blogger pun jenis yang boleh terima kritikan tak kiralah kritikan secara positif ataupun negatif. Yang penting, kenalah terima apa sahaja positively walaupun sebenarnya komen tu dalam bentuk negatif...


Aku betul betul mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk komen di blog aku ni asalkan tidak keterlaluan. Cuma kalau boleh biarlah beradab.. Dalam hidup kita ni, kita nak buat apa apa pun mesti ada adab dia kan? Nak makan ada adab, nak pergi toilet ada adab, nak pergi rumah orang ada adab. Senang kata, semuanyalah kena beradab.


Aku yakin semua orang pun tak suka orang yang tidak beradab. Kalau kita ingin menegur, menegur secara baik. Kalau kita musykil, tanyakan dengan berhemah. Kalau kita tak suka, tinggalkan perkara itu. Banyak sebenarnya cara yang boleh kita ambil untuk menjaga hati semua pihak. Tak baik bertindak secara melulu! ^_^


Eh, berceramah panjang pula. Apa-apa pun jomlah kita saling menghormati walaupun kita tak kenal antara satu sama lain. Buang segala rasa yang akan memburukkan keadaan. Tak elok begitu tau! Hehe, senyum dan positive selalu ya! :D


Baiklah itu sahaja... Moga aku akan terus istiqamah dengan blog. Punyalah batu otak ni tak boleh berfikir nak update apa. Huhu...


Oh ya, satu lagi. Untuk blogger sekalian, ini untuk kita. Untuk bukan blogger, ini untuk awak juga! ^^






Ilal liqa'! ;)