Kata-kata Boleh Meninggalkan Luka Selama Bertahun-tahun

12/6/15




Assalamualaikum and hi loves!~


Mari ambil sedikit pengajaran daripada quotes di bawah!











Kita selalu lupa. Kita selalu fikirkan kepuasan diri sendiri. Kita selalu tak fikir tentang hati orang lain. Kita selalu anggap tak apa untuk menyakitkan orang lain. Kita selalu tak fikir hati orang lain yang kita sendiri gores. Kita gores sampai berdarah dan luka. Lalu, tinggalkan bekas yang masih jelas walaupun bertahun lamanya. Puas? Tapi fikir. Sampai bila? Suatu masa nanti, kamu akan cari dia untuk memohon maaf. Tapi kalau tak jumpa lagi dia dan dia tak pernah maafkan kamu? Bagaimana? Jadi, mohon kita lebih berhati-hati dan belajar untuk hormat dia walau siapa pun dia.


Ilal liqa'! :)




Saya Nak Bercinta Boleh?

1/6/15




Assalamualaikum and happy June loves~!


Eh, baru perasan yang bulan Mei, langsung tak ada entry. Ampun, aku terlalu sibuk bila Form 4 ni dan seolah-olah mood menulis melayang-layang. Tapi tak apa, aku masih cintakan dunia blog. Hehehe.


Baiklah, sini nak kongsi cerita ataupun pendapat peribadi. Semua orang ada pendapat masing-masing kan? Jadi, nak juga luahkan pendapat. Untuk semua, maaf siap-siap kalau tidak bersetuju. Tajuk ini disukai oleh remaja zaman sekarang. Zaman dulu pun sama kot aku tak tahu. Yang penting, semua orang tahu cinta. Sejujurnya aku geli untuk tulis perkataan cinta apatah lagi untuk cakap dengan mulut aku perkataan tu. Okay, cukup.


Cinta merupakan suatu fitrah manusia yang telah Allah wujudkan dalam diri setiap orang. Jadi, benda itu tidak salah. Bercinta? Juga tidak salah bagi aku. Jadi? Kenapa? Apa masalahnya?


Bagi aku... Bagi aku la, bercinta boleh tapi tak perlu berlebih-lebihan. Oh, ini untuk pasangan yang tiada hubungan yang sah ya iaitu pernikahan. Tak perlu melampaui batas. Tak perlu pegang-pegang. Tak perlu bercuti ke serata tempat tanpa ikatan yang sah. Tak perlu kawal apa yang pasangan nak buat. Tak perlu nak suruh pasangan hantar ke tempat kerja dan jemput pulang setiap hari. Tak perlu panggilan manja mengada-ngada. Kenapa? Sebab bukan isteri/suami kita.

"Hang pun remaja wey... Tok sah la dok cakap lagu tu.. Nanti satu hari nanti, hang pun bercinta jugak.. Podahhh!"

Lebih kurang gitu la jawapan yang aku dapat daripada someone tapi tak ada la kasar gitu. Kekeke, saja nak lebih-lebih. Yes, betul. Aku remaja dan aku tak nafikan kalau suatu hari nanti aku akan bercinta. Tapi yang pasti bukan di SEKOLAH. Bercinta zaman persekolahan sangat mengarut bagi aku. Aku juga tak nafikan yang ada juga yang Alhamdulillah betul-betul ada jodoh.


credit to owner. gambar pinjam google.


Aku tulis entry ini sebabnya ada seseorang yang dekat dengan aku ni bercinta dari zaman sekolah dan dalam tempoh 'percintaan' tersebut asyik gaaaaduhhh manjang. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Itu salah. Ini salah. Macam-macam la masalah mereka ini. Aku tak boleh nak kata apa sebab aku hanya budak-budak hingusan. Jadi, mereka tak akan peduli cakap aku. Dan akhirnya ambil keputusan untuk putus dan aku tak pasti lah pulak hubungan mereka ni macam mana.


Masa zaman bercinta ni, mereka ni lebih kurang macam gambar di atas set set 'love you till jannah. anything for you. lautan api sanggup ku redahi. segalanya untuk mu sayang ku cinta ku.' Haa.. Ini namanya bercinta bagai nak rak, rak patah. Aku bukan nak mencerca ataupun apa-apa sahaja perkataan yang sinonim sebabnya aku pun bukan budak baik dan jauh sekali muslimah solehah. Ini kenyataan. Ini benar-benar berlaku. Aku takut kalau aku juga akan jadi seperti mereka. Harap tidak.





Dan aku tergerak hati untuk tulis tentang ini selepas aku tengok video dubsmash dua orang remaja ni. Aku saja la tengok ingatkan ada benda lawak-lawak ke kan, tapi bila sampai part tengah-tengah, amboi kau. Lebih-lebih pulak terus aku tekan pangkah. Terkejut aku tengok. Dan lebih mengejutkan aku bila ada lebih 200 orang yang like video tu dan majoritinya aku yakin adalah orang Islam sendiri. Moga diberikan cahaya kebenaran dalam hati mereka untuk sedar kesalahan yang mereka lakukan.


Kesimpulannya, tak salah untuk ada perasaan tersebut. Tak salah untuk mungkin sukakan seseorang. Tapi, simpan saja semua itu dalam diri sendiri buat suatu tempoh waktu. Tak usah risau, satu hari nanti, bila tiba waktu yang tepat, dengan orang yang tepat, luahkan saja semua isi hatimu. Ustazah kata, sekalipun kita duduk di dalam gua, kalau ada jodoh, bertemu jua. Dia tak akan lari. Dia tak akan ke mana kalau sudah ditakdirkan untuk pasangannya yang sudah ditetapkan. Walau beribu tahun bercinta, kalau bukan dia, bukanlah. Walau beribu tahun tidak pernah mengenali, kalau sudah dia, dialah. Serah pada Dia. Remaja, sekarang masih belum masanya. :)



Love notes: Aku tak adalah tak faham perasaan tu bagaimana. Faham. Boleh mengerti. Tapi, rasanya tak patut untuk berlebih-lebih. Sederhana. Patuh syariah. Cukup. Tak usah bercintalah kalau rasa diri masih anak-anak. Tak usah bercintalah kalau rasa diri masih manja-manja. Tak usah bercintalah kalau rasa diri masih budak-budak. Tak usah bercintalah kalau rasa diri masih tak pandai berdikari. Tak usah bercintalah kalau rasa diri masih memuncung panjang bila dimarah emak. Tak usah bercintalah kalau rasa jalan masih jauh. Hihihi. Ini hanyalah pandangan aku sahaja. Lain orang, lain pendapatnya. Tak apa, kita terima semua pendapat asalkan tidak lari dari apa yang digariskan dalam agama. :D


Apa-apa pun, untuk kita semua, moga berbahagia selalu! Ilal liqa'!