Berdebat di Laman Sosial

27/8/15






Assalamualaikum dan hai loves!~


Rasa tajuk macam ala-ala karangan pula ya. Hehe. Ceritanya begini, setiap hari kita semua pasti akan buka laman-laman sosial yang ada sekarang ni kan? Macam-macam ada. Untuk aku, benda yang aku wajib buka setiap hari ialah, Facebook, Whatsapp dan Blogger. Tapi yang menarik minat aku untuk menulis tentang berdebat di laman sosial ni lebih kepada Facebook.


Aku ada lah like page-page yang berunsurkan informasi terkini dan mungkin juga hiburan. Oh, untuk pengetahuan, aku buka Facebook hanya untuk baca info-info terkini dan status siapa siapa entah yang muncul dekat wall aku lah kan? Kalau untuk chat, aku memang malas. Oh ya, dan juga membaca komen-komen bagaikan drama bagi setiap informasi atau apa-apa sahaja yang dikongsikan oleh page.


Aku syok tengok komen ja. Bijak bijak belaka orang-orang Malaysia ini dalam menegakkan benang yang basah ya? Hehehe.. Sebenarnya aku ada lah terbaca ada seorang kakak ni yang mengutarakan pendapatnya mengenai vape. Isu yang sensitif ya. Dan dia dapat banyak likes. Tak kurang juga dengan yang dislikes. Nasib baik tak ada button dislike, kalau ada dah ditekan-tekannya dengan penuh rakus oleh jiwa-jiwa yang tak boleh menerima pendapat kakak ni.





Aku tengok ada la mereka yang mungkin tidak bersetuju dengan pendapat kakak ni. Ada yang menentang dengan cara yang baik dan sopan dan tak kurang juga yang kurang sopan atau mungkin tak sopan langsung. Mereka betul betul tidak bersetuju sampai maki maki kakak tu. Mencarut dekat kakak tu. Kata macam-macam lah sampai aku pulak rasa macam nak tumbuk skrin laptop.


Mungkin bukan kakak ni saja yang pernah terkena, ramaaiii lagi yang pernah terkena perkara yang sama kan? Beginilah, apa kata kalau ada orang yang mengutarakan pendapatnya, boleh tak kalau kita tenangkan diri walaupun kita tidak bersetuju. Boleh tak kalau kita tarik nafas dalam dalam dan tenangkan fikiran dahulu instead of terus serbu, maki hamun dengan nafas turun naik bagai nak gila. Kan?




Tak salah untuk kita tidak bersetuju dan kita nak sampaikan pendapat kita pula. It's OKAY. Tiada masalah untuk tidak bersetuju. Tidak salah untuk sampaikan dekat orang lain pula tentang apa yang kita fikirkan. Boleh berdebat, tetapi secara baik dan beradab. Bukannya berdebat pong pang pong pang aku tetap betul kau tetap salah, kau bodoh aku jugak yang bijak, pendapat kau tak boleh guna, pendapat aku paling bernas. A big NO!





Ingat ya, di mana-mana pun perlu ada adab, hatta di laman sosial pun. Mungkin kita rasa selesa dengan apa yang kita buat sebab kita fikir tak ramai yang kenal kita kan? Walaupun mungkin orang tak kenal kita siapa, tapi kena sentiasa ingat orang lain pun turut memerhatikan sikap kita. Bila mereka tengok saja sikap kita yang buruk ni di laman sosial, sebenarnya kita pun mungkin dah kena cacian dan makian yang lebih teruk daripada yang kita komen. Cuma, mereka tak reply comment yang kita buat tu sahaja. Kalau mereka balas, mungkin lebih teruk kita dapat.



Jadi itulah dia, orang Malaysia yang kenkonons terkenal dengan adab sopan dan budi bahasa bagaikan lenyap begitu sahaja kalau tengok di laman-laman sosial. Rasa nak marah betul tau. >.< Budi bahasa budaya kita tu mana dia? Apa-apapun ini semua adalah untuk peringatan dan pengajaran buat aku dan hampa semua juga.


Ilal liqa' loves.


P/S: tak tahu kenapa entry aku sejak kebelakangan ni macam seriousss manjang. Aku baca pun rasa macam kejung muka. Ampunnn... Aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Aku tak berniat pun untuk serious, tapi tu lah dia jadi sendiri.