Semua Perkara Tentang Korea, KPOP ke?

16/12/16





Assalamualaikum dan hai loves~!


Baru hari ni rasa macam ada desakan untuk tulis entry baru. Apa-apapun, aku baru saja habis SPM seperti yang digembar-gemburkan ituhh.. Tak lama pun dari 7/11-29/11 sahaja. Itu pon semestinya ada gap la kan. Tapi gap aku tak panjang. Jadi, sekejap saja lah examnya.. Sekarang tengah kena sindrom kebosanan tak tau nak buat apa langsung kat rumah. Ada movie best tak? Share la sikit movie apa syok!


Baiklah, mari kita bergerak ke tajuk aku hari ini. Semua Perkara Tentang Korea, KPOP ke? Aku buat tajuk begini sebab apa tau.. Sebab aku tengok ramai lah di media sosial ni kalau cakap apa-apa saja pun yang berkaitan Korea dikaitkannya dengan KPOP. Cakap pasal drama korea, kait dengan KPOP. Cakap pasal makanan Korea, kait dengan KPOP. Cakap pasal runningman, kait dengan KPOP. Pokoknya, apa-apa sahajalah yang berkaitan dengan Korea dikatanya KPOP.


KPOP itu sejenis genre musik kan? KOREAN POP. Mari aku selitkan sedikit dari wikipedia.


K-pop (an abbreviation of Korean popHangul케이팝) is a musical genre originating in South Korea that is characterized by a wide variety of audiovisual elements. Although it comprises all genres of "popular music" within South Korea, the term is more often used in a narrower sense to describe a modern form of South Korean pop music covering a range of styles including dance-poppop balladelectropopR&B and hip-hop music.[1] The genre emerged with one of the earliest K-pop groups, Seo Taiji and Boys, forming in 1992. Their experimentation with different styles of music "reshaped Korea's music scene".[2] As a result, the integration of foreign musical elements has now become common practice in the K-pop industry.[5]  cc.wikipedia







Mungkin kerana kes-kes terdahulu yang para remaja perempuan terlonjak gembira sampai peluk artis KPOP tu menjadi salah satu punca yang orang kita jadi sakit hati sangat dengan KPOP ni sampai semua benda pasal Korea pun nak sakit hati.


Untuk pengetahuan, aku memang tak minat langsung KPOP ni dan aku dah lama pun kenal Korea Korea ni semua. Aku layan drama sahaja dan variety show, RunningMan. Itupun lepas ni dah tak adalah aku nak melayan lagi disebabkan RunningMan pun akan tamatkan siarannya tak lama lagi. Aku tak adalah fanatik pon.


Bagi aku, tak salah pun kalau ada orang nak minat KPOP ke, budaya Korea ke, makanan Korea ke, cerita Korea ke atau bahasa Korea sekalipun asalkan janganlah sampai taksub benor. Kadang-kadang aku tengok ada yang sampai nak marah lah nak nangis lah bila ada mana-mana artis Korea yang dating dengan artis Korea yang lain. Aku rasa agak tak patut la fans nak masuk campur hal peribadi mereka. Biar saja lah nak bercinta dengan siapa pun. Itu kehidupan mereka. Nak minat, minatlah. Tapi janganlah sampai setiap masa setiap saat asyik memikirkan Korea dan KPOP sahaja. Sampai ada jugak yang memaki hamun sesama sendiri semata-mata nak menangkan artis kesayangan mereka. Mungkin sebabkan ada peminat-peminat termasuk orang Malaysia yang sebegini, menyebabkan ramai yang rasa sakit hati betul bila sebut pasal Korea ni. Hehe..



Apa-apapun, janganlah asyik kaitkan semua benda Korea dengan KPOP. Kesian orang yang tak minat KPOP tapi disebabkan suka dengan perkara lain tentang Korea pon di'bash'nya. Ada ja tau orang-orang yang lebih tua layan jugak Korea, macam makcik dan ayah aku pon layan drama Korea jugak tau kadang-kadang! Mak kawan aku pon ada jugak layan! Takkan pula nak kata makcik-makcik pakcik-pakcik ni KPOP jugak? Hihihi.. Tak boleh bayangkan pula kalau ada makcik pakcik yang ikut nyanyi nyanyi dengar lagu KPOP. XD


Jadi, itulah dia.. Hormatlah juga apa yang orang lain minat asalkan mereka tak melebih-lebih. Iya tak?


