Tak Awesome La Tak Kawan Dengan Lelaki!

14/10/15




Assalamualaikum dan hai loves~!



Siapa di sini yang suka kawan dengan lelaki? Dan yang mungkin tak berapa suka kawan dengan lelaki? Untuk aku, aku memang kurang gemar untuk berkawan dengan lelaki. Ada orang yang pernah kata dekat aku yang aku ni anti lelaki. Oh! Itu sama sekali tidak benar. Aku tak anti langsung dengan lelaki. Kenapa nak anti sedangkan ayah dan adik beradik aku sendiri semuanya lelaki. Hanya mak aku dengan aku sahajalah perempuan dalam keluarga. Hehe. :D



Tiba-tiba aku teringat balik beberapa tahun yang lalu ada seorang kawan baik aku ni pernah kata dekat aku, "tak awesome la hang ni tak kawan dengan lelaki." Aku pula hanya krik krik. Tak tahu nak kata apa bila dia kata macam itu. Sebenarnya aku lebih suka kawan dengan perempuan sebab aku perempuan. Aku boleh cerita apa saja hal berkaitan dengan perempuan bila dengan kawan perempuan.


Dan tadi pulak aku ada terbaca yang sesetengah orang yang lebih suka kawan dengan lelaki ni sebab lelaki tak cepat terasa, tak suka ber'drama'. Berbanding dengan perempuan, macam-macam yang tersirat di hati perempuan ni kan? Aku tak nafikan benda itu. Ada betulnya juga apa yang dikatakan tu. Perempuan memang cepat terasa. Selalu moody. Dan macam-macam lagi kerenahnya yang menguji kesabaran.


Girls


Tapi ceritanya sebenarnya mudah, kalau nasib kita dah jumpa dengan kawan perempuan yang begitu, nak buat macam mana. Kan? Bukan semua perempuan jenis moody, cepat sentap, cepat marah. Aku pun ada kawan yang begini dan tak dinafikan aku pun kadang-kadang moody, cepat sentap, cepat marah. Aku yakin, orang yang kata lebih suka kawan dengan lelaki pun ada juga sifat-sifat yang dia sendiri tak suka tu.


Oh ya, kenapa aku tak gemar kawan dengan lelaki? Pertama-tama sekali jangan salah faham ya, aku tak benci dan tak anti dengan lelaki sama sekali. Dan juga bukan sebab aku rasa laki ni jahat ke apa. Tidak.. Aku memang dari dulu lagi tak biasa kawan lelaki. Sebabnya aku rasa tak selesa. Nak bercakap dengan lelaki pun aku rasa susah sangat. Aku rasa kalau kira-kira budak-budak lelaki kelas aku dari dulu, memang boleh kira dengan jari ja siapa yang aku pernah cakap. Hihihi..


Sebenarnya tak salah pun untuk kita berkawan dengan sesiapa sahaja. Asalkan kena ingat satu, jaga batas pergaulan. Janganlah bila kata rapat dengan kawan berlainan jantina, bebas bertepuk tampar sana sini, duduk rapat-rapat. Tak boleh tau! Kalau kita fikir yang berkawan terlalu rapat dengan kawan berlainan jantina itu awesome, aku tidak bersetuju. Kita awesome bila kita berjaya jaga adab-adab berkawan tak kira dengan kawan lelaki ataupun perempuan! Tak sewenang-wenangnya nak sakitkan hati kawan, nak mengata dekat kawan, nak burukkan kawan, pandang rendah dekat kawan.


Aku rasa post ni dah terlalu panjang, maafkan aku kalau post ini agak menganggu pada sesiapa yang tidak bersetuju. Ini hanyalah pendapat aku yang serba kekurangan. Jadi, akhir sekali, hampa rasa awesome ke tidak berkawan dengan lelaki? Boleh beri pendapat hampa jugak di bawah! ;)


Love note: Tahun ni tahun paling kurang update blog. Tak tahulah kenapa. Skill menulis semakin tumpul. Hehehe.. Apa-apapun nak minta tolong ni. Doakan aku untuk exam nanti ya! Terima kasih! :D