Tidak Berpuas Hati Dengan Pencapaian Anak

23/11/15





Assalamualaikum dan hai loves~!


Goodbye form 4! Tamatlah sudah perjalanan aku sebagai pelajar form 4. Aku rasa macam tak pernah ada dalam form 4. Alhamdulillah aku dapat juga tempuhi kehidupan form 4 yang aku sangat takut masa mula-mula dulu macam yang aku tulis di entry Hai, Saya Budak Form 4. Akhirnya aku dapat juga result yang aku nak akhir tahun ni walaupun memang tidak la untuk lawan budak-budak lain yang super intelligent tu tapi sangat bersyukur. Result aku biasa-biasa sahaja. :) Segala puji hanya bagi tuhan sekalian alam.


Baiklah, bercerita soal result. Tadi aku ada tengok di Facebook pasal ada la seorang ibu ni tidak berpuas hati dengan result anaknya. Aku tak pasti lah sama ada hampa dah tengok ke belum. Yang penting tak nak letak di sini. Hehe. Kalau tahu diam-diam kalau tak tahu pun tak apalah. Aku pun tak tahu siapa orangnya tu.


Okay, ceritanya anak beliau tak dapat top 3 macam kebiasaannya. Kedudukan anaknya tu turun sedikit walaupun dapat juga banyak A. Makanya, beliau sangat kecewa. Then, aku tengok la comment. Ramai juga yang tak berapa bersetuju dengan ibu ni. Termasuklah aku..... Hihi..


Kenapa aku tidak bersetuju? Kalau untuk aku, aku sebagai anak tak suka kalau parents rasa down sangat dengan result aku. Aku rasa anak akan rasa lebih tertekan dan sedih sebab dah kecewakan parents. Aku ada baca comment. Dia cerita ada budak kolej dia ni stress parents asyik bandingkan kepandaian dia dengan adik-beradik yang lain. Jadi untuk tamatkan cerita, dia bunuh diri terjun kolam.





Mesti kita tak nak kan kalau anak kita jadi begitu? Jadi, tak usahlah terlalu pressure anak-anak. Bagi aku, result anak ibu tadi ni dah kira bagus sangat dah tu sebab dalam kelas ada 40 orang lebih dan anaknya berada dalam top 10. Kira bagus ke idak dah ni?


Sebenarnya begini, aku selalu sangat sebut hidup ibarat roda, hidup ibarat roda. Aku selalu berpegang pada kata-kata ini. Bukan setiap masa kita akan sentiasa berada di atas dan dapat banggakan semua orang. Apa yang kita dapat hari ini juga atas aturan Allah. Kenapa kadang-kadang Dia takdirkan kita untuk berada di bawah? Untuk kita tidak selalu bermegah dengan diri sendiri. Juga untuk kita merasa bagaimana perasaan berada di bawah ni.


Dan last sekali nak cakap, tak apalah ibu.. Anak tu masih jauh lagi perjalanannya. Kadang-kadang result yang bagus pun tidak dapat menentukan masa depan. Mana tahu kalau sekarang asyik bagus sahaja resultnya, nanti bila dah PT3, SPM, universiti tak elok pula bagaimana? Mesti lagi tak dapat terima kan? Jadi, apa-apapun kena sentiasa bersyukur kerana hikmahnya itu sentiasa ada walaupun kadang-kadang kita belum nampak.


Satu lagi, nak cerita dulu masa sekolah rendah darjah 4 akulah orangnya yang paling menyedihkan sekali dalam kelas sebab aku duduk kelas pertama. Kalau yang fail math tu dah tahu dah siapa. Hahaha.  Aku selalu berada dalam bottom 3, bottom 4. At the end, masa nak dekat UPSR memang math dah rasa senang sangat dah.  Dan alhamdulillah sekarang math mode lah subject yang aku gemari dan rasa sangat senang. Tapi Add Math tak payah tanya. T.T


Kesimpulannya, apa-apa pun yang kita dapat hari ini kena sentiasa bersyukur. Sebabnya kita dah buat yang terbaik dan apa yang kita dapat adalah ketentuan Allah. Lainlah kalau kita memang tak berusaha langsung and kita nak kecewa dengan result kita tu. Itu memang lain cerita. Allah dah janji, siapa hambaNya yang bersyukur, Dia akan tambah lagi nikmat. Jadi, usaha dan lakukan yang terbaik serta berdoalah. InsyaAllah, Dia akan beri yang terbaik buat hamba-hambaNya kerana Dia sudah merancang yang terbaik.














