Isteri Gemuk

16/2/15




Assalamualaikum dan hai loves~!


Haa... Aku yakin hampa semua sudah pun baca cerita yang pasal suami yang maki isteri dia sebab malu dengan isteri dia tu kan? Cerita tu kan viral sekarang. Walaupun aku tak pasti sama ada cerita itu merupakan cerita benar ataupun hanya rekaan semata, tapi aku yakin memang ada pun lelaki jenis yang begitu. Wahh.. Bila baca cerita tu hari tu memang terus: sakitnya tuh di sini~~ di dalam hatiku~~ Oh ya, satu lagi aku tak mahu letak cerita tu di sini. Sakit hati sangat.


Walaupun aku hanyalah budak-budak yang belum kenal dunia sangat aku boleh rasa lah betapa sakitnya hati kalau dimaki oleh suami yang sangat biadap tu. Baiklah, beginilah ya. Mari sini Cik Niena nak berleter. Wahai lelaki, anda tahukah kenapa isteri anda gemuk? Anda tahukah bahawa isteri anda pun tak minta untuk jadi gemuk? Anda tahukah isteri anda berkorban segalanya untuk melahirkan zuriat anda? Anda tahukah rasanya sedih bila suami tak faham perasaan isteri?


Oh tuhan, aku sangat sensitif bila bercakap tentang lelaki yang tak menghargai isteri ni. Dulu saat becinta, berjanji setia bagai nak gila. Dulu saat bercinta, segalanya sanggup hadapi bersama. Dulu saat bercinta, segalanya indah belaka. Dulu saat bercinta, tiada langsung cacat di mata. Dulu, saat bercinta semuanya sempurna saja. Dulu saat bercinta, bersumpah  hidup mati bersama.


Dengarlah.. Tidak ada seorang pun isteri yang mahu dirinya jadi hodoh. Tak minta langsung untuk berubah fizikalnya. Tapi, kerana untuk melahirkan seorang zuriat, perlukan segala pengorbanan. Mungkin juga, bila sudah semakin dimamah usia, pasti tidak seindah dahulu lagi. Sampai bila kecantikan akan kekal? Sampai mati? Tidak kan. Kadang-kadang tak tunggu tua dan sudah lahirkan anak pun kecantikan tu boleh padam sekelip mata.


Sebelum mencaci memaki, ingat dahulu segala pengorbanan isteri. Ingat dulu susah payah isteri. Ingat dulu jasa isteri. Bukannya sesuka hati mencemuh memaki tanpa rasa bersalah. Bukannya angkat kaki cari yang lain yang cantik berseri. Kalau mahu isteri anda cantik semula, beri la kata-kata semangat untuk mereka. Ajak jogging sama-sama ke? Masakkan makanan yang berkhasiat ke? Haa... Tak ke sweet gitu? Kan kan kan? Xp


Jadi, kesimpulannya tak usahlah fikir kecantikan semata. Bukan ke Rasulullah ada bersabda, "Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya. kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari & Muslim). Agama tu paling penting tau! Yang lain-lain tu kita tak tahu sampai bila akan kekal kan? 


Baiklah, itu sahaja. Maaf kalau terkasar bahasa ke apa. Hehe, memang menaip dengan sedikit emosi. Ampun... v.v


Ilal liqa'!

Jangan Kedekut Ilmu!

1/2/15





Assalamualaikum dan selamat sejahtera loves!~


Wahh, tengok sekarang dah masuk bulan dua. Masa tu bergerak persis kilat. Sedar tak sedar dah berlalu pun sesuatu perkara dan kita akan lalui pula sesuatu perkara yang lain. Baiklah, sini nak cerita sikit sebagai entry pembuka bulan Februari. :)


Ilmu. Semua orang tahu ilmu merupakan sesuatu yang penting untuk semua orang. Tak kisah ilmu apa pun yang memberi manfaat, itu adalah terbaik. Bila kita ada ilmu, ada dua yang kita akan jadi. Sama ada kita akan merendah diri dengan ilmu yang kita ada tu ataupun kita akan bongkak dan sombong dengannya.


Bila kita ada ilmu, pimpinlah orang yang dahagakan bantuan kita. Kita selalu dengar kan, bila kita kongsikan ilmu kita dengan orang lain, pasti ilmu kita akan lebih bertambah. Maksudnya kita akan lebih faham dan lebih menguasi sesuatu ilmu itu. Ilmu tak akan pernah berkurang bila berkongsi dan tak akan pernah habis.


Jangan pernah bongkak dan memandang rendah pada orang lain yang tak punya sesuatu ilmu seperti kita. Kadang-kadang mungkin kita memang banyak ilmu dalam sesuatu bahagian. Namun, jangan lupa kita juga tak punya ilmu yang luas dalam bahagian yang lain. Mungkin juga ilmu yang kita tak ada tu ada pada orang yang kita pandang rendah tersebut.


Sebenarnya, ceritanya mudah. Jangan kedekut ilmu. Ingat, segala ilmu yang kita ada, yang kita perolehi, semuanya ilmu Allah. Tak ada sesuatu pun yang milik mutlak kita. Semuanya milikNya. Segala-galanya bila Dia nak tarik balik, tak perlu tunggu cepat atau lambat. Ikhlas ikhlaskanlah diri bila ada orang lain yang minta kita berkongsi apa yang kita tahu. Kalau kita tak ikhlas, macam mana ilmu yang kita ada tu nak berkat walaupun kita memang bijak. Kebijaksanaan ilmu yang kita ada perlu keberkatan. Tak guna bijak tetapi tak ada keberkatan.


Ingat, bila kita bantu orang lain tambah ilmu, kita pun akan ada bahagiannya juga. Pahala bertambah, ilmu di dada pun bertambah. Ilmu memang tak akan berkurang kalau kita berkongsi. Mana tahu, kalau kita kedekut ilmu sekarang, bila kita tak tahu sesuatu dan mengharapkan bantuan orang lain, orang lain tu pula tak mahu berkongsi dengan kita. Orang kata apa? Karma. Masa itu jangan marahkan dia, imbas diri kita. Pernah tak lakukan perkara yang sama.


Mari layan quotes :) :






Moga kita sama-sama muhasabah diri dan ambil manfaat. InsyaAllah.. :)


Ilal liqa'!


P/S: Buat hampa yang mengenali aku, kalau terbaca blog ni diam-diam ya? Jangan beritahu aku. Nak beritahu orang lain tak apa tapi jangan beritahu aku hampa baca. Malunya eden tak terkata. Buat biasa sudah bila terbaca blog aku ya. Oh, moga memberi manfaat jugak untuk hampa! :)