***


Jun Ji Hyun. Cantik. ❤_


p/s: Hampa tengok Legend of The Blue Sea tak? Bagi aku, cerita tu tak kena sangat dengan taste aku. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab aku tak minat Lee Min Ho kah? Tapi aku memang minat dengan lakonan Jun Ji Hyun. Tengok drama ni pon sebab Jun Ji Hyun lah. Tapi dia memang pandai beri sense of humor. Comel sangat dia berlakon. Disebabkan aku tengok You Who Came From The Star dulu aku jadi minat sangat tengok Jun Ji Hyun. Tapi cerita kali ini tak berapa kena dengan aku tak macam cerita You Who Came From The Star. But still, Jun Ji Hyun punya lakonan tetap best dalam drama Legend of The Blue Sea ni pon.  Hampa rasa best ke tidak Legend of The Blue Sea?



Movie Korea Sedih Tak Boleh Bawak Bincang!

16/6/16



Miracle in Cell No.7
2013


Assalamualaikum and hai loves!~


Lama gilaaa aku tak menulis di blog. Dalam lebih kurang empat bulan jugak rasanya. Iolls kan budak nak SPM katanya... HA HA HA. Sedih. Tapi hari ni tiba-tiba rasa nak tulis something. Jadi, moh ler kite..


Baik, aku sebenarnya baru saja tengok movie korea ni. Padahal cerita ni dah tiga tahun lepas dah keluar tapi masa cuti dua minggu baru-baru ni barulah aku rasa nak tengok sebab terpengaruh dengan kawan yang kata cerita ni best. Dulu aku dah ada ura-ura nak tengok jugak tapi tak jadi sebab rasa macam malas nak tengok.


Sebelum tu, mai la baca sikit pasal apa cerita ni.

A father (Ryoo Seung-Ryong), who is mentally handicapped, but loves his daughter very much, is falsely accused of a crime and sent to prison. Later, his daughter Ye-Seung (Park Shin-Hye, who is a law school student, works to prove his innocence.
Back in 1997, Yong-Goo lives happily with his daughter Ye-Seung (Kal So-Won), even though he has the intelligence of a child. They stop by a shop everyday to look at a yellow Sailor Moon backpack that he hopes to buy his daughter. One day, they notice that the last yellow Sailor Moon backpack is being sold. Yong-Goo goes inside the store to plead his case, but the father buying the backpack ends up slapping Yong-Goo.
The following day, the girl who bought the yellow Sailor Moon backpack sees Yong-Goo working in the grocery store parking lot. She tells him that she knows another store that sells the same yellow backback. Yong-Goo follows the girl to a traditional outdoor market. A short while later, the girl is laying on the ground unconscious and Yong-Goo is trying to perform CPR. A woman walks by and calls the police.
Yong-Goo is accused of kidnap and murder. The father of the dead girl is also the chief of the National Police Agency. Yong-Goo is given the death penalty and incarcerated. In prison, Yong-Goo shares a jail cell with five other inmates. One day, Yong-Goo saves the life of his cellmate So Yang-Ho (Oh Dal-Su) from a rival prison gang leader. So Yang-Ho then offers to help Yong-Goo in any way he can to return the favor. Yong-Goo tells So Yang-Ho that he wants to see his daughter Ye-Seung. The five inmates then plan to make a miracle happen.


Mesti malas gila nak baca kan? Kekeke.. Tapi tak apalah, sebenarnya cerita dia pasal seorang ayah ni kena tuduh bunuh seorang budak. Jadi, kena tangkap and masuk penjara. Ayah ni pun tak tahu nak defend diri dia dan ceritakan hal sebenar sebab dia ni seorang yang mentally handicapped.


Bila dah masuk penjara ada banyak scenes yang lawak sebenarnya. Macam-macam yang cell mates ayah ni buat untuk wujudkan 'keajaiban' dalam cell no. 7 tersebut. Memang BEST gila okeng? Ini antara scenes di dalam penjara:








Part sedihnya pulakkk, hang tunggu sat!! MEMANG TAK BOLEH BAWAK BINCANG LANGSUNG! Menjejeh-jejeh ayaq mata keluaq. Satu-satunya cerita korea yang berjaya buat aku menangis sedih nak pengsan. Cerita-cerita korea lain ada ja yang sedih tapi tak ada lah sampai buat aku nangis pon. Ini antaranya:






T.T Cry a river


Tentang semua pelakonnya pulak memang terbaik, menjadi dan sangatlah sampai pada penonton. Semua watak best dalam cerita ni. Paling menjadi of course si ayah dan anak yang memang nampak betul kasih sayang tu. T.T




Kesimpulannya, nilai kasih sayang ayah dan anak tu sangatlah besar dalam cerita ni. I cannotttt tahan bila ingat balik scenes dalam cerita ni. Jadi, tak mau tulis banyak dah, nak tahu hampa tengok tak lagi cerita ni? Jangan risau, kalau hampa yang tak suka tengok cerita korea pon boleh tengok cerita ni sebab dia bukan pasal pelakon-pelakon yang kacak comel dan cerita cintan cintun bagai. Mungkin hampa boleh give it a try. Aku pun tak berapa suka cerita sedih sebenarnya tapi untuk yang ini, memang kena cuba try test okeyh?!