Bilakah Hati Kita Dianggap Sakit?

4/11/15





Assalamualaikum dan hai loves~!


Sakit hati boleh dikaitkan dengan macam-macam. Sakit yang macam mana? Hati sakit bila disakiti orang. Hati sakit bila hubungan dengan Allah renggang. Hati sakit disebabkan penyakit yang dah dapat dikesan. Tapi sekarang, aku nak cerita tentang hati yang sakit disebabkan kita sendiri yang menjadikannya sakit.


Apa yang aku maksudkan dengan kita sendiri yang menjadikannya sakit? Mungkin aku boleh senaraikan beberapa perkara yang aku rasa yang sebenarnya kita tak sedar kita dah menimbulkan hati yang sakit tu.


  •   Apabila kita merasa kita lebih

Dalam apa-apa jua perkara, kita akan sentiasa perhati orang lain. Dan dalam hati kita, sentiasa rasa macam aku jugak yang bagus, aku jugak yang elok. Kita akan sentiasa rasa nak korek dan selidik kekurangan orang lain untuk dibandingkan dengan kelebihan kita. Mungkin memang kita lebih daripada orang lain, tapi kita juga tak sedar yang kita juga ada kekurangannya berbanding orang lain.


  •   Apabila merasa hasad dengan kelebihan orang lain

Bila kita tengok orang lain pula lebih daripada kita, kita rasa tak puas hati. Kita cemburu dengan mereka. Kita harap-harap mereka akan jatuh tersungkur sama macam kita. Kena ingat kata-kata yang selalu kita dengar, 'hidup ini ibarat roda'. Setiap orang akan merasa jatuh bangunnya. Mungkin hari ini kita kurang dan mereka lebih. Tak mengapa. InsyaAllah, pada masa lain giliran kita pula. Untuk apa tidak senang dengan kelebihan orang lain?


  •   Apabila sentiasa merasa kita sentiasa benar

Apa sahaja yang orang lain katakan dan orang lain lakukan, sentiasa tidak kena di mata kita. Mereka tetap salah dan kita tetap betul. Apa yang kita kata dan lakukan orang lain perlu sentiasa setuju. Apa yang kita arahkah, orang lain wajib patuhi. Ini tidak benar. Bukan semua tindakan dan kata-kata kita sentiasa benar walaupun kita rasa ia benar. Kadang-kadang kita tak sedar benda ini.

  •   Apabila kita memandang rendah pada orang lain

Kita sentiasa pandang orang lain serba kekurangan. Kita sentiasa yakin yang orang lain tak akan dapat tandingi kita dalam segala hal. Kita sentiasa pandang rendah tentang kebolehan mereka. Kita sentiasa merasa orang lain buruk dan hina di mata kita. Kadang-kadang kita sanggup menyindir mereka untuk buktikan yang mereka memang selayaknya disindir begitu. Mengapa begini sedangkan kadang-kadang kita juga tak tahu yang mungkin dalam masa yang sama, ada orang lain yang sedang lakukan perkara yang sama macam apa yang kita lakukan sekarang.


***

Kadang-kadang kita tak sedar pun sebenarnya hati kita sedang sakit. Mungkin memang orang lain nampak tidak kesah dan selayaknya kita layan mereka begitu. Tapi kita tak tahu apa yang ada dalam hati mereka. Mungkin mereka sentiasa merasa marah dengan kita pada setiap masa walaupun di depan kita mereka sentiasa tersenyum manis.


Sebenarnya perkara-perkara yang aku senaraikan di atas terjadi kerana satu sahaja perkara. Kerana kita bersifat LANGIT. Kita merasa kita tinggi, hebat dan gah. Orang lain selayaknya diinjak-injak seperti TANAH. 




Mungkin hari ini kita boleh menginjak orang lain. Tapi ingat suatu hari nanti, jangan salahkan sesiapa apabila kita roboh menyembah tanah dengan sifat langit yang kita ada. Jangan salahkan sesiapa apabila kita juga diinjak seperti apa yang pernah kita lakukan. What goes around, comes around.