Apa pendapat hampa yang dah tengok cerita ni? dan untuk yang belum tengok pon boleh share your thoughts beloww okey?! ;)


Sekian, ilal liqa'!

Baca Novel Itu Syok Sendiri?

14/2/16




Assalamualaikum dan hai loves~!


Aku terus rasa terpukul untuk tulis entry ini selepas ayah aku share article di whatsapp berkaitan dengan novel melayu masa kini. Memandangkan aku merupakan bekas pembaca novel tegar, aku terpanggil untuk memberikan pendapat aku pula, Oh, sebelum tu aku bagi link dulu untuk artikel tersebut. Tekan SINI.


"Aku Cinta Kau, Kau Cinta Aku Tak?"

"Sayangku, Si Barista"

"Si Bunga Di Hati Teruna"

"Engkau Crush, Aku Stalker"

Dan berbagai-bagai lagi tajuk seumpamanya yang menjadi penghias novel masa kini. Tajuk-tajuk di atas ni aku reka sendiri sahaja. Tak mahu lah cari pasal pula guna tajuk novel orang. Hehe.. >.<


Baiklah, sebenarnya begini. Dalam artikel tersebut, individu ini pelik sangat tengok tajuk-tajuk novel melayu seperti ini yang memang bagai cendawan tumbuh di atas rak-rak kedai buku dan berbeza sangat dengan zaman dulu-dulu yang banyak novel-novel yang lebih real, mencabar dan memberi banyak pengajaran.


Untuk ini,  aku memang setuju lah jugak. Memang banyak sahaja yang pelik pelik tajuk novel melayu sekarang ni. Aku pun dah setahun lebih tak beli novel. Baik, aku bukan nak cerita pasal aku. Maaf. 


Ceritanya di sini, adakah baca novel melayu itu dikategorikan sebagai syok sendiri? Maksudnya, baca novel melayu cintan cintun ini lah. Jawapan aku ialah ya dan tidak. Macam mana tu?


Ya sekiranya kita ni sebagai remaja tak tahu nak bezakan antara realiti dan juga fantasi. Kita baca novel sampai kita rasa terawang-awang dan bila kita dah tutup novel tu pun kita masih lagi rasa 'kehangatan cinta' dalam novel tersebut. Kita juga akan buat senarai pasangan impian dengan ciri-ciri seperti yang ada dalam novel. Bila duduk di mana-mana pun kita akan rasa macam 'seronoknya bercinta' 'seronoknya kahwin' 'seronoknya ada orang sayang(macamlah keluarga tak pernah sayang)'. Begitulah ceritanya yang dipanggil syok sendiri bagi aku.


Tidak pulak sekiranya kita tahu bahawa yang di dalam novel ialah fantasi dan rekaan semata-mata dan sekarang ini 'aku berada di dunia nyata'. Bila kita baca novel tersebut, kita hanya dapat bayangkan situasinya bagaimana dan sebagainya. Namun, bila kita tutup sahaja novel tersebut, kita tahu semua yang kita baca tadi hanyalah rekaan semata-mata dan kita tak boleh ikut pun. Kita jugak akan dapat cungkil pengajaran yang ada dalam novel tersebut. Bagi aku, sebenarnya semua bahan bacaan ada pengajarannya yang tersendiri. Rugilah kita kalau kita hanya baca buta buta tanpa fikir pengajaran yang ada dalam sesebuah karya.


Jadi itulah dia pendapat aku. Sebenarnya, apa-apa pun semuanya bergantung kepada seseorang individu itu sendiri. Sama ada dia pandai nak bezakan benda betul dan tidak. Pandai nak bezakan sesuatu yang kena ikut ataupun tidak. Tapi betul, kalau nak improve bahasa, memang kena baca novel melayu yang sebenar-benarnya. Contohnya, novel sastera. Tapi tak silap aku novel sastera tingkatan empat pun dah berkaitan dengan cinta dan agak tidak sesuai dengan remaja? Tak tahulah aku. Aku cuma ada terbaca di laman sosial ni lah pasal novel tu.


Okeylah, itu sahaja yang aku nak ceritakan di sini. Aku rasa macam panjang sangat dah tulis. Itupun kalau hampa rajin nak baca. Hihihi.. Baiklah sampai di sini sahaja dulu. Aku nak buat kerja sekolah. XD


Ilal liqa'!


Bukan Kita Saja Ada Masalah

14/1/16




Assalamualaikum dan hai loves~!


Siapa ja yang tak ada masalah dalam dunia ni kan? Semua orang ada masalah masing-masing. Semua orang pun tertekan dengan masalah sendiri. Cuma setiap orang berbeza-beza cara mereka handle masalah.


Ada orang, bila ada masalah dia suka pendam saja. Ada orang, bila ada masalah memang nampak betul dia tertekan. Ada orang, bila ada masalah makin nampak dia ceria. Ada orang, bila ada masalah nampak macam tiada apa-apa.


Tapi yang pasti semua orang sebenarnya memang tertekan dengan masalah masing-masing. Jadi, tak bolehlah kita anggap orang lain tu tak ada masalah. Kalau kita rasa masalah kita besar sangat, entah entah orang lain punya masalah lagi besar daripada kita. Cuma mereka tak tunjuk saja pada kita.


Satu lagi, bila kita ada masalah kita memang akan rasa berat sangat bahu ni memikul kan? Tapi janganlah sampai terkena tempias pada orang lain yang ada masalah yang sama jugak macam kita. Kita marah marah orang tu, padahal orang tu pun hadap juga masalah yang sama macam kita. Kenapa kita perlu fikirkan diri kita sahaja?


Kita juga selalu tak fikir perasaan orang lain bila kita berada dalam masalah. Bila kita ada masalah, kita rasa nak salahkan orang di sekeliling kita. Kita rasa nak cakap saja apa yang kita nak cakap. Sebab apa ya? Hilang ke masalah bila kita tempiaskan pada orang lain?


Jadi kesimpulannya, tak usahlah fikir masalah kita sahaja. Orang lain pun ada masalah mereka yang tersendiri. Kita kenalah hormat juga orang lain. Jangan disebabkan kita rasa bahu kita dah berat sangat dengan masalah, kita dah boleh bertindak sesuka hati kita. Dan kadang-kadang orang lain tak mahu cakap apa-apa kepada kita yang bermasalah ni sebab tak mahu tersalah cakap ke terguris hati ke apa. Tapi balik balik kita jugak yang gores hati orang yang nak menjaga hati kita yang bermasalah ni.. Huhuhu...


Baiklah, entry ini merupakan peringatan kepada diri aku dan juga pengajaran kepada hampa semua. Itu sahaja.. :)


Ilal liqa'!

What Goes Around, Comes Around

9/1/16





Assalamualaikum dan hai loves~!


Ini ialah entry pertama aku untuk tahun 2016. Sangat-sangat ketinggalan daripada orang lain. Memandangkan aku dah mula sekolah, jadi aku rasa blog sudah sedikit terabai. First week of school tiada apa-apa yang luar biasa pun. Semuanya biasa-biasa saja... Cuma harap aku dapat lakukan yang terbaik demi kejayaan. Amin....


Baiklah, sekarang nak cerita tentang 'what goes around, comes around'. Benda ni betul tau. Contohnya, apa yang kita buat pada orang sekarang, kita akan dapat balik.


Kalau kita selalu kata dekat orang, esok esok orang lain pulak kata dekat kita. Kalau kita suka fitnah orang, nanti nanti orang fitnah kita pulak. Kalau kita suka pandang rendah dekat orang, bila bila orang pandang rendah pada kita pulak.


Mungkin tidak hari ini. Mungkin esok, mungkin lusa. Kita tak tahu. Jangan suka rasa kita lebih baik lebih bagus daripada orang lain. Jangan ingat kita tak akan rasa apa dia rasa hari ini.


Jadi, dalam kehidupan kita, mesti hati-hati. Kita tak tahu apa yang orang lain simpan dalam hati tentang kita. Kadang-kadang mereka malas saja nak besar-besarkan isu. Tak mahu gaduh dan masam muka. Tapi, dalam hati siapa tahu kan?


Okeylah, itu sahaja.. Esok aku akan kembali ke sekolah balik untuk minggu yang kedua.. >.<


Ilal liqa!